Kenyataan Media Untuk Hebahan
Segera
ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR
13 MAC 2013
AMK Selangor mempersoalkan kredibiliti Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar dalam kegagalan
memastikan anggota Polis Diraja Malaysia untuk bertindak tegas dan adil dalam
satu insiden serangan ke atas Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat pada 12 Mac
2013 yang akhirnya mengakibatkan kecederaan pada pada kakitangan S.Balakumaran
serta kerosakkan harta persendirian di premis tersebut.
AMK Selangor kecewa dengan
tindakan lewat dari anggota PDRM Balai Polis Tropicana Petaling Jaya
yang pastinya menyedari insiden buruk bakal tercetus, tetapi tidak mengambil
langkah pencegahan dengan membiarkan bibit-bibit awal menjadi panas sehingga
akhirnya provokasi serta kemudian perlakuan ganas dari sekumpulan individu yang bertindak mematahkan
tiang bendera, membakar bendera parti, membaling telur dan batu ke arah premis
Parti Keadilan Rakyat serta kakitangan serta orang awam berhampiran.
AMK Selangor ingin mempersoalkan
fungsi sebenar anggota PDRM di dalam melindungi setiap rakyat yang mempunyai
hak keselamatan dan dilindungi oleh undang-undang tetapi malangnya perkara
sebaliknya yang berlaku apabila semua individu tersebut bebas berlalu setelah
melakukan provokasi dan tindakan ganas.
Seharusnya , PDRM tidak bertindak
berat sebelah dan memihak kepada mana-mana pihak dan mengambil peranan wajib
untuk mencegah sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku. Ini bukan
melibatkan soal politik semata-mata, tetapi melangkaui sempadan itu sehingga
menyentuh soal keselamatan dan jaminan undang-undang bagi melindungi hak
sebagai rakyat Malaysia.
RAKYAT BIJAK MENILAI CITRA POLITIK
YANG WAJAR DIDOKONG
AMK Selangor percaya membalas
balik provokasi serta kemudian perlakuan ganas ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik bagi
menangani masalah. Kekuatan asas perjuangan yang dijunjung oleh Parti Keadilan
Rakyat dan kepatuhan terhadap undang-undang memberi nilai tambah dalam
perjuangan menuntut keadilan untuk semua
dan membina sebuah negara yang lebih kukuh.
Rakyatlah seharusnya sudah maklum
dan tahu siapa yang berada dalam kedudukan terdesak dan siapa yang berada dalam
citra politik yang wajar didokong. Perbuatan provokasi dan ganas adalah sia-sia
dan tidak dapat menyelesaikan masalah berbangkit dalam politik negara ini.
Justeru, AMK Selangor mengambil
kesempatan ini mencabar mana-mana pihak yang sering melemparkan dakyah fitnah dan
provokasi, untuk memberi ruang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim selaku calon
Perdana Menteri Malaysia untuk muncul di media arus perdana bagi beliau
menjelaskan visi dan misi Pakatan Rakyat serta mempertahankan diri daripada
isu-isu yang dikaitkan dengan beliau.
Atau mungkin sekian kalinya kita
mencabar Datuk Sri Mohd Najib Razak untuk berdebat dengan Dato Seri Anwar
Ibrahim di khalayak ramai, sebagai satu cara komunikasi yang memanfaatkan
rakyat untuk menilai sendiri idea, gagasan dan keyakinan bagi rakyat memilih
Perdana Menteri yang akan memimpin
negara ini ke hadapan. Kita budayakan politik matang dan meraikan ketinggian
idea dan gagasan.
AMK Selangor yakin kepada
keupayaan rakyat untuk menolak budaya politik ganas dan menyediakan satu
platform paling kukuh, untuk mengangkat Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk
mempertahankan Selangor tetapi juga juga menawan Putrajaya bagi mengembalikan
maruah dan membela darjat rakyat negara ini yang terus menerus diperlekehkan.
TOLAK BUDAYA POLITIK GANAS
PERTAHANKAN SELANGOR, TAWAN
PUTRAJAYA
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
PASTIKAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SENTIASA TERPELIHARA, DIPATUHI DAN DIHORMATI
Terkini!!! dari bilik gerakan Bn maklumat pemburan parlimen telah diketahuiLihat lihat
ReplyDeletehuiyo!! omakau cun la
ReplyDeletetenkiu tp sowi..komen kamu tak relevan dgn isu ini..
Delete