Tuesday, 26 November 2013
PENYELUK SAKU YANG BAIK HATI ... SANGGUP SALIN SEMULA 1,000 NAMA DAN NOMBOR TELEFON DALAM SIM KAD DAN KIRIM SEMULA KEPADA MANGSANYA!!!
Bukan tujuan dan niat nak agungkan penjenayah yang melakukan seluk saku ... tetapi sekadar berkongsi maklumat betapa ada juga pencuri yang baik dan lembut hati
Seorang pencuri ‘baik hati’ di China telah menyalin 1000 senarai nombor telefon sebelum memberikan semula kepada pemilik iPhone yang dicurinya.
Senarai nombor telefon itu pula disalin dengan tangan, menggunakan 11 keping kertas!
Menurut maklumat di media tempatan, iPhone milik Zou Bin dicuri awal bulan ini ketika dia berkongsi teksi dengan seorang penyeluk saku. Waktu kejadian dia baru pulang dari pub dalam keadaan mabuk.
Selepas menyedari telefon bimbitnya hilang, Zou Bin menghantar mesej kepada nombornya berbunyi:
“Saya tahu kamu adalah lelaki yang duduk di sebelah saya dalam teksi. Ketahuilah, tak susah pun nak cari kamu”.
Dalam mesej dihantarnya, Zou Bin turut menyuruh pencuri tersebut supaya melihat senarai temannya dalam nombor telefon, merujuk kepada geng kongsi gelap yang menjadi kenalannya.
Pesanan diakhiri supaya telefon bimbitnya segera dipulangkan ke alamat yang disertakan.
Apa yang berlaku, beberapa hari kemudian Zou Bin menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya.
Walaupun tiada iPhone yang telah dicuri, ia berisi kad SIM dan kesemua senarai nombor telefon dalam telefon bimbitnya.
Realitinya .... tuan punya iPhone tidak kisah fonnya kena curi tapi paling di risauinya ialah, nombor-nombor fon yang terdapat dalam sim kadnya... Paling tidak pun kemarahan beliau kepada pencuri itu akhirnya akan menjadi kendur dan lebur juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ini mesti kerja2 umno lahanat bro..tak caya cer cek dia undi apa...mesti laaaa umno lahanat.
ReplyDeleteKohkohkoh...lawak2.
Delete