Thursday 14 November 2013

HANYA MENEGUR SIKAP SPEAKER DEWAN RAKYAT TIDAK ADIL DALAM MENJALANKAN TUGASNYA ... AHLI PARLIMEN PADANG SERAI MERANGKAP NAIB PRESIDEN PKR TELAH DIGANTUNG DARI MENGHADIRI PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT SELAMA 6 BULAN!!!!



Go Blok penyokong kerajaan berjaya menyingkir MP Padang Serai merangkap Naib Presiden PKR YB N Surendran dari persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan hari ini selepas usul untuk menggantung MP tersebut diputuskan secara undi belah bahagi.

Usul untuk menggantung keahlian Surendran yang dikemukakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri itu diluluskan dengan sokongan 92 MP BN.


"Usul yang dibawa Jabatan Perdana Menteri, bersetuju 92 orang, yang lain tidak mengundi.

"Maka usul yang dibawa Jabatan Perdana Menteri disetujukan," kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Ronald Kiandee.

Nancy pada awal cuba membentangkan usul itu sejak jam 11.30 lagi tetapi tidak berjaya berbuat demikian ekoran bantahan demi bantahan oleh MP Pakatan Rakyat.

Jelas UMNO/BN amat gerun dengan pendatang baru wakil rakyat dari PKR/PR ini ... beliau cukup berani berhujah dengan fakta .. sedikit pun tidak gentar dengan ugutan dan gangguan.

Wakil Rakyat PR menggunakan otak tetapi wakil rakyat UMNO/BN guna otot.
Dewan Rakyat hari ini kecoh gara-gara usul yang mahu dibawa oleh pihak kerajaan untuk menggantung N.Surendran (PKR-Padang Serai) dari persidangan dewan selama enam bulan atas tuduhan menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kekecohan bermula sebelum usul dibentangkan oleh Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketika mesyuarat sedang dipengerusi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pertikaian timbul terhadap penafsiran peraturan mesyuarat 44 (2) berhubung maksud tempoh dua hari penggantungan terhadap ahli dewan.

Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa peraturan mesyuarat itu secara jelas menyebut tempoh dua hari adalah termasuk hari hukuman dijatuhkan oleh speaker.

Pandikar bagaimanapun mendakwa, mengikut penafsirannya tempoh dua hari adalah bermula dengan merujuk waktu jam hukuman mula dijatuhkan.

Beliau kemudian menyebut, mana-mana ahli parlimen tidak bersetuju dengan penafsirannya itu maka boleh mengemukakan bantahan melalui usul.

Bagaimanapun kekecohan berterusan sejurus Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, yang menggantikan Pandikar, menjemput menteri membacakan usul tersebut.

Azmin yang deberi peluang membangkitkan peraturan mesyuarat mendakwa usul yang mahu dibawa adalah 'usul haram' kerana tidak dinyatakan dibawah peraturan mesyuarat yang mana.

Bagaimanapun sepeaker menolak bantahan itu dan menambah bahawa usul akam diletakkan dibawah peraturan 27 (3) dan menjemput menteri membentangkan usul tersebut.

Tidak bersetuju dengan tindakan speaker itu, kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun membantah dan bertikam lidah dengan ahli parlimen BN sehingga dewan kecoh.

Mereka melaungkan ungkapan "usul haram" sepanjang menteri membacakan usul tersebut yang sekaligus menenggelamkan suara menteri.

Mereka juga bertindak menggumpal kertas notis usul yang diberikan kepada mereka, ada sebahagiannya melipatnya sebagai tanda protes.

Kekecohan itu turut menyebabkan speaker mengeluarkan kenyataan seperti "ini sudah seperti Zimbabwe", "kita bukan standard JKKK", tetapi tidak dihiraukan oleh kedua-dua pihak.

Dalam kekecohan itu, speaker pada mulanya membuat keputusan menerima usul tersebut untuk dibahas.

Kerana kekecohan berterusan, speker kemudian memutuskan menerima usul tersebut tanpa bahas atas alasan ahli parlimen dilihat tidak berminat untuk berbahas.

Kemudian ahli parlimen BN meminta undi belah bahagi dan dipersetujui oleh speaker.

Ketika undi belah bahagi dibuat, ahli parlimen Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak mengundi sebagai membantah usul tersebut.

Speaker kemudian mengumumkan usul tersebut diluluskan.

Dengan kelulusan itu, N.Surendran (PKR-Padang Serai) digantung selama enam bulan daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat.

Beliau merupakan ahli parlimen pertama yang dikenakan tindakan seumpama itu pada penggal ini.

Pada penggal lalu, beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali pernah digantung enam bulan berkait isu Apco.

4 comments:

  1. Sempat tengok persidangan secara LIVE tanpa edit / delay...
    Memang ketidak adilan berlaku pendekar bertempur dan masuk bakul angkat diri
    PUKUL 2:30 ptg tengok LIVE di:

    www.ustream.tv/channel/dewan-rakyat-live

    ReplyDelete
  2. Speaker Pandikar Amin Mulia...hanya mulia pada Iblis dan syaitan ! Apa guna la dia pergi haji hari tu...aku musykil dia gi haji ke gi joli ? Dasar jenis binatang lembu...

    ReplyDelete
  3. Speaker ni pun anjing suruhan umno.nak heran apa kena gantung pun..kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...