Saturday 6 October 2012

GAMBAR KERATAN AKHBAR THE STAR MENUNJUKKAN PEMILIK RESTORAN PELITA NASI KANDAR MELAKUKAN UPACARA SEMBAHYANG CARA AGAMA HINDU MENDATANGKAN TANDA TANYA SAMA ADA RANGKAIAN RESTORAN TERSEBUT BENAR-BENAR HALAL UNTUK DIMAKAN UMAT ISLAM DINEGARA INI!!!!



The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction.

Dengan tersebarnya laporan ini maka para pengemar dan pengunjung Restoran Pelita Nasi Kandar sudah mula sangsi akan kehalalannya.

Perlu pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status Restoran Pelita Nasi Kandar bagi menggelak rasa sangsi umat Islam yang berkunjung dimana-mana rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar.

MAU TAU JUGA RESPON DARI JATI YANG PERJUANGKAN AQIDAH ISLAM NI!!!!

59 comments:

  1. Aku sebenarnya dah lama tau...sebab kawan aku..seorang mamak yang bagitau. Katanya pemilik Pelita bukanlah india muslim tapi india hindu.

    Aku pun dah lama tak pegi pelita. Cuma dari segi halal..rasanya tiada jika ianya mendapat sijil halal jakim kerana banyak pemilik restoran bukan islam yg mempunyai sijil halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa mesti bersusah payah memikirkanya,perkara was-was pulaukan saja.

      Delete
  2. Laaa... berapa ramai pengunjung Islam ke restoran nasi kandar ni dah punya saham kat kuil tu? Kan banyak dan bersepah2 kedai makan Melayu dan Mamak.

    ReplyDelete
  3. boikot je...apa lagi...kafir hindu tu!

    ReplyDelete
  4. Sebelum cakap pikir dulu...sapa pemilik nestle (maggi,milo,nescafe...)mcdonald,burger king,starbuck,secret recipe....dan macam2 kedai makan lagi..pemilik hal lain,halal tu hal lain...senang cerita saya bagi contoh..nama saya haji abdullah,saya orang melayu,agama islam...saya ada kedai makan,saya jual nasi ayam.tapi ayam yang saya jual tu saya tak semelih pun...agak2 halal tak???.. artikel ni melibatkan hukum..jadi pastikan kita ada ilmu berkenaan apa yang kita tulis...kerana anda telah memberikan persepsi semua kedai yang pemiliknya non muslim adalah haram..ini amat merbahaya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau ni bg contoh menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kalau kau kafir, aku maafkan tetapi kalau kau muslim mmg kau ni jahil. Dalam bab jualbeli bg kami orang Islam ada rukunnya. 1 penjual 2 pembeli 3 BARANG 4 harga 5 akad.

      Selain rukun ada syarat plk. Dalam bab BARANG tu, salah satu syaratnya mestilah HALAL. Dah kalau x sembelih, maknanya ia HARAM la. Jadi jualbelinya tidak sah la. X kira la penjual itu ISLAM atau KAFIR kerana syarat bagi rukun yang pertama (Penjual) tidak semestinya Islam. Contohnya aku beli beras kedai Ah Chong, x jadi masalah (SAH jual beli) sb beras adalah barang yang halal.

      Persoalan yang cuba dilontar oleh admin utk artikel ini pada saya ialah tentang pemantauan halal/haram masakan tersebut. Ini yang menjadi kemusykilannya.

      Delete
  5. Mr Mat:
    Dah kemaruk sangat ke dengan kedai non muslim?
    Mencari yang halal itu satu ibadah.satu kewajipan.kedai muslim hj abdullah tadi tu jika persoalkan ayam tu bukan dia yang sembelih kena atas hj abdullah lah.sebab tak belajar macam mana nak kenal pasti ayam yg disembelih mengikut syarak atau tidak.dan menjadi tanggungjawab hj abdullah untuk cari bekalan yang tidak diragui oleh syarak.jika tidak kerajaan wajib pastikan benda ni tidak terjadi.Kan kita kerajaan ISLAM.

    ReplyDelete
  6. Berkat halal arah ke syurga Allah

    ReplyDelete
  7. kebnyakan restoran dan cafe di M'sia ni masih diragui status kehalalan..

