Thursday 28 November 2013

UMNO PERAK BERGOLAK KENCANG!!! ... DIARAHKAN PEMILIHAN DI ADAKAN SEMULA KERANA HAMIDAH OSMAN KALAH PERTAHANKAN JAWATAN KETUA WANITA BAHAGIAN GOPENG MENDAPAT TENTANGAN TOTAL DARI UMNO BAHAGIAN GOPENG!!!!



IPOH - Jawatankuasa Umno Bahagian Gopeng sebulat suara menolak keputusan Ibu Pejabat Umno pusat supaya pemilihan bagi kesemua jawatan dalam jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian itu diadakan semula Sabtu ini.

Ketua Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim menegaskan mesyuarat pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian pada 12 Oktober lepas adalah sah dan mengikut kehendak perlembagaan Umno dan peraturan persidangan.

"Mesyuarat jawatankuasa khas Umno Gopeng meminta jawatankuasa pemilihan pusat mengkaji semula dokumen  berkaitan termasuk senarai kehadiran perwakilan pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Umno Bahagian Gopeng malam ini.

Katanya Umno Gopeng kesal dengan arahan yang dikeluarkan itu kerana tanpa menyatakan sebarang alasan.

Beliau berkata Umno Gopeng berasa hairan kerana bukti-bukti kukuh jumlah keluar mengundi dan kertas undi yang telah dikeluarkan tidak disemak sedangkan kedua-dua perkara itu menjadi bukti utama sama ada berlaku sebarang penyelewengan ataupun tidak dalam pemilihan lepas.

"Pemilihan (semula) tidak sepatutnya diadakan dan (kami) memohon supaya diberi keadilan dan masalah ini tidak sampai ke peringkat akar umbi," katanya.

Dalam pemilihan sayap parti pada 12 Oktober lalu, Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno pusat gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng apabila tewas kepada bekas Ketua Puteri Umno bahagian itu, Juliliyana Mohd Junid dengan majoriti 20 undi.

Sementara itu, Juliliyana berkata beliau dan pengadu diminta menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Umno pusat pada Isnin lepas untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

"Keesokan harinya (26 Oktober) saya dapat berita dari jawatankuasa pemilihan bahawa pemilihan semula jawatakuasa akan diadakan semula Sabtu ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berkata, Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Umno negeri menyerahkan kepada Ibu Pejabat Umno dan Jawatankuasa Pemilihan parti untuk mengendalikan pemilihan semula jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gopeng. - Bernama

5 comments:

  1. Tol akan dinaikan pada jan 2014.inilah tanda rakyat didahulukan oleh kerajaan haram jadah..kahkahkah
    tahun dpn nak pakai jet pulak jimat duit xpayah bayar tol.kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. Demokrasi terpimpin ala UMNO, punah jahanam jadinya dlm parti sendiri pulak tu! Orang dah tak hingin, sedarlah diri tu sikit.

    ReplyDelete
  3. Pegi mampos la dgn amno....xyah post la pasal amno ni omakkau...wa dah fedup tahap gaban...puiihh

    ReplyDelete
  4. ikut sajalah perintah umno pusat tu. Anggaplah perintah pemimpin itu umpama perintah tuhan. Bukankah orang umno slalu kata pemimpin mesti ditaati. Jadi taatlah pada pemimpinmu...........dan ingatlah pemberian demi pemberian dan hadiah demi hadiah daripada pemimpinmu selepas setahun PRU13 ini berakhir!! heh heh

    ReplyDelete
  5. Oooi,dia ada ular yg mungkin bolih menyelinap dlm kain.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...