Tuesday, 2 September 2014

JANGAN SAMPAI SELANGOR DI MAGERANKAN KATA PEMIMPIN DAN PENULIS POLITIK VETERAN PAS, SUBKY LATIF



HAL yang saya paling takut kiranya ganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak dapat diselesaikan segera ialah Selangor dimageran baik oleh Parlimen atau apa-apa juga kuasa yang difikirkan oleh Peguam Negara.

Kalau hasrat Istana bagi mendapatkan lebih dua calon ditolak oleh PKR/DAP, atau beri saja mana-mana nama ADUN PKR, tuan badan menolak atas apa jua alasan, sementara Istana bertegas mahukan tiga nama juga, penggantian itu akan buntu.

Macam-macam boleh dicadangkan bagi mencari jalan keluar tetapi jangan sampai berlaku seperti yang terjadi di Kelantan hujung tahun 70-an. Parlimen mengisytiharkan Mageran mengambil alih pentadbiran negeri untuk ditadbirkan oleh kerajaan persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang kalah dalam undi tidak percaya di DUN sebelumnya dikekalkan sebagai Menteri Besar yang tidak berkuasa. Pentadbiran dijalankan oleh seorang pegawai kanan kerajaan pusat.

DUN Selangor belum sampai bersidang untuk undi tidak percaya kepada Khalid kerana dia sudah sedia berundur dan sekarang hanya MB sementara bagi meneruskan urusan kerajaan sehingga MB baru dipilih.

Majoriti ADUN PAS Kelantan sudah meluluskan undi tidak percaya kepada MB-nya, tetapi secara gila-gila. Walaupun PAS telah mengikut proses demokrasi dan perlembagaan tetapi Parlimen boleh mengatasinya.

ADUN terus ada dan dapat elaun, tapi tak dapat buat apa-apa kerana kerajaan adalah dalam tangan kerajaan pusat. Empat bulan kemudian kerajaan Mageran Kelantan DUN dibubar, pilihan raya negeri diadakan, PAS kalah teruk.

Janganlah hal yang berlaku di Kelantan itu berulang pula di Selangor kiranya semua pihak berkeras kepala. Sultan tidak rugi apa-apa kalau permintaan baginda tidak dipenuhi, yang tidak dapat buat apa-apa ialah orang yang hendak membuang Menteri Besar dan belum dapat gantikan lagi walau Khalid bila-bila masa sedia kosongkan pejabat.

Kalau sampai sebulan atau beberapa bulan tidak ada Menteri Besar baru, jika ada sidang Raja-Raja, Khalid juga akan mengiring Sultan.

Kita mungkin boleh bincang isu undang-undang dan perlembagaan. ADUN PAS Kelantan tidak langgar undang-undang tetapi Hussein Onn dan Dr. Mahathir boleh minta Parlimen daruratkan negeri itu.

Kalau buntu itu terlalu menyolok mata dan lama, hingga semua orang meluat, jangan salahkan Putrajaya jika ia mengambil langkah seperti di Kelantan dulu.

Banyak yang tahu bukanlah mudah bagi BN mengambil semula Selangor walaupun Pakatan dalam krisis, tetapi apakah peluang yang baik lagi untuk mengambil semula negeri selain daripada membuat apa yang orang tidak terfikir.

Jika Selangor didaruratkan, tidak diketahui berapa lama ia ditadbir oleh pusat. Jika dirasakan BN boleh ambil cepat, ia akan adakan pilihan raya cepat. Jika payah untuk mengambilnya, maka dilamakan pentadbirannya. Yang penting bagi BN ialah bagaimana Selangor boleh ditadbirnya baik melalui pilihan raya atau tidak.

Jika semua keras kepala, seronoklah Umno.

ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani memberitahu saya sebelum meletup isu membuang khalid, dia telah bercakap dalam sidang DUN tentang pelan BN untuk mengambil Selangor seperti Perak. Semua isu yang dicampakkan pada MB itu adalah antaranya. Dia seperti berkata betul.

