Friday, 1 November 2013
SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN YANG DIGANTUNG LESEN OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA.
KUALA LUMPUR – Syarikat kawalan keselamatan yang digantung lesen oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih beroperasi seperti biasa di Jalan Raja Chulan.
Seorang pekerja berusia 40-an yang enggan dikenali mendakwa, syarikat tempat dia bekerja tidak digantung operasi, sebaliknya lesen senjata kelas A sahaja yang ditarik balik.
Dakwanya lagi, perkara ini perlu dibincang dengan lebih telus sebab syarikat berkenaan mempunyai kira-kira 2,450 orang pekerja yang perlu ditanggung.
“Bayangkan jika lesen ditarik atau digantung, apa akan jadi kepada kami. Dan mungkin selepas ini pengawal keselamatan kita hanya menggunakan kayu cota.
“Syarikat ini semuanya bumiputera, tidak logik jika hanya satu tragedi itu berlaku kami disalahkan sepenuhnya,”katanya.
Mengulas mengenai pengawal keselamatan syarikat berkenaan yang menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib 22 Oktober lalu, pekerja berkenaan berkata, syarikatnya mengambil individu terbabit bekerja kerana dia ada kad pengenalan yang beralamat Tawau, Sabah.
“Syarikat ini tidak akan mengambil pekerja yang bukan bumiputera, apatah lagi melibatkan warga asing,”katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ini dah terang megajikan pendatang tanpa izin tp mat mongol tak ambil tindakan pun.biasanya syarikat kroni je yg kebal dari undang2.last2 org lain yg jadi kambing hitam.
ReplyDeleteYaa.... Rasanya syarikat kroni, setidak2nya bgtaula nama sykt tu
DeleteApa masalah korang nie? Mmg security dari Syarikat Kawalan Prima.. Kalau tak tahu apa2 jgn nk buat spekulasi sendiri.. Tolong fikir waras.. kenapa nk menafikan kebenaran..
ReplyDeleteKenapa nk suruh syarikat lain pulak nk tangunggjawab? Tak faham aku laa.. orang sekarang suka buat spekulasi sendiri..
Ko nak tahu nama syarikat apa lagi? dah terang2 mmg dari Kawalan Prima yang korang nak kait ngan syarikat lain kenapa laks?
Nie laa tanda akhir zaman dimana yang benar dinafikan dan yang salah di benarkan..
Renung2kan dan fikir2kan lah..
Entah ler kalau jadi kat diri sendiri baru padan muka.. apa perasaan korang kalau korang pulak difitnah yang bukan2 tak ke geram dibuatnya..
ReplyDeleteTolong laa hentikan nak fitnah syarikat lain pulak.. Cukup laa fitnah yang korang dah buat sebelum nie.. nk tutup periuk nasi orang kea?
aku pun penyokong pembangkang jugak.. aku pun marah jugak ngan gst yang nk dilancarkan nie tapi cukup laa jangan nk buat spekulasi sendiri tentang isu nie..
ReplyDeletekita tak tahu apa2.. senyap sudah..
syarikat besan najib..macamana nak gantung lesen!!!????
ReplyDeleteDikatakan dua pengawal keselamatan warga Filipina dikenakan hukuman sebulan (jenis hukuman tidak dinyatakan) oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu dan pabila selesai menjalani hukuman mereka akan dihantar ke negara asal..... betul ke akan dihantar pulang kenegara asal hanya untuk dua orang saja ?
ReplyDeletePengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu kita boleh lihat orangnya, tapi pengedar dadah, kita tidak boleh lihat mereka yang terlibat kecuali polis berlagak model dengan dadah.
Persoalannya mengapa KDN dan PDRM tidak mahu diadakan IPCMC jika bukan mereka yang menjadi dalang dalam sesuatu jenayah ?
Ini lah bahana RASUAH, asal duit nyawa rakyat tergadai.Pengurusan pendatang asing yang terlau lemah kerana nak menguntungkan syarikat pemegang konsesi pengambilan pekerja asing milik puak puak kepentingan umno, jadi senang boleh kau tim. Mesti ada dasar semua menteri dan pegawai atasan serta keluarga samaada bersara atau tidak , jangan di benar berniaga dan punyai share baru negara selamat.. Mereka mereka ini musoh dan pembelot negara nak untung dengan apa cara pun kerana kdn, polis dan pdrm adalah sekutu mereka.Selagi sprm dan polis tidak ada lembaga pengawasan dari pihak pembangkang selagi itu kita terancam.
ReplyDelete