Wednesday 20 November 2013

KERAJAAN PR SELANGOR MENZALIMI RAKYAT!!! ... SANGGUP KELUARKAN PERUNTUKKAN SEBANYAK RM1.85 BIILION UNTUK BAJET 2014 ... TERBESAR DALAM SEJARAH SELANGOR!!!!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik, berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu Kehidupan bertaraf dunia dan memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

Sebanyak 66.2 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan sebanyak RM1,107,046,687 dan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM118,033,523.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula dijangka menerima peruntukan sebanyak RM624,919,790 atau 33.78 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan.

Agihan terperinci bagi perbelanjaan mengurus adalah seperti berikut di mana perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM421,748,946 atau 34.4 peratus; pemberian dan kenaan bayaran tetap RM411,801,227 atau 33.61 peratus; emolumen RM370,522,216 30.24 peratus; perbelanjaan-perbelanjaan lain  RM14,591,101 atau 1.19 peratus dan aset sebanyak RM6,416,720 atau 0.52 peratus.

Berdasarkan sektor perbelanjaan pembangunan, infrastruktur merupakan komponen terbesar dengan peruntukan RM388,728,030 atau 62.20 peratus, diikuti oleh sosial RM143,182,140 atau 22.91 peratus, ekonomi sebanyak RM90,401,601 atau 14.47 peratus dan perbandaran RM2,608,010 atau 0.42%.

Peruntukan bagi sektor infrastruktur diterajui oleh kemudahan awam sebanyak RM357,272,280 atau 91.91 peratus, diikuti sains, teknologi dan inovasi  RM22,956,420 atau 5.91 peratus dan perumahan sebanyak RM8,499,330 atau 2.19 peratus.

Bagi peruntukan sektor sosial, ia melibatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor RM77,850,030, pendidikan RM26,300,050, modal insan RM8,682,020, sukan  RM8 juta, kampung baru sebanyak RM5 juta dan belia sebanyak RM3.5 juta.

Peruntukan untuk sektor ekonomi pula mendapati kewangan akan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51,620,000.000, diikuti oleh pertanian sebanyak RM17,481,600, pembangunan usahawan RM7,850,010, pelancongan RM5.4 juta, sumber alam RM3.65 juta, kajian dan penyelidikan sebanyak RM2.8 juta dan pelaburan sebanyak RM1.6 juta.

Sejumlah 84.36 peratus atau RM2.2 juta daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh kerajaan tempatan manakala yang selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, Selangor menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan dijangka berkembang pada kadar 6.1 peratus pada 2014.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan amalan berbelanja dengan berdisiplin dan berhemah bagi menabung untuk perbelanjaan masa hadapan tanpa mengharapkan daripada kerajaan pusat untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan prinsip asas Belanjawan BN tidak cuba menangani masalah kos apabila hanya subsidi dan perbelanjaan pembangunan menjadi mangsa pengurangan sedangkan komponen lain dalam perbelanjaan mengurus diunjurkan terus melonjak.

JADI YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM BUKANLAH KEDEKUT TAPI BERHEMAH DAN JIMAT CERMAT DALAM MENGURUS DANA KERAJAAN.

18 comments:

  1. ish..ish..ish...'zalim' sungguh khalid ni...macai umno takde nak komen ke...kihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak komen apa, semuanya dah terliur....

      Delete
  2. kerajaan pusat tak halang bantuan ka macam kat kelantan tu.. kalau maju kononnya depa hebat.. bila mundur kononnya BN yang halang bantuan.. piirah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon.... bila PR perintah selangor lebih maju, aman dan makmur. yang mundur kat sabah sarawak tu bukan ke bn yang perintah?

      Delete
    2. betul tu, sabah mundur sebab PAS perintah sekarang

      Delete
  3. Kelantan tu BN yang perintah sampai rakyat terpaksa keluar cari kerja kat negeri lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat johor, perak, pahang, trengganu juga terpaksa keluar cari kerja kat negeri lain termasuk kl. tak salah berhijrah utk cari rezeki lebih. buat apa duduk mersing, bera atau ulu coh kalu rezeki tempat lain lebih banyak. orang Sabah pun banyak pergi KL kerja guard sebab kat sana tak ada kerja

      Delete
    2. orang yang mengaku Sabah pun ada...macam2 ada...

      Delete
  4. aku penyokong pas. Sememangnya aku tak puashati dgn mb ni. Patut yb pas yg jadi mb penggal ni. memang haramjadah betul pimpinan pas takde telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai detected

      Delete
    2. Ooi macai 22.37...... usah ko harap la ada MB dari BN kat selangor lepas ni!

      Delete
    3. kalau mic dan mca tolong sungguh2 masa pru hari tu, tentu noh dah jadi mb selangor skang ni

      Delete
    4. anak murid syaitan dikenali....kejenyer mengadu domba.....

      Delete
    5. haram jadah betul.. PAS dibaginya negeri Kelantan.. negeri kaya2 PKR dan DAP ambik.. padahal PAS la Abang Besar dalam PR..

      Delete
    6. geng ularmak PAS ke ni?

      Delete
  5. hati-hati, ada anak Ba** Negara berkeliaran kat sni

    ReplyDelete
  6. Bukan ank ba++ tapi pembantu dajei..

    ReplyDelete
  7. Babi Negara sahabat dajjal..fitnah sampai habis walaupun terpaksa menyamar org pas sekalipun.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...