Friday, 8 November 2013

TUN MAHATHIR AKUI SECARA TERBUKA POLITIK HABUAN, ANAK AYAM, DEDAK DAN BERAS SUDAH KETINGGALAN ZAMAN DAN TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN PILIHANRAYA!!!



Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa pemberian wang dan hadiah oleh Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi di sana.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemberian wang seumpama itu adalah satu pembaziran malah bukti penolakan pengundi terhadap budaya itu ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


“Mungkin saya salah dan saya mengaku saya kerap salah tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan.


“Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati,” katanya melalui kiriman blognya hari ini.


Dr Mahathir berkata, jabatan kerajaan yang dibawa bersama untuk turun berkempen dan memberi bantuan di Sungai Limau tidak membawa kejayaan kerana kebanyakan pengundi tidak mudah terpengaruh dengan bantuan sedemikian.


Katanya, BN banyak menghamburkan wang tetapi sokongan yang diterima rakyat masih belum berada pada tahap memuaskan.


“Kempen sekarang ini berbeza daripada dahulu kerana banyak wang diguna seperti penganjuran karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti kemeja-T BN.


“Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi 10 anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.


“Saya tidak tahu sama ada pameran ini adalah sebahagian daripada kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – sama ada berbentuk duit atau anak ayam,” katanya.


Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara itu turut mempersoalkan keengganan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara daripada arena politik meskipun telah berkecimpung dalam arena politik sejak 1964.


Dr Mahathir membuat perbandingan karier politiknya dengan Lim kerana beliau bersara pada 2003 tetapi Lim pada masa ini masih menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah.


"Bila Kit Siang akan bersara? Sampai matikah? Jika sudah bersara hendak jadi pemimpin kanan DAP kah?

"Pada 1964 saya jadi wakil rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak aktif lagi di Malaysia, Kit Siang menubuhkan DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah,” katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat memperoleh sebanyak 12,069 undi manakala calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985 sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.


Seramai 23,249 pengundi atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi.


Pilihan raya kecil itu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya allahyarham, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS lebih daripada separuh dalam pilihan raya itu adalah satu kemenangan.


Beliau berkata, BN menerima keputusan pilihan raya itu, namun berjanji tidak akan menghentikan usaha mendekati sekolah pondok seperti yang terkandung dalam Aku Janji BN pada PRU13 demi meningkatkan syiar Islam.


Walaupun PAS berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh Azizan.

Mohd Azam memperoleh majoriti undi 1,084 berbanding 2,774 undi yang dimenangi Azizan.

Sementara itu, BN walaupun kalah dalam pilihan raya itu memperoleh anjakan undi sebanyak 4.4% berbanding dalam PRU13 Mei lalu...TMI

10 comments:

  1. Ada nampak bahagian dengki tu? Saling melengkapi antara satu dgn yg lain: dendam, dengki, busuk hati, tamak, boros, menipu, fitnah dll yg sewaktu dengannya. Mana dapat disembunyi semua sifat-sifat mulia seperti itu. Memiliki sifat mulia inilah menyebabkan rakyat terpesona kerana ada aura amat memukau dari (kini bekas) pemimpin syaitan yg dikenali. Wooooeeeeek, woo....woo woooeeeeek!

    ReplyDelete
  2. Dah nak mampos laknatullah ni x insaf2 lagi...itulah balasan Allah tanpa ia sedari dia tak akan ada rasa puas...

    ReplyDelete
  3. mahadir anggap agensi kerajaan tolong kempen utk umno x salah,org tua ni tahu x pasal dosa pahala?

    ReplyDelete
  4. sbb lim kit siang tak bersara dari politik...sbb masih ramai yg masih inginkan khidmatnyer.....yg ko mamak munafik rakyat dah tak nak ko...........faham2 jer ler.....lagi pun kau masih berpolitik belakang tabir...sbg pembaling batu sembunyi tangan......aper ko ingat melayu mudah luper ker.....yg mudah luper ialah lembu2 UMNO/Bn jer sbb dah puas makan nasi kangkang kau tu.......

    ReplyDelete
  5. Sekarang pengundi2 dah canggih. Umnp/BN kalau nak menang lain kali kena bagi setiap pengundi sekurang2nya: 1. sebuah Kereta Viva percuma 2. sebuah Motosikal kuasa 1000cc ke atas 3. sepasang lembu NFC atau kerbau 4. Beras gred A 10 kampit dan wang poket minima RM 1000. Anak ayam dan beras hancur tak main dah. Kalau pemimpin boleh samun ratus2 juta, apa yang diminta oleh pengundi2 ni is kacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Possible, possible, possible..Ini baru possible! Hai UMNO/BN, dah ada pencadang bagi cadangan amat bernas ni, laksanakan segera. Dgn menjayakan cadangan ini yg masih kekal sokong PR akan tinggal 0.5%, yg memang karat betul, yg jadi orang atas dlm parti. Bila lagi? Tak cukup duit?! Itu perkara enteng, jual je Langkawi ke, P. Pangkor ke, Tioman dan banyak juga lagi, Labuan, Sipadan dan Ligitan jangan lupa pulak. P.Pinang pun boleh dapat balik, lepas tu apa lagi...jual jugalah!

      Delete
  6. ish.ish.ish.ish.ish.mana pi pencacai tegar bodopiang yg asyik minta bukti.sila minta madey buktikan bahawa tiada rasuah anak ayam,beras hasan jati dan lembu lembu kerajaan yg diperintahkan mempromosikan kebusukan kerajaan be end.

    ReplyDelete
  7. Ini lah parti lembu dikenali.ada mufli pun kaki fitnah dan penipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diharapkan (adalah mufti tu>>biarlah rahsia tapi tak suspen) keluarkan kenyataan jadi blue-haru sini kita dibuatnya!

      Delete
  8. Mahathir lupa cakap bila Singapore ditendang keluar oleh Tunku kerana takut politik kaum Cina, umno di Singapura hidup tak lama. Berkubur tanpa nesan. Sebelum 2050 umno juga akan berkubur dan menjadi daki hangit sejarah Malaysia!!! Sekarang apa yang ditakuti Tunku dan umno telah pun terjadi. Kulua Lumpur WP diwujudkan bukan sangat keperluan nasional tetapi kerana keperluan umno untuk menguasai Selsangor. Sekarang kain sudah terbarai. Tak lama lagi ada negeri yang akan berpindah tangan iaitu selepas semua ketua-ketua bahagian umno serta kuncu-kuncu mereka memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan bongkak serta lupa diri. Mereka akan jadi seperti penyokong-penyokong Shah Iran bila beliau lari keluar negeri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...