Saturday 16 March 2013

PROF DR MUHAMMAD NUR MANUTY DIUMUMKAN SEBAGAI CALON PKR/PR DIPARLIMEN P58 BAGAN SERAI,PERAK.


Dihadapan tidak kurang 10,000 ribu orang, DSAI telah mengumumkan bahawa calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen P58, Bagan Serai Perak ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak merangkap Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR,  Ketua Penerangan KeADILan, dan mantan Presiden ABIM, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Dengan pengistiharan itu maka lenyaplah segala desas desus yang beliau akan bertanding dikerusi DUN, Negeri Perak.

Kawasan parlimen Bagan Serai mempunyai 75% pengundi Melayu, 16% pengundi Cina dan 9% pengundi India dan lain-lain.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin Fazli Samsuri dari PKR telah mengalahkan mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk  Zainal Abidin Zin dari UMNO dengan majoriti 3,413 undi.

Pada 3hb Mac 2010 beliau telah khianati amanah rakyat dengan mengistiharkan keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra ketat UMNO/BN.

Pemilihan Dr Muhammad Nur Manuty pada pandangan Omak kau memanglah tepat dan bersesuaian sekali.

Dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk membantu DSAI mengurus tadbir Putrajaya INS'YALLAH apabila ditawan PR pada PRU 13 nanti.

6 comments:

  1. Tak patutla PKR letak prof kat situ. Abih si Mohsin tu nak bertanding kat mana? Kalau tak jadi YB nak jadi ape? Jual ikan pekasam atau pun peraih durian? Mana boleh bos. Bagi peluanglah!!!

    ReplyDelete
  2. Jadi tukang kipas najib kat hotel sungai buloh atau hotel kamunting

    ReplyDelete
  3. jadi sesumpah pun ok....

    ReplyDelete
  4. pengkhianat jgn diambilkan sebagai kawan2 kita lg..jgn masuk lubang sama lg...Prof paling tepat utk MP situ

    ReplyDelete
  5. nak tuntut dari x yb mohsin....2008, kami pilih anda..tapi anda khianati...mana janji anda....ayuh warga bagan serai...sekali lagi kita buktikan yg mohsin telah silap besar...KITA AKAN MEMBERI SOKONGAN DAN KEMENANGAN BESAR KEPADA PROF MADYA DR MUHAMMAD NUR MANUTY DLM PRU 13 ini...INIKALILAH....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...