Thursday 28 November 2013
LELAKI YANG TETAK PENGARAH HOSPITAL TAIPING DENGAN PARANG AKHIRNYA BUNUH DIRI!!!
TAIPING: Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya.
Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.
Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap.
Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu.
Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.
Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000.
Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.
Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya.
Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. MSTAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman apa pula perkhabarannya sekarang? Diharap telah sembuh dan menjalani kehidupan normal kembali.
ReplyDeleteBukan mudah nak jadi ketua ini silap haribulan kena penumbuk kakitangan bawahan. Pengarah Hospital Taiping ini termasuk dalam ketogeri manusia malang lah sebab kena tetak dgn parang. Tapi kira bernasib baik tak mati cuma cederah parah dan 3/4 mati boleh lagi tgk dunia dan bersana anak bini. Jadi ketua ni bukan boleh emosi sangat kena pandai saiko jiga. Kekadang manusia ni bila dah berpangkat besar dia lihat orang bawahan macam sampah cakap ikut sedap mulut je akhirnya dapat pangku lah. Menyesal pun dah tak berguna Pengarah ini kena terima lah sebagai takdir Allah. Ada lah musibahnya yg Allah peeingatkan kepada Pengarah Hospital Taiping tu.
ReplyDeletealamak. apsal sahabat baik kita sicina yg tentunya dari DAP ni bunuh diri. Maka kurang la lagi sorg penyokong PR. Apa pun kita dari PKR ucapkan takziah atas cina ni sipejuang kepada bangasa melayu PKR di tanahair.
ReplyDeleteKita dari mca amat bersedih kerana kehilangan seorang kakitangan awam yang juga ahli mca yang telah membantu memenangkan bn di perak dalam pru13 yang lalu.
DeleteBila jadi ketua kena berhati-hati. Jangan sedap mulut dan sedap rasa je. Macam-macam boleh jadi. Orang bawahan juga ada perasaan. Bukan kira bangsa dan ugama. Kita pun disuruh buat baik dengan jiran. Nabi tak kata jiran Islam. Nabi kata jiran. Hospital Selayang ada hand and micro surgeons. Semoga dah semboh. Ini kira okeylah ni.
ReplyDelete