Friday, 12 September 2014
MAHKAMAH AFRIKA SELATAN DAPATI, BLADE RUNNER TIDAK BERSALAH TUDUHAN MEMBUNUH TEMAN WANITANYA.
“Blade Runner” Oscar Pistorius didapati tidak bersalah atas tuduhan membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp pada Khamis apabila hakim Afrika Selatan menolak tuduhan paling serius terhadapnya, menurut AFP.
“Kerajaan masih gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa tertuduh bersalah atas pembunuhan direncanakan,” kata Thokozile Masipa, sebelum mengarahkan pengurusan kes membunuh tanpa niat.
“Jika dilihat secara keseluruhan, bukti dikemukakan gagal membuktikan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh si mati apatah lagi dengan merencanakannya,” kata Masipa.
Pistorius, 27, didakwa dengan satu tuduhan bunuh dan tiga tuduhan kesalahan senjata pada Hari Valentine 2013.
Dia masih boleh didapati bersalah di bawah tuduhan “culpable homicide” atau melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian yang boleh membawa kepada penghakiman terbuka, hukuman penjara, atau boleh dibebaskan.
Februari lalu atlet berusia 26 tahun itu didakwa menembak kekasihnya dengan senjata yang menembusi pintu bilik mandinya menggunakan sepucuk pistol miliknya.
Walau bagaimanapun Pistorius mendakwa dia menyangka rumahnya dimasuki pencuri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Jealous betul dng si Oscar ni
ReplyDeleteTp tu lah bukan semua tuah memberi kebaikan