    ReplyDelete
  8. apa yg di kata oleh mr mat tue..ada benarnya.jgn trlebih mehukum pada apa yg kita x pasti.nk berckp kedai non muslim produk non muslim..skrg dipasaran boleh dikatakan 70% dr syarikat non muslim.kfc,mcD,pizza..asasnya.sume dr non muslim.tp mkn jgk..btol la yg psl kdai muslim hj abdullah td.jual nasi ayam.tp x sembelih.di pelita nasi kndar sdiri.sgala bhn2 yg dipakai telah disemak oleh pihak jakim.dr sudut islam dn syariahnya..mkanan trsebut halal cuma pemiliknya non muslim.jika trdapat prkara mcm ni brlaku.trdapat upacara pnyembahan di premis yg ada pensijilan halal..penulis blog ada baiknya laporkan pada pihak brkenaan.pd pihak jakim trutamanya krn pelita nasi kndar mlanggar manual pnsijilan halal msia.ttg prkara ni.jgn kte prsoalkan makanannya halal atau tidak krn kte bukan dlm bidang yg sepatutnya untuk mnghukum halal dan haramnya.asal sesuatu perkara itu harus sehingga trdapat nas dan dalil ttg pengharamanya.jgn kita trgolong dlm org2 yang trsilap lngkah..kami sendiri benci dgn pemerintah yg zalim dan tiada landasan agama.berhujahlah dengan iman dn akal..jgn melontar dgn perasaan dn emosi.jika kita ingin boikot pom..xsalahnya.cuma jgn kita mengharamkan sesuatu tanpa nas dan dalil yg kukuh..itu adalah haram..mncari yg halal itu ibadah..jika bendanya syubahah..kta tinggalkan.itu adalah yg trlebih baik.

    ReplyDelete
  9. apa ada kisah sgt kat kedai Hj Abdullah tadi tu...
    samada ayam sembelih ke.. nasi 3 hari sudah ke...
    yg paling2.. sgt2 penting..
    UNTUNG ... UNTUNG !!!..
    yg penting.. yg perlu dipandang.. !!
    cukup masa..
    berangat ke Mekkah.. !!
    sdra mara/sahabat handai akan bercakap..
    huhh !! kaya yea.. Hj Abdullah tu...
    xgitu..???

    ReplyDelete
  10. Saya rasa bagus lah orang bukan Islam buat restoren berkonsepkan halal..pasal dia tahu kalau dia buat restoren biasa, orang Islam tak datang. Dan dia pastikan pekerjanya, tukang masaknya orang Islam, makanannya betul2 mengikuti piawaian halal. Tak menjual minuman arak. Di tempat saya, di kaunter restoren tersebut ada letak tabung surau dan anak yatim piatu. Ada satu kopitiam, depan kedai iklannya sebut ayamnya di sembelih oleh orang Islam. tak jual minuman haram. Pekerjanya orang Islam.

    Yang patut jangan masuk ialah TESCO,GIANT,7 eleven dan banyak lagi kerana ada jual arak . Tak mengikuti piawaian halal Islam. BETUL TAK ANON 09.51? Cuba cerita mu pergi mana beli barang dan makan di restoren mana?

    ReplyDelete
  11. sepatutnya komen mcm ni: oooo.....india hindu rupanya....ni ntah tiba2 plak kedai hj abdullah...

    ReplyDelete
  12. Setahu sy...penasihat pelita juga adalah ustaz.

    ReplyDelete
  13. ello Mat.. sebagai seorang muslim tugas ko yg buka kedai makan nasi ayam adalah kena pasti ayam ko amik tu halal dan bukannya lepas tangan mcm ko buat tu ngok. Ko beli ayam tapi ko tawakal aka agak2 supaya ayam tu jadi halal ape kebenda nie mat oii???

    ReplyDelete
  14. Rilek semua..Mat dah cantik bagi contoh tp korang melalut dan tak faham apa yg cuba Mat ketengahkan..tlg baca dan faham maksud Mat tu..Sebenarnya, Pelita mempunyai penasihat ugama yg sangat hebat dan terkenal iaitu Ustaz Shamsuri. Ustaz ni amat diyakini dan tidak kalah pada wang ringgit untuk membuat perkara haram.Aku bukan customer tegar pelita tetapi sejak ustaz Shamsuri terlibat (mgkin sejak 1997)..aku yakin ianya halal...Cumanya, banggang betul owner India ni buat upacara ugama Hindu di restorannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan Man Asal Kulim, upacara ugama yang dilakukan oleh pemilik Pelita adalah di Kuil, ground breaking ceremony. Ia adlah satu upacara sebelum pembinaan atau kerja-kerja baik-pulih kuil.
      Tiada upacara pemujaan dilakukan di dalam atau di perkarangan Restoran.

