Tuesday, 26 March 2013

HEBOH BLOGGER UMNO KATA HUSAM MUSA TARIK BALIK SAMAN TERHADAP PAPAGOMO SEBAB DAH MENGAKU KALAH ?????


Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

“Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.

“Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini.

OOPPSS.... INGATKAN YB DATO' HUSAM MUSA TARIK BALIK SEBAB MENGAKU KALAH DENGAN PAPAGOMO... RUPA-RUPANYA TARIK DAN SAMAN SEMULA DALAM MASA TERDEKAT SAMPAI PAPAGOMO a.k.a. WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS LUMAT LUNYAI TAK BOLEH LARI PUNYA.

INI KALI PASTI PAPAGOMO SUDAH TIDAK BOLEH LARI LAGI WALAUPUN DIA BERUSAHA KERAS....JENIS BLOGGER CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR CABAR SANA SINI SURUH SAMAN DIA.. BILA KENA SAMAN MENIKUS LARI MENCICIT LINTANG PUNKANG TAK CUKUP TANAH.

INI KALI PAPAGOMO CHECKMATE!!!!
..HAKIM PUN PUN BERI JALAN.

8 comments:

  1. Najib dah gila, takmau bubar parlimen tapi dok guna duit kerajaan tabur untuk beli undi? Lihat sini

    ReplyDelete
  2. Papagomo sikit hari lagi ko akan tau langit tinggi rendah.....hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa2nya pepekgomo ni mesti kaki betina...

      Delete
  3. HIDUP DALAM KETAKUTAN LAH KAMU GOMO !!

    ReplyDelete
  4. Puok blogger umno ni meme bodo banga,
    To' gheti kebenare, to' pandaa baco
    Ambo ado dimahkamah
    Hakim sughoh Dato fail smulaa... Ado biktu baghu....
    Tu pun to' fahe.....

    ReplyDelete
  5. power papagomo ni.. lawan presiden Pakatan .. Aku rasa anwar toksah layan la papa gomo ni just blogger je..kalau tak salah buat apa nak meraban. Jaga standard tu sebagai Ketua Pembangkang dan bakal PM malaysia.

    ReplyDelete
  6. mahkluk yg keberatan pikul dosa fitnah....

    ReplyDelete
  7. Jangan mencabar kebenaran dengan kebohongan kerana kebenaran akan lebih cepat muncul apabila dicabar. -Penegak Kebenaran-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...