Wednesday, 3 October 2012

KISAH GEMPAR TAPI BENAR!!!! SHAHIDAN KASSIM PINJAM DUIT DENGAN TIGA ALONG UNTUK URUS TADBIR PERSATUAN BOLASEPAK PERLIS!!!!!!!!!!!!



Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.

Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.

Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.

“Saya sudah menghubungi beliau, menyatakan hasrat mahu membawanya masuk dalam persatuan ini. Jika Menteri Besar menyertai kami, sudah tentu saya bukan lagi Presiden PFA. Saya serius bukan ajak-ajak ayam kerana sedar langkah menyelesaikan masalah kewangan PFA adalah dengan pembabitan Menteri Besar. Tapi setakat ini beliau menolak atas alasan tidak berminat dan tidak tahu bermain bola sepak.” Sementara itu, Shahidan berkata, kerajaan negeri juga masih belum membayar penuh bantuan diminta apabila hanya baru melunaskan RM100,000 daripada RM300,000 yang dipohon.

PERGH!!!!! KINI PERSATUAN BOLASEPAK PERLIS (PFA) DIPUNYAI OLEH ALONG LA YA!!!!!!!!!...

KALAU DIBIARKAN NEGERI PERLIS DIPERINTAH OLEH UMNO SELEPAS PRU 13 NANTI.. JANGAN HAIRAN KERAJAAN NEGERI AKAN PINJAM DENGAN ALONG JUGA!!!!

PUNYALAH BUNTU DAN TIADA AKAL PARA PEMIMPIN UMNO!!!!!..

6 comments:

  1. Masaalahnya dengan si shaidan ni...dah tahu kau tak dapat jadi MB Perlis....letaklah jawatan....ini tidak....mati2 nak duduk jugak....sama macam KOAM...dah tahu awak tu bukan orang penting...kau ni Dan....jadilah macam pelepah kelapa....jatuh sendiri...jangan jadi macam pelepah pisang...dah tua pun masih nak melekap kat batang pisang....last2 kena cantas dengan parang....macam kau ni lah sekarang dalam KOAM....kena cantas terus...baru tahu langit tinggi rendah....

    ReplyDelete
  2. Ala, tengok aje lah kata2 dia tu, siap bagi amaran lagi kalau dia dapat jadi MB semula... Tu maknanya dia takkan lepaskan jawatan Presiden PFA... Mad Isa Sabu sajer jer bagi alasan tu...bukan dia nak kena main bola... Shahidan ni yang kemaruk dan perasan...

    ReplyDelete
  3. Sudah la Shahidan! Yang aku nampak statement dia mcm nak berkempen kononnya dia la sorang2 nak membela persatuan. Dia ni muka x tau malu. Slps dlm politik dia kena cantas, dia guna KOAM utk mempopularkan diri. Akhirnya atlet jgk yang nayer.
    Kini dia hanya tinggal 1 lg platform iaitu bolasepak Perlis. Kalau aku jadi MB tu pun x hingin. Dah tenat baru nak bagi. Kenapa x awal2 dulu, serah jawatan? Aku x usahkan tgk muka, dgr nama Shahidan ni pun aku menyampah dan meluat. Berlagak dan ego (dr perbualan di media).

    Tgk stetmen dia, dia kata alasan MB x nak sb x pandai main bola. Ye ke MB ckp mcm tu? Ada bukti? Aku lebih kepada dia saja2 nak menjatuhkan maruah MB. Jelas dia masih berdendam kpd MB yang merampas jawatan tersebut (MB) dr beliau.

    Nampak sgt dia ni tgh terdesak.

    ReplyDelete
  4. Kata orang Teganu, dia ni jenis ayam gila mengeram! Telur dah takder tapi masih lagi mengeramkan sarang kosong jer. Dan, sedor lah diri tu dah tak laku! Masa lu MB dulu, bukan hebat pun tindakan lu untuk kesejahteraan rakyat. Yang hebatnya: hang duk ampu-ampuan MAHASHIT yang busuk dan membusukkan itu!!!!

    ReplyDelete
  5. kesian.nasib tak lemas kat laut tempoh hari.serahlah kat orang lain,kalau dah berpenyakit.

    ReplyDelete
  6. Mana bolasepak nak maju!!! Ameno yang pegang patutlah hancus!!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...