Saturday 9 November 2013

INILAH WAJAH BAYI LELAKI WARGA BRITAIN BERUSIA SETAHUN LAPAN BULAN YANG KENA CULIK DI HADAPAN RUMAHNYA SEMALAM DI BANGSAR, KUALA LUMPUR.


Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.

"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.

"Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya pada sidang media di sini.

Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.

Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.

"Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya.

Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

10 comments:

  1. sebesar-besar lembu nfc pun kena culik.inikan pulak budak sekecil ni..hati2 dijalan raya..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap macam ni bro tak baik sebab nanti mat mongol marah bro...nanti apa pulak ngan kes altantoya ? kan sekarang mat mongol dapat cover kes tu...walaupun bapa altantuya nak datang masia dlm saman terbarunya. Bro kesian juga ngan tambi cicik..takut terbungkar sekali lagi bro...ni kes baru gani petai simpan agen cia dipejabatnya siap bagi gaji lumayan lagi orang lain gaji ikut jpa punya gaji tapi binatang cia ni berpuluh ribu gaji mereka..sial punya omno laknat.

      Delete
  2. Malaysia negara paling selamat didunia. Siapa kata ni....
    Saya baca banyak kali tapi tak pasti pasal mentaliti dalam kabinet kali agak monotonus ..... Susah nak bedakan anatara satu sama lain.....

    ReplyDelete
  3. nak selamat camana.. sebab penjenayah pun dibela.. polis pulak yang salah kalau tembak penjenayah.. otak ada letak kat lutut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHNIAH, HEBAT, JAWAPAN TEPAT kepada macai-macai yang sewaktu dengan kamu. Tak faham jangan masuk campur.

      Delete
    2. kah.kah.kah.kih.kih.kih.Woooooooooooooo.1302.bila plak otak bole letak dimane kita suke.Woooooolokkkk.aku nak letak otak ko kat telo ko plak.Wooooooรฒรณ.

      Delete
    3. anon 17:21.. kahkahkahkah.. apapun penjenayah di Malaysia lah yang paling selamat.. sebab ada pemimpin politik yang duk bela.. polis tembak salah.. kalau lepas penjenayah pun salah.. tapi kalau polis kena tembak manada pemimpin politik PR yang nak bela..

      Delete
    4. klu polis tembak ko camne?polis igt ko penjenayah,psl muka macai umno dah macam penjenayah

      Delete
    5. polis kan sibuk.. tak caya cuba ko pegi balai polis.

      Delete
  4. Kedah Darul Aman, Taiping Aman Selama-lamanya pun tak aman Simpan sajalah hasrat untuk melihat negara ini aman selagi Bukit Aman itupun tidak juga aman!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...