      Delete
  15. Owner bukan Islam xsemestinya kedainya tak halal. Pelita ni dah dpt sijil halal Jakim kan.. lagipun kalau ikut artikel tulis director (dlm syarikat kdg2 director xsemestinya owner)

    yg komen anonymus2 yg katak bwh tempurung tu tak valid sbb cth2 kedai yg saudara Mat bg tu (Nestle, mcD DLL) semua pun ada sijil halal Jakim..

    Apa dosa haramkan yg halal tuan2??

    ReplyDelete
  16. Selalunya pemilik restoren bukan Islam akan mendapatkan bekalan daging seperti ayam dan lain2 dari agen2 bukan Islam..selalunya mereka akan mendapatkan daging2 ayam dari orang India dan Cina...mereka jual murah...seperti di pasar taukeh cina dan india akan menyuruh hantar bekalan daging2 ayam ke restoren yg tiada pengesahan halal dari jakim....

    ReplyDelete
  17. kamu rasa nak makan,makan lah...kamu nak sokong produk org2 kafir kamu lakukan lah..ikut kata nafsu kamu semua....sebab apa yang kamu lakukan didunia ini adalah ibadah....semuanya akan dipertimbangkan walaupun sebesar zarah.nanti diakhirat nanti jangan menyesal sudah la....kalau bab2 makanan ni pn kamu tak ambil kisah....apa lagi le bab2 yang lain...patut le bangsa melayu ni sangat teruk.....harap berlagak je....apa nak jadi jadi le...janji perut kenyang.....aku masuk islam ..tapi ramai bangsa melayu menjadi murtad.....haprak punye melayu....melayu mudah lupa.....

    ReplyDelete
  18. woi...berapa byk sejadah n carpet kat mekah tu dari cina... jubah made in vietnam???yang komen ni pun byk tak reti hukum...mmg dapat dosa free. yg tulis artikel dan publish tak tahu la byk mana dosa kering nak pikul. kalu dah odoh tu bodoh jugak la...

    batcha

    ReplyDelete
  19. Cari je kedai makan melayu islam or mamak..sumbang kpd org islam..bukannya susah x makan kat pelita pon..yg dok berdolak dalik nak makan kat pelita ikut suka korang lah..makanan yg kita nak makan bukannya halal saja tapi toyyiban iaitu baik dari segi sumbernya...nak makan kat pekita makan je lah tak payah nak pusing2 putar belit kaitkandgn kfc mcd bagai phhffff

    ReplyDelete
  20. korangn ni maksud si mat tu nk boikot niat kena betul..tu ja..

    ReplyDelete
  21. Mcmana la ni..
    Pihak berwajib tunjuk la keja sket psal kdai mkan lain pun 50-50 tp pelita org kita rsmai gak pi mkan...tp bila kenang duit untung depa bg pi ke kuil apa macam?

    ReplyDelete
  22. Seorang ustaz jaki m pernah memberi tahu, persijilan halal dari jaki m perlu dibayar.

    ReplyDelete
  23. dah lama dah! orang melayu pulau pinang dikecing india mamak, sama-ada mamak hindu atau mamak muslim.

    ReplyDelete
  24. sudah2 tak usah kecoh.klu timbul was2 tinggalkan.banyak lagi kedai makan lain kan?jgn menyusahkan benda yang mudah.Islam tu mudah.

