Monday 18 March 2013

SEBUAH SYARIKAT KEPUNYAAN SEORANG WANITA BERBINTIKAN YAAKOB BARU DAFTAR PADA 4HB FEBRUARI 2013 DAN 3 HARI KEMUDIAN DAPAT KONTRAK DARI NEGERI PAHANG UNTUK SELENGGARA JALAN-JALAN NEGERI DISELURUH NEGERI PAHANG!!!!!!


GEGAK GEMPITA SATU NEGERI PAHANG APABILA SEBUAH SYARIKAT KEPUNYAAN SEORANG WANITA BERBINTIKAN YAAKOB BARU DAFTAR TAK SAMPAI 3 HARI DAH DAPAT KONTRAK BUAT KERJA SELENGGARA SELURUH JALAN-JALAN NEGERI PAHANG.

Penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada hanya sebuah syarikat dijangka akan menjejaskan pekerja kuari Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor kelas F dan peluang kerja anak tempatan.

Penswastaan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. itu sudah tentu merugikan banyak pihak dalam jangka masa panjang kerana ia seperti monopoli.

Kuari JKR bergantung kepada pengeluaran hasilnya yang dipasarkan kepada JKR-JKR daerah, jika kerja-kerja penyelenggaraan jalan diswastakan secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja kerana syarikat kontraktor biasanya mempunyai kuari sendiri.

Begitu juga dengan pekerja-pekerja unit jalan JKR daerah, mereka mempunyai kakitangan paling ramai dalam unit-unit JKR. Dengan cara penswastaan ini elaun lebih masa yang mereka nikmati sebelum ini mungkin sudah tidak ada lagi.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan, berdasarkan surat daripada Pengarah JKR Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd.

Menurutnya, surat yang ditujukan kepada semua jurutera daerah itu, kontrak akan dilaksanakan bermula pada 1 hb April 2013 selama 7 tahun dan pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri.

Jelas surat tersebut, jalan-jalan Negeri yang terlibat dengan kontrak ini adalah jalan-jalan di dalam kategori Jalan Raya Negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tidak termasuk jalan-jalan di bawah kategori yang lain.

Sementara itu, menurut carian di SSM, dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000.

Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan.

Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’ apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare.

Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


11 comments:

  1. gadis seksi kena rogol insaflah?? Lihat lihat

    ReplyDelete
  2. Adakah perempuan tu ada kena mengena dgn mb pahang, adnan...mempunyai nama bapa yang sama

    ReplyDelete
  3. mcm satu dialog dalam filem 'keluarga 69' pulak bunyinya ye .."budak muda ni tak ada kena mengena dengan keluarga ni.."..bukti apa ada lagi??

    ReplyDelete
  4. Johari harun Ada la ketua pemuda umno bahagian bentong..Full stop.

    ReplyDelete
  5. kantoi lagi....

    ReplyDelete
  6. mmg dasar UMNgok... kroni kroni kroni... tunggu je la kejatuhan kauuu wahaiii umnobn....phuiiiihhhhhh...

    ReplyDelete
  7. Lah kan adkbrdk saleh yg buat lawak bodah tu bngkng dr longkng nkangkang huhuhuu bnngap

    ReplyDelete
  8. mmg dasar depa smua kekayaan tuk kaum kerabat je...pas tu umpan rakyat dgn brim...kemudian mendabik dada sbagai kerajaan tr baik...mujur le sbhagian besar rakyat dh sedar...siapa mereka sbenarnya..

    ReplyDelete
  9. bagi je kambing itam buat panggang mana macai nak berbunyi

    ReplyDelete
  10. Depa(umno tepu) ni nak sapu bolot duit rakyat sampai habis sebelum Pru 2013, sebab depa tahu depa kalah teruk, tinggalkan hutang negara dan biaq Pm Baru Malaysia (anwar ibrahim) tanggung derita. Pandai permainan kotor depa. Sampah masyarakat punya umno Bn!!!

    ReplyDelete
  11. kontrektor kelas f gigit jari,,semua orang umno tu,,yakob yakob punya anak,cukup cukup lah satu negeri dia sapu,,ada lagi cerita camni rupanya,,ingatkan dah expired cara ni,,lapok dan haprak tul..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...