Friday 22 November 2013

KERANA BERSIKAP KERAS KEPALA, SOMBONG TAK KENA GAYA DAN TEMPAT .... KETUA PEMBANGKANG DI ARAHKAN KELUAR DEWAN!!!!



Perbahasan belajawan negeri Selangor hari ini menjadi kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias diarahkan keluar dewan kerana didakwa gagal mematuhi arahan.

ADUN Sungai Burong itu bangun apabila ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mendakwa kenyataan ADUN Kota Damansara, Halimaton Saadiah bersifat sangkaan jahat.

Tanpa mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad, Shamsudin meneruskan hujahnya, sehinggakan Nik Nazmi beberapa kali menutup mikrofon ketua pembangkang itu.

Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ADUN bangun dan meminta beliau melakukan perkara yang sama.

Timbalan speaker memberi amaran kepada Shamsuddin supaya duduk sekiranya tidak mahu diperintah keluar dewan.

"Sungai Burong, duduk. Saya tak mahu keluarkan mana-mana ahli dari dewan… Sungai Burong duduk sekarang. Kalau tidak saya akan minta keluar dari dewan," Nik Nazmi memberi amaran.

ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei bangun dan mencelah:

"Tuan speaker gunakan peraturan tetap keluarkan saja ketua pembangkang ini degil. Suruh duduk pun tak nak. Bukan susah, d-u-d-u-k. Duduk!," katanya.

Kenyataan ADUN Sri Muda itu disokong ADUN Teratai,Tiew Way Keng dengan membacakan peraturan tetap persidangan.

"...di bawah Peraturan Tetap 44(2) pengerusi boleh memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakuan perbuatan yang menghina dewan, atau terus tidak mengendahkan kuasa pengerusi keluar bagi tempoh tidak melebihi satu hingga lima hari," kata

Apabila keadaan bertambah kecoh dengan tindak tanduk Shamsuddin, timbalan speaker itu mengambil keputusan mengarahkan Shamsuddin keluar dari dewan.

"Sejak tadi saya bagi peluang dengan baik, saya tanya Sungai Burong pakai peraturan tetap mana. Saya dah minta rujuk. Banyak kali saya bagi peluang. Dengan ini (saya) memerintahkan Sungai Burong dari dewan," kata Nik Nazmi ketika mengarahkan Ketua Pembangkang itu keluar dewan.

Shamsudin: Saya terimalah

Shamsuddin Lias akhirnya akur keluar dewan diiringi ADUN Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi keluar dari dewan.

Bagaimanapun, Shamsudin menyatakan penerimaan terhadap keputusan yang dikeluarkan Timbalan Speaker sebaik sahaja keluar dewan.

"Saya terimalah, makna saya mempertikaikan kedudukan ini, lalu saya diperintahkan keluar, jadi saya terimalah.

Dibenarkan masuk dewan semula pada Isnin depan.

7 comments:

  1. Saja buat alasan untuk keluar dewan, gunakan bakat gangster yg sedia ada

    ReplyDelete
  2. Kan sejak azali lagi org2 UMNGOK ni bodo...sombong lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam anak buah aku kena gantung sekolah. seronok wooo dapat relax seminggu.....

      Delete
    2. Haah...SERONOK ye...& rasa MEGAH @TERRER le tu......nanti bila dah tak sekolah,...
      LAGI SERONOK & rasa terrer kalau kena HUKUM GANTUNG mandatori sampai mati...seronok kan?....

      Delete
  3. macam kat Parlimen.. mana2 pembangkang macamtulah..

    ReplyDelete
  4. UMNO Selangor Jawa ramai.
    Fuse pendek.

    ReplyDelete
  5. celaka punya ketua pembangkang. Elizibeth wong ko nak permainkan. Ces. Dia itu umpama pejuang muslimah dikalangan orang PR. Kami satu ALLAH..
    jgn nak cuba nak main2 wahai melayu bongok si ketua pembangkang.puii

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...