Monday, 25 November 2013
KOMITMEN KERAJAAN PR SELANGOR YANG SUKAR UNTUK DITERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... 1 DUN 1 PUSAT DIALISIS RAKYAT.
Semua DUN termasuk DUN yang diwakili UMNO/BN .. tiada diskrimansi, politik dendam kesumat maupun polisi buli diamalkan oleh Kerajaan PR Selangor.
SHAH ALAM 25 NOV : Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memenuhi keperluan rakyat.
Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Daroyah Alwi, berkata satu bentuk kerjasama dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta bagi memenuhi hasrat itu.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincang dan mendapatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.
“Kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia penting kerana lesen yang sah diperlukan sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi.
“Ketika ini, kerajaan negeri berjaya mewujudkan empat PDR di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat, manakala sebuah lagi di Jalan Kebun sedang menunggu kelulusan kementerian.
“Jumlah mesin dialisis yang digunakan adalah 33 buah dan seramai 91 orang pesakit sedang menerima rawatan di seluruh PDR sedia ada,” katanya.
Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Razaly Hassan (PAS-Dusun Tua) berhubung usaha yang diambil untuk menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah Selangor.
Daroyah berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan bantuan kos rawatan untuk pesakit buah pinggang di pusat hemodialisis selain PDR kerana masih banyak DUN belum memiliki pusat dialisis sendiri.
Katanya, PDR mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengenakan sebarang bayaran sehingga kini.
“Perkhidmatan yang diberikan tanpa mengambil kira jantina, kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan individu berkenaan dalam masyarakat.
“Setiap rakyat Selangor berhak mendapatkan yang terbaik dan itu memang hasrat kerajaan negeri dan akan terus didukung untuk kebaikan setiap lapisan masyarakat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
makin susah la cita-cita org besar umno selangor nak jadi mb. tak guna betol mb khalid ni. "bikin rosak ana punya prooogggreeemmmm" (petikan filem Penyamun Tarbus)
ReplyDeleteKacau daun betul si khalid ni. habis rosak kita punya plan nak rampas semula selangor......
Deleteapa da mb selangor ni. Itu hari dia bagi air pecuma. Pah tu dia buat rumah mampu milik. Pah tu dia siap bagi duit kat warga tua. Lepas tu dia bagi lagi simpanan untuk bayi warga selangor. Lepas tu plan nak beli syarikat air nak bantu rakyat pulak. Lepas tu dia nak bagi pengangkutan bas pecuma kat orang miskin kat selangor. Lepas tu dia tak naikkan cukai pintu macam kat KL tu. La ni dia nak bagi pusat dialisis pulak dah. aku rasa macam nak pindah ke selangor pulak lepas nih....
Deleteman Pekan.... eloklah ko pindah selangor. mb selangor sekarang bukan macam mb2 yg sudah2
DeleteTak setuju dgn tindakan MB Selangor ni, membazir duit je menyediakan PDR tu. Bukankah kita tak akan kena diabetes sebab gula dah dinaikkan harga?
DeleteItulah dia Selangor Yang Dulu Bukan Selangor Yang Sekarang...... dulu, dulu, dulu semuanya tak diberi...... sekarang PR yang perintah macam2 nak diberi.....
ReplyDeleteMemang melampau la mb selangor ni smpai rakyat tak boleh bayar duit air, rakyat tak boleh sewa rumah smua boleh dapt rumah dan mcm 2 lagi yg dibuat tak tahula kalau umeno semua kena bayar barulah ada pembangunan pthuiiiii.......
ReplyDeletenoh molot besar tu menyalak dalam parlimen nak tunjuk bodohnya pada najib..kau ingat rosmah herlan??????
ReplyDeletebegitu juga dengan majlis UMNO ataupun MCA dan MIC, adakah Harakah mahupun Suara Keadilan akan cover story tu, ia sama saja, tak perlulah pertikai sangat.
ReplyDeleteYg UMNO lelong gula dan beras kat Sg Limau dulu ada masuk Harakah, kau rabun ke?
DeleteKereja buat kejaan PR Selangor ni meliputi semua rakyat, tak kira lah berbulu biru ka, bulu ijo ka, bulu DAP ka, semua pesakit akan dilayan, TAPI ada ura ura makhlok OMNO dok pelan nak sekat rezeki rakyat yang bukan penganut OMNO, anda perlu keterangan lanjut sila bercakap dengan Enche Ahmad Shuaib Ismail, dia ada akai... tapi tak leh pakai... kesian....
ReplyDeleteNi saja nak bagi ingat kat Mat Shuaib, rezeki, tanah kubog, jodoh temuan, ajal maut ni semua kereja tohan, puak juak OMNO tak payah sebok la nak ambik aleh kereja tohan. Orang berlomba nak buat baik, Mat Shuaib dok cari akai nak buat onar
Punya la cerdik barghal majikan aku ni! Bole ke aku ditukarkan dr johor ke selangor hnya krna aku sokong hri jumat jdi cuti minguan!!??
ReplyDeleteMgkin dek krna aku ni krjenya mmbangkang je kot mka dikuatiri aku akn jdi parasit yg bakal menumbangkan hemegoni umno bn jhor mka dihumbanya aku ke ngri PR!
BRAVO..... dia ingat aku akn kebuloq di Slngor?
Syukur...
Alhamdulillah...
Aku akn bertuankan MB brjiwa rakyat! Exco2 ngri yg endah akn rakyat marhaen....
Warga jhor skelian.... anda hnya ada pemimpin2 yg beraja di mata brtakhta di hati...
Inilah politik sihat berpolitik demi rakyat bukan berpolitik demi penuhkan saku sendiri......... macam BN.syabas pada yb Tan sri khalid.kami rakyat selangor berterima kasih dan bangga kerana miliki seorang MB yang benar2 berjiwa rakyat.
ReplyDelete