Apapun jangan tukar Langkah Kajang jadi Langkah Kiri hingga Mageran berulang. Sekarang semua telah meluat dengan kejadian di Selangor itu.

Dipetik: Harakah Daily

25 comments:

  1. Geng2 Ninja Turtle (Gang Kajang Move) dalam PKR ni hanya berani menyerang sesama PKR dan parti komponen PR iaitu PAS sahaja.

    Habis semua contohnya Khalid Ibrahim dan CheGu Bard difitnah oleh mereka.

    Tapi, teringat masa reformasi, dan keputusan paling buruk dalam PRU M2004 dulu, semua kepala2 Ninja Turtle tu menikus tak berani lawan.

    Sudah tenang dan parti menang banyak pahlawan2 Kebenaran contohnya TSKI dan Che Gu Bard dinista dan dihina.

    Masa PRU 2004 dgn SPR pun diorang tak berani nak angkat muka. Last2 PKR nyaris terkubur.
    .
    Mereka sejak dulu tak tau beza yang mana kawan dan yang mana lawan. Mereka hanya pandai menyebar fitnah dan dusta dalam roadshow2 di Selangor. tapi bila nak berhadapan dengan kebenaran untuk engkar dengan Nepotisme dalam parti mereka menikus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua isu yang dicampakkan pada MB itu adalah antaranya. Dia seperti berkata betul.
      Ia itu isu pelan BN untuk mengambil Selangor seperti Perak
      Apa khalid buat bila dah tahu BN nak ambil Sgor spt Perak Khalid buat tak tahu dan seolah olah membiarkan hal tersbt terjadi

      Delete
    2. Apa isu yg dicampakkan KPD mb? Setakat yg difahami, Pkr yg banyak membuat masalah utk membolehkan mageran sprt yg terjadi skrg ini...

      Delete
  2. Warkah Untuk YB dan bini YB

    Wahai YB Permatang Pauh, dulu saya menghormati YB sebagai pembawa wadah keadilan. Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dalam kawasn YB.

    Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.

    Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PKR, itu hanya retorik.

    Realitinya kami ahli akar umbi bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan PKR , di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.

    Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.

    Ditakdirkan PKR masih utuh dan pemimpin yang amanah seperti Azmin Ali dan Tian Chua tidak disingkirkan, saya tetap tidak menghormati kamu dan isteri kamu lagi.

    Ahli Seumur Hidup Yang Geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcai yg pndai brlakon..hehe..

      Delete
  3. Sia2 Berjuang Bila Pemimpin Sendiri Pertahan Nepotisme dalam Parti

    Penulis rasa sia2 perjuangan Penulis dalam PKR sejak 9 tahun lalu apabila pemimpin sendiri berjuang untuk kelangsungan prinsip Nepotism.

    Rasa mcm segala pengorbanan Penulis selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga Penulis yang bertungkus lumus membantu membina wadah keadilan Ulu Yam setelah kejadian 1998

    Penat jerih nak tegakkan keadilan tiba2 pemimpin sendiri pegi buat kerja sokong Nepotisme.

    Boy Ulu Yam yang Geram
    Ahli Seumur Hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu penulis bangang.... Orang berpolitik lu pun sibuk nak berpolitik tapi orang berpolitik untuk jadi pemimpin...lu pulak berpolitik jadi pencacai.

      Orang berpolitik ada strategi lu berpolitik menyondol macam babi..

      Siapa paksa lu sokong parti PKR...?

      Delete
    2. Anon 18:02..itu strategi pemimpin politik bodoh maa...itu politik bunuh diri namanya..belum menang minta rakyat sokong reformasi konon,bila dah menang pula ajak kawan kawan berkelahi kerana nak angkat bini..rakyat pilih PR untuk berkhidmat bukan berebut jawatan...