    ReplyDelete
  25. Saya rasa ramai yang melatah kat sini sebab baru sedar yang pemilik restoran tersebut adalah bukan islam. Kalau ikut persepsi kita selama ini, restoran nasi kandar adalah restoran mamak dan mamak pula adalah india muslim. Namun terdapat juga restoran nasi kandar yang dipunyai oleh bukan Islam dan meletakkannya dengan nama-nama melayu atau india muslim atau nama arab sebagai pelaris.
    Rata-rata orang melayu agak sensitif dengan anjing dan bab* tetapi kurang yang bagi perhatian kepada makanan yang mungkin sedikit syubhah seperti dalam kes kedai 'mamak' celup ini. Sebab itulah orang melayu tak akan menjejak kai masuk ke kedai makan cina (restoran Ah Seng)sebab diketahui yang cina itu makan bab*.
    Ramai yang tak masuk kedai india (restoran Ravi) kerana takut ada benda2 syubhah dari sudut penyediaan dan juga kehalalan bahan mentah seperti ayam, kambing dsbnya. Namun ada juga golongan yang masuk jugak ke restoran tersebut kerana beranggapan orang india tak makan bab*. Apapun sebagai orang Islam kita wajib berpandukan kepada hukum syarak samada makanan tu halal atau haram atau syubhah.
    Hari ini dah ramai orang bukan Islam yang semakin kreatif dalam menjalankan perniagaan makanan mereka. Sebab tulah kopitiam (kedai kopi cina)yang ada halal dari Jakim tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada satu tu sampai kedai kopi pun dah listed kat bursa Malaysia. Syarat nak orang Melayu masuk kedai, mesti ada tanda halal Jakim, kalau tidak susahla orang cina nak ambik duit dari orang melayu.
    Dalam kes ini pulak, saya rasa tiada masalah dengan taraf halal restoran nasi kandar yang penulis siarkan sebab dah dapat persijilan halal dari Jakim. Namun ramai juga termasuk saya sendiri yang terkilan kerana menyedari yang pemiliknya adalah seorang bukan muslim dan mungkin meyumbang hasil kekayaannya kepada pembinaan lebih banyak kuil. Kalau saya makan kat kedai Hj Abdullah, insyaAllah bila dia jadi kaya kelak dapatlah dia membayar zakat, menyumbang tabung masjid atau pergi umrah yang mana dapat meberi manfaat kepada Islam. Wallahuaklam...

    ReplyDelete
  26. Boleh tahan lama jugak aku dh xpegi mamak, biase mkn kedai melayu je..tekak dh xlarat nk layan kari2 ni.

    ReplyDelete
  27. Wahai saudara yg mula publhed dan timbulkan isu ini. Semoga anda dirahmati Allah dan tidak dilaknatiNya kerana anda cuba menyebarkan fitnah. Tahukah kamu Pelita Nasi Kandar merupakan satu2 nya rangkaian yg mendapat sijil halal dr JAKIM, masjid di tempat saya, tiap2 malam Jumaat akan diberi 40 bungkus nasi dr Pelita utk majlis tahlil. Memang betul slps saya selidik, daripada 5 orang share holder, seorang drpnya adalah beragama hindu dn 4 lg orang Islam. Duit yg disumbang ke kuil tu milik bos india... Lantak dia la nk bg duit dia kat mana pun.. Orang kita mmg terkenal dgn pakar fitnah orang, makan duit rasuah, buang bayi, sumbang mahram, makan duit tabung haji dan mcm2 champion lagi.. TAUBATLAH SAUDARAKU YANG SUKA MENABUR FITNAH; SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI NAWAITU HAMBA NYA ITU...

    ReplyDelete
  28. Pelita punya nasi kandar memang sedap. Kalau sudah ada Ustaz yang mengawal nasihat halal haram Pelita, maka tak perlu lagi was was makanan nya. Ini tak ubah macam Islamik Banking yang ada Syariah Committee nya, so tiada lah 'Riba' dalam pinjaman nya. Tapi kalau was was lagi, makan aje di kedai melayu Islam simple!

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wrt wbt semua..

    dulu aku pun mcm syak dan dengar macam-macam pasal pelita tapi aku selalu tak terima bulat-bulat..lani kan zaman IT kita boleh cari maklumat sendiri...dan aku dapati maklumat dan kata-kata org ini semua salah...lani aku pun terima email mcm di atas..betui kata saudara Rockxr995 ..bila sekali lagi aku buat 'research' anda boleh tahu sama lembaga pengarah pelita dan sapa foundernya...dah masuk akhbar hal tu tapi tak nak sapa highlight

    bagi aku le..rasa wartawan tu tersalah taip...kawan tu hanya ahli lembaga pengarah...bukan pelita dia sorang punya dan dia pi pun atas kapasiti diri dia bukan under pelita...kebetulan kawan wartawan ni tau di pengarah kat pelita

    bab jaga halal aku respect le sebab depa berani tunjuk sijil halal depa semua cawangan..kalau tak caya hampa pi tanya kat mamak situ..dia boleh tunjuk kat hampa...kalau tak puas hati call le terus jakim..dan tanya

    aku dok pi makan kedai mamak merata..cuma pelita ni ada le lain dia..staf depa pi solat..sampai ada sediakan ruang surau..

    so bagi aku tak adil le dok letak kenyataan mcm ni...padahal ramai org islam yg kerja dan makan situ semata-mata dapat berita lagu ni tanpa kesahihan...tu tak kira kerja amal kepada kebajikan depa buat kepada anak-anak yatim org islam atau pun masjid-masjid yang mohon bantuan (ada keluar berita tapi aku rasa tak sapa nak copy paste dan emel kepada semua org..boleh google utk carik...)

    so..ini je yang aku nak citer..tak ada benefit kat aku pun cuma aku rasa bila bab mcm ni tak patut le dok citer sampai kata ustaz itu ini..daripada dok kata tu baik buat kajian dulu atau pun pi tanya terus kat org yang berkenaan...

