Thursday 21 November 2013

EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR DESAK KERAJAAN PUSAT UMUMKAN BERAPA BANYAK UNTUK BAJET WANITA SELANGOR TAHUN INI!!!!!



Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mendesak kerajaan Pusat mengumumkan nilai sebenar peruntukan diberikan kepada wanita di negeri ini.

Rodziah berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan kerana kerajaan negeri memberi komitmen sebanyak RM30 juta untuk wanita di negeri ini.

Malah, menurutnya, RM1.33 juta diperuntukkan untuk program-program wanita sedia ada.

“Saya desak kerajaan Pusat umumkan bajet diperuntukkan untuk wanita negeri ini khususnya.

“Kita beri komitmen RM30 juta dan menteri perlu jawab kerana kita masih terkapai-kapai tidak mengetahui jumlah sebenar diperuntukkan oleh kerajaan Pusat tidak dapat dijawab sehingga kini,” katanya pada sidang media di Sidang Dun, semalam.

Rodziah berkata, walaupun sebahagian besar pengkhususan belanjawan diperuntukkan bertujuan untuk menjana dan meningkatkan pendapatan wanita, ia akan digandingkan dengan Pelan Tindakan Wanita Selangor.

Menurutnya, pelan tersebut menekankan kecelikan dan penghayatan wanita dalam meningkatkan jati diri.

“Pelaksanaan Agenda Pemberdayaan Wanita Selangor ini adalah tanpa sebarang bantuan dan hubungan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Selangor sejak PR mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Golongan wanita perlu mempersiapkan diri untuk bersedia mencapai ufuk lebih tinggi dengan memulainya dengan sikap yang betul,” katanya.

Rodziah berkata, peluang diberikan Kerajaan Negeri dalam belanjawan kali ini wajar dimanfaat secara kolektif demi kesejahteraan wanita Selangor.

“Saya menggesa golongan wanita, khususnya para pemimpin dan aktivis untuk membantu saya melaksanakan terbaik bagi merealisasikannya,” katanya.

1 comment:

  1. Banyak juga tu, lumayan. Pergunakan dgn bijak dan betul. Lepas tu kalau nak buat pahala tambahan, jangan lupa belanja kita orang pulak!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...