      Delete
    3. Anon 18:02 jaga percakapan tu, cakap siang pandang pandang, cakap malam bisik bisik. jika berani tunjukkan wajah kamu

      Delete
  4. Sampai hati DSAI merbahayakan parti dan PR kerana degil dalam hal Kajang Move. Kamu halau orang amanah (Kamu juga yg kata DSAI Oiiii) nak ganti dengan Bini kamu.

    Mari kita Bebai'ah, PKR boleh mencalunkan YB Yaakop Sapari sebagai calon MB. Saya rasa isu ini akan selesai

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Yang bersalah adalah brader Matang Pauh, masih tidak terlambat untuk meminta maaf kepada rakyat Selangor dan kamu mesti akur akan titah.

    ReplyDelete
  6. Kamu berlaku zalim apabila memecat MB yang disayangi rakyat. Doa orang dizalami amat makbul sekali

    ReplyDelete
  7. Awal2 aku marah dekat TGHA, ialah aku sebagai ahli PKR mesti marah. Tapi nampak gaya kebenaran sudah terbuka. Inilah orang yang baik2 sentiasa dapat petunjuk.

    ReplyDelete
  8. Penykong PKR dan DAP tidak perlu risau apa saja yang akan dilakukan raja perlembagaan di negeri Selangor berkaitan dengan lantikan menteri besar yang baru. Masing-masing berpegang pada undang-undang tubuh kerajaan negeri.

    Kekalutan yang berpanjangan adalah PAS yang mempertahankan Khalid Ibrahim dari disingkirkan oleh PKR sebagai menteri besar Selangor. Sehingga kini PAS kekal berbalah dengan PKR dan DAP tentang calon yang bakal menggantikan Khalid.

    Kenapa perlu takut hilang Selangor ? Sultan Selangor UMNO Baru yang punya... Hakim dan mahkamah UMNO Baru yang punya... Polis juga UMNO Baru yang punya... Dan PAS Selangor sudah bersedia jadi bini UMNO Baru.

    Semuanya boleh diurus dengan ringgit Malaysia...I help u U help me.

    Kalau tidak Pakatan Rakyat memerintah Selangor maka Barisan Nasional yang perintah.... Apa masaalahnya ?

    Kenapa Subki Latif jadi sasau... ?

    Apakah PAS memiliki 15 kerusi DUN tapi tidak dapat sokongan dari DAP untuk melantik adun mereka jadi menteri besar maka PAS boikot PKR ?

    Lihat sendiri... Pekara mudah dibuat susah...jadinya macam haramjadah !

    Dalam pilihanraya yang akan datang pastikan calon PAS kalah dalam pertandingan agar mereka kurang kerusi DUN agar mereka jadi ulamak yang siuman seperti di Pulau Pinang.

    Slogan biar parti kalah asalkan islam menang adalah betul dan tepat kerana Ulamak perlu tumpu pada agama bukan politik.

    Beri lalauan kepada parti PKR dan DAP melawan politik Barisan Nasional.


    ReplyDelete
    Replies
    1. marah nampak. Kah Kah Kah sori beb.Blog lu pun tak laku. Kah Kah Kah

      Delete
    2. kalau nak harap pkr dan dap melawan umno BN..alamat la hilang deposit .....
      sebab apa... nak ceramah pun tumpang pentas pas..nak kempen pun harap orang pas...nak jaga kawalan pun harap unit amal pas..
      dey..jangan cakap besar la..ada kawasan dun pas dikorbankan dan diberi kpd pkr...
      kalau ada dna umno tu pasti tak ke mana juga akhirnya...
      dah lantik MB bagi pkr pun dok bertekak dan gaduh2 sama ahli nak berebut kerusi...
      dey... ingat aa.. cek balik you punya.bos ha.. dia ada betul ke tarak betul ha..