    ReplyDelete
  30. Kepada blogger. Jangan duk buat citer fitnah. Hang sebarkan fitnah. Hang berdosa. Hang berani tanggung? Btw, nak dpt sijil Halal Jakim bukan senang. Ramai yg direject. Cuba hang try apply. Walaupon hang tuh Melayu Islam. Tak semesti hang boleh dpt sijil. Hang try mohon. Hang igt senang ker. Selidik dulu sebelum ckp. Prosedur dan keperluan nk apply tuh bukan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 26000 satu cawangan settle laa...

      Delete
    2. mana ada 26K settel...hang kena masuk online barangan..byk prosedur..bukan mentah-mentah..tak tau apa jangan dok cakap..aku dok apply Halal jakim aku tau le..

      Delete
  31. Tak tau nak bezakan director ngan pemilik? Dalam syarikat ada beberapa director. Setiap director memiliki saham syarikat bergantung kepada jumlah pemilikan saham syarikat. Pegi balik study.

    ReplyDelete
  32. Pemilik syarikat tak berkaitan dengan penyediaan makanan. Kita makan nasi kandar tu, bukan pemilik Pelita. Pelita satu-satunya nasi kandar di Malaysia yang berani memohon sijil Halal Jakim, bersungguh-sungguh juga mahu mematuhi bahan ramuan seperti yang digariskan Jakim. Jangan tuduh sebarangan kepada orang bukan Islam, jangan jadi umat Islam yang jumud dan memalukan umat Islam lain. Banyak lagi isu sensitif lain yang perlu kita perjuangkan, bukan kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan fahaman agama mereka..

    ReplyDelete
  33. Rasulullah bermuamalat dengan YAHUDI. Soal halal haram (aini) makanan soal lain pulak.

    Beli milo, beras dari thailand (negara budha terbesar) dsbnya itu muamalat, barangan halal atau haram itu hukum lain pulak.

    Keharusan bermuamalat dengan Yahudi hatta, atau mana2 non muslim harus hukumnya.

    Masalah alternative kedai makanan islam itu soal lain. Dia ada sijil halal JAKIM yang sah, serahkan kepada Jakim. Sapa yang rasa ragu tak perlu makan sana tu.

    Jangan hal2 begini kita celupar hingga mengkafirkan saudara kita yang memberikan pandangan. Itu melampau namanya.

    WA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, setuju dengan pandangan saudara. Kerap kita memberikan pandangan dengan beremosi. Jika rasa was2 tentang sesuatu maka tinggalkanlah dan cari sumber yang tidak mendatangkan keraguan. Usahlah menuduh sesetengah pihak itu kafir, musrik dan sebagainya. Pendedahan ini bagus sebenarnya kerana ia memberikan ransangan kepada agama dan ibadah kita. Namun penjelasan oleh pihak2 yang terlibat perlu bagi memadamkan kesangsian terhadap isu ini. InsyaAllah.

      Delete
  34. Kalau dah Dato Ramesh pun director, Dato' Murugan pun director Pelita Samudra, korang pikir sendiri la, mau ka India Muslim nak kerja dengan mereka jadi pengurus restoran? Pastu logik ka pengurus restoran tu ambik pekerja2 bukan muslim jadi pelayan, tukang masak, tukang cuci?

