Sunday, 31 March 2013
DSAI UMUMKAN CALON PKR/PR BAGI PARLIMEN KUANTAN, INDERA MAHKOTA DAN PAYA BESAR MALAM TADI!!!!!
KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.
Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.
Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.
Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.
“Saya ambil kesempatan ini untuk umumkan, Paya Besar calon kerusi Parlimen dari KEADILAN. Di Paya Besar, kita tonjolkan orang yang ada kebolehan, rekod baik, layak dan berani.
“Calon ini seorang tokoh muda, profesional yang punya kelayakan tapi ada akar umbi kepada perjuangan rakyat,” katanya sebelum mengumumkan Murnie yang kemudian naik ke pentas.
Kata Anwar, pemilihan Murnie dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai peringkat parti.
CALON SUDAH DIUMUMKAN....KINI MASA UNTUK BEKERJA KERAS MENUJU KEMENANGAN..
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH... LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI PUTRAJAYA DAPAT DITAWAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Asal ABU undilah pakatan rakyat
ReplyDeleteX cite psl kene booooooo ke?
ReplyDeleteBooooooooo sama dia, pi gay arrrr.....
ReplyDeleteTakde hujah maka boooo je la umno tuu!
ReplyDeleteUMNO..... Umat Melayu No Otak la katakan... Fitnah sex & porno dlm kpla mreka!
Nah!
Menifesto PR dh diwar2kn! Calon PKR dh diistiharkan!
Kamu umno camne? Membujor lalu mrelintang pukang la gamaknya! Kalau takasa kan najib tak berani bubarkan parlimen smpi skrang ni?
Takyah la nk canang dgn kopiah mu la najib! Knape baru skrang nk minta sedekah undi dri rakyat? Bukan kah kamu cukup yakin be end akan meraih 2/3 sokongan rakyat?
Bubarkan parlimen!!!!!