      Delete
    3. Macam budak kecil nak mengajo orang besar
      Kemudian ajak berlawan
      Kena Acah sikit menangis
      Begitulah umpamanya pkr
      Memang pemikiran belom akil baligh
      Akan datang Tak taulah kerana ahli hindraf dah masuk.Banyak ranting pkr dimenangi mereka,makna ramai penyokong tu
      Tolong jangan menumpang pas lagi,belajar buat kerja ,lagipun sampai bila budak pun jadi dewasa
      Tambahan dah jadi parti berbilang bangsa ,takan satu kaum Dari pas je yang buat kerja
      Jangan nak berani dengan orang baik Dari pas je
      Dengan orang lain
      Tak berani
      Nanti kamu mati nak kemana.ingat ingat sikit orang agama yang menguruskan kamu

      Delete
  9. Aku x peduli, aku nk bini aku jugak jd mb, x reti bahasa ke? Aku x peduli nk mageran ke nk ape2 ke janji I want my wife to be the mb, others keep your mouth shut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini kau ada pengalaman apa ?

      Delete
  10. Laynan binikau tiap2 malam mungkin cukup baik sebabtulah binikau yang terbaik,ataupun dah kena nasi kangkang.Mungkn juga engkau laki bini otak penjanayah yang pentingkan diri kamu saja.

    ReplyDelete
  11. Anwar dan Wan jijah otak miring dan gila kuasa semua orang tak betul dan dia saja pandai.

    ReplyDelete
  12. Kerja kerja UG bersama umno utk rampas Sgor spt Perak Hubungan Khalid dng Hadi telah dpt di hidu Bila perancangan senyap mereka bersongkol tak menjadi Hadi belakang kan Khalid dan tawarkan MB pd Azmin Beriya iya Hadi sokong Khalid Akhir nya Rani dr PAS yg membongkarkan perkara ini Apa lagi kalau semua ini bukan bepunca dr kerja kotor Hadi Sultan tak akan susah nak minta dua nama kalaiu tak Hadi punya perangai Bagi saja peluang kpd Wan Azizah Setahun kalau Azizah tak berkerja dgn baik Sultan boleh bertitah spt mana Sultan murka pd Khalid Samad Kalau tak dpt undurkan Wan Azizah praya parti PR akan tumbang

    Dan kalau di magerankan Hadi dan UG lah yg bertgg jawab menghancurk PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismilahirahmanirahim .Adakah anda ahli sabotaj perjuangan Islam
      APA niat sebaliknya, adakah misi berjaya
      Kelibat anda dah diketahui,nak memperbodohkan ahli agama
      APA ada kepada anda
      Pelajaran setakat mana
      Anwar ketua anda cuma ambil pengajian melayu tapi Tak lulus
      Kalau kelas sastera Dari menengah bukanlah orang bijak
      Kalau bijak mesti kelas stains, dah ketua anda setakat ITU pendidikannya bagaimana dengan anda
      Adakah berpangkat besar ,jadi bos ke
      ITU sayA Tak tau
      Tapi Kala ulamak memang saya tau pandai,
      Tau mengaji
      Hafal ayat Quran
      Boleh jadi imam
      Mengetuai DOA
      Boleh mengajar agama .tau hukum hakam
      Mengurus kenduri kendara DOA selamat
      Menguruskan jenazah
      Tau ilmu dunia tau ilmu akhirat
      Anda aku Tau ,tapi Yang zahirnya bila ketua setakat ITU mesti lazimnya pengikut bawah lagi
      ITU lumrahnya, tapi Kalau yang Tak mengikut lumrahnya waAllahualam
      Kadang orang tu Tak sedar boleh istifar balik ke pangkal jalan
      Tapi Kalau takde akidah habislah
      Memang alat musuh Islam

      Delete
  13. PANADOLLL. . .PANADOLLL. . . .AKU NAK PANADOLLL. . .JAHH. . .OOIII. . .PANADOLLL MANAAA. . . KALAU PANADOL TAKDA AKU NK CINA DOLL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spendol mana, mana spendol?........stopa nak spendol dia, kao ada nampak?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...