    ReplyDelete
  35. Salam...hehehe...panas jugak rupanya isu ini...baguslah.sekurang2nya ini menunjukkan kita prihatin bab halal haram.Tapi yang tak bestnya bila ada yang bercakap mengikut emosi,bukan ilmu.
    1-Kita nak berhujah,bercakap kena ikut fakta,bukan ikut andaian,rasa2.pemilik pelita adalah hindu,itu memang fakta.So apa masalahnya??kalau pelita haram sebab pemilik dia hindu,maka maggi juga haram,nescafe juga haram,milo juga haram sebab pemilik dia juga bukan islam.
    2-Pelita ada sijil halal jakim,dan prosedur nak dapat sijil ni memang ketat.Maknanya kalau dapat sijil halal,InsyaAllah memang halal.Dan jangan pandai2 buat andaian ustat2 yang luluskan sijil tu boleh dibeli,kecuali kita memang ada bukti.Jangan ingat bila kita mudah kalah dengan duit,orang lain pun serupa dengan kita.
    3-Biasa tak jumpa kedai MELAYU ISLAM yang tokeh dia tak solat,tak pi solat jumaat,dan tak tutup aurat???Biasa kan!!!Agak2 orang sebegini prihatin tak samada bahan2 di kedai dia halal atau haram???Macamana kita boleh yakin kedai dia yang takdak sapa pun pi cek halal,manakala pelita dan yang sewaktu dengannya tak halal,walaupun telah di cek???Saya lebih takut makan di kedai orang sebegini berbanding pelita.

    ReplyDelete
  36. Asw..berita terkini dri sumber dalaman..pusat proses makanan Pelita terletak d Juru kini terdapat sebuah kuil Hindu d sebelah kanan pintu masuk.Wbagaimnapun sekuriti kebelakangan ini telah di pertingkatkn bg mengelak diketahui umum apa yg sebenarnya sedang berlaku di situ.
    sykt ayam milik Cina LTC AYAM Sdn.Bhd. (LTC) menghantar ayam yg telah di proses ke pusat proses makanan Pelita setiap hari.Pelita dapati cara ini lebih ekonomik dr diproses sendiri.

    ReplyDelete
  37. KENYATAAN AKHBAR OLEH ANSARCOMP (M) SDN BHD
    www.ansarcomp.com.my

    • Adalah wajib bagi setiap individu Muslim untuk makan makanan yang baik dan sihat bagi mengelakkan semua yang dilarang seperti yang diperintah oleh Allah dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 88.

    • Pengalaman bekerjasama dengan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. (Nasi Kandar Pelita Sdn. Bhd.) selama lebih kurang 2 bulan : Pihak Pelita telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama yang baik untuk memastikan permohonan Sijil Halal ini mematuhi keperluan seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam.

    • Kami berurusan dengan pihak Pelita dari peringkat pengarah syarikat sehinggalah kepada pekerja seperti Dato’ Shamsuri Ahmad (ahli lembaga pengarah yang juga pengerusi eksekutif syarikat) En. Azeem Qusyairi (ahli lembaga pengarah) dan En. Uswath Khan (ahli lembaga pengarah) dan juga Eksekutif Halal bagi rangkaian restoran-restoran Pelita seperti En. Nazreen, En. Rafikul dan En. Anuar.


    Ringkasan lanjut mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :

    • Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd. (Restoran Nasi Kandar Pelita) telah melantik pihak AnsarComp sebagai konsultan bagi mendapatkan sijil Halal JAKIM di mana projek telah bermula pada 1 Mac 2012.
    • Pra-Audit dari pihak AnsarComp telah diadakan sebelum audit dari pihak JAKIM sehinggalah Restoran Pelita Nasi Kandar telah sah mendapat sijil halal pada 1 Mei 2012.

    • Sebagai pihak konsultan yang bertauliah, AnsarComp sangat mementingkan kualiti dalam kerja termasuk ketika proses audit
    dijalankan di Restoran Nasi Kandar Pelita berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan.

    • Dalam prosedur pensijilan Halal, AnsarComp membantu semua pelanggan kami termasuk Restoran Nasi Kandar Pelita dengan mengamalkan polisi ‘Tiada jalan singkat’ untuk mendapat sijil Halal.

    • Sepanjang dua bulan AnsarComp bekerjasama dengan Restoran Nasi Kandar Pelita, segala prosedur dalam pensijilan Halal JAKIM telah mereka patuhi sehingga membolehkan mereka mendapat sijil Halal JAKIM. Kesungguhan pihak mereka untuk mendapatkan sijil Halal wajar dicontohi dan dipuji bukan untuk dipersoalkan tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan.
    • Perkara-perkara yang selalu menjadi isu dan digembar-gemburkan di laman sesawang adalah bersifat fitnah dan tuduhan melulu serta bertujuan jahat. Bahkan pihak kami sebagai konsultan yang bertauliah menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang tidak berasas itu.

