Thursday 21 November 2013

BERITA GEMBIRA YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH PARA PENYOKONG UMNO/BN .... PUTRAJAYA AKAN NAIKKAN TARIF ELEKTRIK!!!



Tarif elektrik dijangka naik selepas Putrajaya struktur semula sektor tenaga

Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar.

Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan.


MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif.


Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh).

Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%.

Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan.


"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam.


Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu.


Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah.


Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya.


Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa.


Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro.


Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa.


Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan.


Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia.


Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna.


Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan.


Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian.


Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi.


Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan. TMI

Kami rakyat Malaysia yang tidak menyokong umno/bn pada PRU 13 lalu mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong dan pengundi UMNO/BN .... kerana kalian hidup kami semakin senang lenang.

Kami wajib bersyukur.

8 comments:

  1. Kalau tak setuju tarif letrik naik, pakai pelita, lilin, atau unggun api.....
    Inilah ungkapan dari kebinet bagahl Najib,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyoo.. barang mahal u worang mampu pakey itu internet.. haiyo.. saya bangla sana tarak mampu.. sini malaysia mari baru mampu pakey internet..

      Delete
  2. Betul tu OMAKKAU kalau tak suka pakai notebook berkuasa bateri AA, untuk kurangkan bil dan dosa tak payah pakai komputer sangat.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya eak sia-sialah kita mengundi bn masa PRU13 hari tu. Hari tu kita baru sahaja dihadiahkan dengan kenaikan harga petrol dan gula/ Sikit hari lagi kita akan menerima hadiah kenaikan tarif elektrik. Terima kasih juga kerana kita bakal menerima hadiah untuk tidak membenarkan kereta kita yang berumur 12 tahun digunakan di jalan raya. Terima kasih bn. Terima kasih 1Malaysia. Pesawat peribadi didahulukan, pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyoo u worang Malaysia mana undi BN.. saya bangla juga mari undi itu BN.. ini Malaysia saya sudah sayang.. barang murah.. suma juga murah.. tapi saya hairan juga sama worang Malaysia hari2 cakap barang mahal.. itu syukur pada Allah tarak juga.. saya kawan2 susah payah mau duduk ini Malaysia.. siap boleh kirim wang sama saya punya amma.. sebab ini Malaysia duduk barang suma murah..

      Delete
  4. Rakyat kena la berkorban sikit.kalau tak macam mana anak badak tu nak naik jet.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...