Tuesday 26 November 2013

MB SELANGOR KATA ISU AIR TERAWAT BERPUNCA DARI KERENAH TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)



SHAH ALAM  26 Nov - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendirian bahawa masalah bekalan air terawat di Selangor berpunca dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS).

Beliau berkata, kekurangan bekalan air terawat di Selangor adalah akibat kegagalan mengatasi ketirisan kira-kira 30 peratus daripada bekalan 4,635 juta liter sehari yang dikeluarkan .

"Inilah yang menyebabkan kita kekurangan air terawat, jawapannya kita mesti menyelesaikan masalah NRW (air tidak membawa hasil akibat ketirisan)," kata beliau menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Amiruddin ingin tahu sama ada bilangan loji air dan kapasitinya mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Selangor kini dan jangka panjang.

Menteri Besar berkata menurut perjanjian, pemegang konsesi Syabas sepatutnya menurunkan kadar NRW (non-revenue water) daripada 30 peratus kepada 19.9 peratus tetapi sekarang sebaliknya meningkat kepada 33 peratus.

Terdapat 34 loji rawatan di Selangor.

"Kesimpulannya: Kerajaan Negeri berpendapat Syabas dan syarikat induknya Puncak Niaga tak punya keupayaan dari segi pengurusan, kedua dari segi kekuatan modal untuk selesaikan perkara ini," kata Abdul Khalid.

Menjawab soalan tambahan Sulaiman Razak (BN-Permatang) bahawa pembekuan perbelanjaan modal (CAPEX) Syabas menyebabkan Syabas tidak dapat mampu menurunkan kadar NRW, Abdul Khalid berkata nampaknya "suara Permatang macam suara Syabas."

Beliau berkata Syabas dalam perjanjian mengatakan ia boleh menurunkan NRW dengan perbelanjaan RM784 juta tetapi capex sebenar Syabas ialah RM1.2 bilion untuk tujuan itu.

Abdul Khalid juga berkata CAPEX Syabas diperolehi daripada pinjaman kerajaan Persekutuan berjumlah lebih RM500 juta tanpa faedah selama lima tahun.

Bagaimanapun, Sulaiman bangkit dan mengulangi soalannya berhubung kesan pembekuan capex kepada usaha Syabas.

Beliau turut memaklumkan dewan bahawa pinjaman kepada Syabas hanya akan dibayar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut kemajuan kerja yang dilaksanakan Syabas.

Abdul Khalid pula berkata pada tahun 2006 lagi Kerajaan Persekutuan berpendapat Syabas tidak mempunyai keupayaan dalam mengurangkan NRW.

Beliau berkata terdapat krisis tender bagi pembekalan paip di mana Puncak Niaga didapati adalah pihak yang memasuki tender berkenaan, setelah semakan dilakukan.

"Kerajaan Negeri akan menyelesaikan perkara ini. Negeri dah bersetuju untuk ambil alih dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang siapa yang tidak memberikan kita menguasai aset air," katanya.

17 comments:

  1. Hahahahahahaha.......wakil bn tu ingat senang ke nak kelentong pakar ekonomi dan kewngan mb mamat Khalid turr. Masa CEO Guthrie dulu, sebelah tangan aje mamat ni buat, mat saleh terus aje tunduk serah Guthrie kat dia. Inikan pula kalu setakat wakil bn! Macam kunyah kacang aje beb!!

    mb mamat khalid tu nampak aje gagap tapi otak dia first class. Geliga! Selagi mamat tu mb selangor, toksah mimpi la bn nak dapat balik selangor. Jauh panggang dari api, beb!!

    Gua tau la sebab gua pernah kerja bawah mamat nih! Yang gua respek mamat ni, apa dia cakap, dia buat! Setakat bodek2, kipas2 tak main la mamat nih. Malah mamat ni adalah CEO terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.

    Gua bukan bodek beb, apatah lagi nak kipas.......sebab gua tau, tak guna nak bodek/ kipas mamat khalid nih......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu beb......walaupun mamat ni dah lama cabut, tak jadi boss gua lagi tapi gua masih dapat rasa jasa dia beb. Tiap2 bulan mamat ni bagi gua air free RM11 beb!! Waris gua masuk U pun mamat ni bagi RM1500 beb!! Tahun ni bini gua dapat bonus 1 bulan beb!!

      Delete
    2. Wakaka..wa respek sma lu bro...wa pun jeles sgn selangor...untung la lu...tp apa bole wat negri wa ni yg perintah semua jnis bodoh piang..yg tau rembat wet rakyat... wa harap lu hidup bergumbira dgn mb 1st class lu

      Delete
    3. betultu beb.. kawan wa duk kelantan langsung tak dapat apa.. ada duk penang langsungla rumah murah pun payah cari.. mujuqla wa dapat elektrik free PR bagi..

      Delete
    4. Kawe duk kelate minum air langsung tak bersih. Pak Nik berpuluh tahun jadi MB ..samapi skrg rakyat kelate melopong mulut tunggu hudud. kencing lebih. Skrg alhamdulliah..MB baru ni cerah hudud nak jadi doh.

      Delete
    5. 11.38, i duduk pasir mas x ada masalah pong. i tengah tunggu bn bagi kebenaran kelantan jalankan hudud. bukan saja kelantan tapi seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak sebab jiran kita brunei dah buat. i malu betul dengan kawan i yang duduk brunei

      Delete
  2. Jika disalurkan air dari Pahang lagi jenuh nak merawatnya dan NRW meningkat. Tu sebab MB menolaknya. Memang bergeliga akal MB ni.

    ReplyDelete
  3. INI mb WORLD CLASS. Pejuang bangsa terutam kepada org india dan cina. Dia tak sombong. kasi tolong samarata. Org melayu sudah anggap dia ada serupa tuhan.

    -Lectchumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu melayu umno la bodo,anggap itu najib selupe tuhan.minyak naik;gule naik,barang naik.bolo punye melayu umno.

      -ciahsoilek

      Delete
    2. 22.08...hang ni kapir (letchumi) ke melayu. Lagi buat fitnah org melayu kata khalid serupa tuhan..... Ini suma tentu mak dan bapak lu ajar kan.......lu ni memang sengaja tempah neraka jahannam la.

      Delete
    3. 22:08 - kalu lu melayu tapi lu mengaku letchumi, maka akan jadi letchumi la lu nanti. lu patut bertaubat. ajak emak bapak lu bertaubat sekali.

      Delete
    4. ko hari2 makan sup babi ke letchumi?

      Delete
  4. Thn dpn mb tsk nk rmbat blk syabas .....gua syg mb khlid.
    Aku khwin kerajaan bwhdia bg 500

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kahwin lelaki dgn lelaki dapat jugak tak 500?. Selangor open maa..

      Delete
    2. 11.33 ... ko ni sekolah agama ke tak? kalu ko sekolah agama soalan macam tu tak keluar dari mulut ko.... soalan tu sepatutnya keluar dari mulut orang kapir aje...

      Delete
  5. Tak mahu lepas syabas kerana ianya lubok duit umno. dan banyak kepincangan dalam syabas, takut nanti terbongkar.Jadi boss air pun dapat dekat 1/2 juta gaji, pasal nanti boleh lulus duit untuk umno.Pemegang syarikat kebanyakan kroni mereka.

    ReplyDelete
  6. kalu dia pencen dan rafizi ganti dia, umno boleh lupakan selangor untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...