    • Selain Nasi Kandar Pelita, pihak Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd juga telah mendapatkan sijil halal bagi beberapa buah anak syarikat yang lain iaitu Ayam Pelita Sdn. Bhd., Hotel Palm Inn (M) Sdn Bhd. serta Pelita Hotel Catering Sdn. Bhd.

    • Bahkan kami ingin menegaskan bahawa kriteria-kriteria di bawah termasuk di dalam audit pihak AnsarComp serta menepati kriteria Halal JAKIM:
    - Kebersihan
    - Sekurang-kurangnya 2 orang tukang masak Muslim yang bertugas di setiap restoran pada satu-satu masa.
    - Kesemua sumber bahan mentah dalam penyediaan makanan dan minuman wajib diperolehi atau diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal JAKIM atau Badan Islam Antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.

    • Untuk makluman, berdasarkan Profil Pengurusan yang pihak Restoran Pelita Nasi Kandar telah serahkan kepada kami bagi tujuan maklumat syarikat, mereka mempunyai 7 orang pemegang saham dalam syarikat ini iaitu Dato’ Shamsuri bin Ahmad, Dato’ Murugan Doraisamy @ Ramesh, Uswath khan bin Kirudu Mohamed, K. K. Sihabutheen bin Kirudu Mohamed, Syed Abbas Ali bin Abdul Rahman, S. Prebagaran Subramaniam dan Azeem Qusairy bin Bardril. Berdasarkan Profil Pengurusan ini, jelas menjawab isu yang mengatakan Restoran Nasi Kandar Pelita dipunyai oleh orang yang bukan beragama Islam. Ini kerana 5 orang pemegang sahamnya yang lain adalah beragama Islam. Ingin ditegaskan di sini, bahawa pihak JAKIM tidak meletakkan syarat pemilik syarikat mestilah beragama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Oleh itu, isu ini sememangnya tidak wajar diperbesarkan sama sekali.

    ReplyDelete
  38. Tuan..mudah shj..lapangkan dada ikhlas kan hati apa kah tidak benar ayam pelita adalah dr sykt LTC ayam s/b.Sudahkan pihak tuan menyelidik maklumat yg dberi.Amat mudah utk mengelak hnya dgn mengatakan semua ini gembar gembur serta fitnah..tapi ketahuilah kita semua akn megadap Allah Rabbulljalil

    ReplyDelete
  39. Tujuan kita hidup ni untuk berpesan2 kepada kebaikkan dan memberi zakat kepada yg memerlukan..bagi yang fikir halal haram sy cadangkan duduk je rumah atau masjid.masak sendiri. sesiapa yang tak puas hati atau iri hati dari kejayaan org lain lagi buruk dari termakan makanan haram.

    ReplyDelete
  40. Salam saudara..tak abis2 dok
    citer pasai ayam LTC tue cina punya. Pasai hang, aku dah cek kat website LTC, depa pun
    ada sijil halal JAKIM laa bro..aku pun dah cek LTC suply ayam kat banyak restoran melayu dn mamak.
    Nasi kandaq Nasmir, Subaidah, Makbul, nasi ayam Linda, Line clear dan byk lagi yang ambik ayam kat LTC.
    Kalau hang was2, jgn laa makan ayam yang jual kat luar, hang kena bela ayam sendiri laa bro...dok citer pasal ayam, minyak masak yang kita dok pakai 95% semua cina punya. kita patut berterima kasih dan shukur pada Allah da jugak tauke restoran yang berusaha untuk dapatkan sijil halal JAKIM. bro, untuk pengetahuan hang, syarat nak dapat sijil halal Jakim bukan laa setakat kedai tue ada tukang masak Islam tetapi suplyer2 lain dari beras sampai laa ke gula dan garam kena ada sijil halal Jakim...bukan senang bro nak dapat sijil halal jakim, hang pi la cek aku dah tak larat nie, berapa byk rest melayu & mamak yg ada sijil halal jakim. cukup laa jgn duk sebar fitnah macam ni. tau tak apa hukum org yg dok sebar fitnah? DOSA dia sama seperti org yg berzina dgn ibu sendiri.Nauzubillah... Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang kita dok buat. Sedar dan bertaubat laa sedara ku.

    ReplyDelete
  41. Betul betul betul saudara...

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah dgn penjelasan saudara, saya memang yakin dgn pelita nasi kandar. Staf dia pun pakaian bersih dan seragam siap dgn topi. Rest pelita yg saya pernah pi makan bersih dan dapat rating A dr majlis daerah. Syabas.

    ReplyDelete
  43. boikot je pelita..makanan haram kafir

    ReplyDelete
  44. biskut hup seng, roti masimo makan plak.
    bab ayam balun ayam dinding, leong hup sume.
    toke & pekerja sume islam ke

    ReplyDelete
  45. bangan betol lah bloq nih.....bercampur aduk isu....yg komen pulak cetek ilmu tak sekolah...merabang je komen....cuba pergi selidik dulu la sebelum buat komen melalut....hmmmmmmmm

    tutop saja la blow nih...merepek je ilmu setek

    ReplyDelete
  46. Nasi Kandar Pelita halal..boleh rujuk blog saudara Mazidul http://www.mazidulakmal.com/2013/09/restoran-nasi-kandar-pelita-berstatus.html

    ReplyDelete
  47. Upacara kat kuil tu satu isu, apa
    Status keislaman rakan yg lain?
    Dari segi kelakuan, amalan dan lain-
    lain adakah seperti mukmin?

    ReplyDelete
  48. salam... Kepada yang masih lagi sangsi dan was was sila baca link dibawah ini...
    www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hentitaburfitnah/Article/index_html
    semak dan selidik dahulu sebelum melemparkan komen...kita akan dipertanggungjawabkan setiap fitnah yang kita lemparkan...semoga artikel ini dapat menjernihkan suasana...

    ReplyDelete
  49. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
    Tuan admin, hentikan sebaran fitnah ini, tiada kebaikan tetapi keburukan yang masih datang. Pelita dijadikan bahan sasaran kerana dia makin maju? inilah asalnya punca kepada wujud spekulasi dan sebaran maklumat palsu ini. Yang dicanang adalah pemiliknya adalah India beragama Hindu. Tapi yang sebaliknya ini adalah syarikat seperti mana syarikat lain mempunyai ahli lembaga pengarah. Kalau tidak tahu fakta, jangan main hentam. Kalau tidak tahu agama baik diam. Pelita telah banyak kali membantu ke arah pembangunan orang Islam. Berapa ramai umat Islam telah dibantu, rakyat miskin tidak kemampuan ke Makkah telah dibantu, pembangunan semula surau, bantuan anak-anak Huffaz dan sebagainya. Kalau tidak percaya pergi Masjid Seberang Jaya (Masjid Jamek), pergi solat dan selepas solat tanya kepada Imam atau ahli kariah berkenaan pelita. Buka lah mata. beri fakta betul dan tepat. Sila buang rencana ini sekiranya anda seorang Islam yang menegak kebenaran. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu nya bukan lah sama ada premis itu halal atau tidak.. Isu sebenarnya adalah seorang pemilik nya yang ber agama hindu dan menggunakan sebahagian keuntungan restoran untuk kegunaan keagamaan hindu.. jika anda redha sebahagian keuntungan hasil wang anda digunakan ke arah itu.. teruskan makan di pelita nasi kandar.. kalau anda tidak redha.. hentikan.. itu saja.. tepuk dada tanya iman..

      Delete
  50. Isu nya bukan lah sama ada premis itu halal atau tidak.. Isu sebenarnya adalah seorang pemilik nya yang ber agama hindu dan menggunakan sebahagian keuntungan restoran untuk kegunaan keagamaan hindu.. jika anda redha sebahagian keuntungan hasil wang anda digunakan ke arah itu.. teruskan makan di pelita nasi kandar.. kalau anda tidak redha.. hentikan.. itu saja.. tepuk dada tanya iman..

    ReplyDelete
  51. Isu nya bukan lah sama ada premis itu halal atau tidak.. Isunya bukan sama ada orang islam boleh berniaga dgn org bukan islam..

    Isu sebenarnya adalah salah seorang pemilik nya yang ber agama hindu dan menggunakan sebahagian keuntungan restoran untuk kegunaan keagamaan hindu..

    jika anda redha sebahagian keuntungan hasil wang anda digunakan ke arah itu.. teruskan makan di pelita nasi kandar.. kalau anda tidak redha.. hentikan.. itu saja.. tepuk dada tanya selera..

    ReplyDelete
  52. Mungkin sebahagian keuntungan akan didermakan kepada kuil2 diseluruh malaysia dan seterusnya mereka membina tokong2...tidak mustahil dari hasil itu maka terbinalah mata tangan hidung mulut telinga hatta seluruh fizikal tokong tersebut dari keuntungan yg disumbangkan pelanggan2 Islam....Nauzubillahiminzalikh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...