Cukup pantas masa berlalu. Tanpa disedari sudah setahun umur blog ini wujud.
Blog yang berumur rebung, masih bertatih bila berada dalam kelompok blog-blog otai yang sudah agak lama bertapak terasa teramatlah kerdil.
Baru Omak tahu berblog ini memang banyak dugaan dan kerenahnya. Ingatkan senang dan mudah tetapi memerlukan suatu kesungguhan, kesabaran dan minat yang amat tinggi
Paling Omak ingin ucapkan jutaan terima kasih ialah kepada Harakah Daily Online, Blog-blog Amenoworld, Biaqpila,Greenboc,Tukang Lawan, Batu vs Kayu, Cenangau Daun Kari, Milo Suam dan banyak blog PR lagi yang sudi menghebahkan wujudnya blog Omakkau sambil membuat pautan
Omak tak lupa jua ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penjenguk, pengitai, pembaca, pengikut, pembenci dan pengkritik blog ini.
Omak mengambil sikap minda terbuka dengan berlapang dada dan berdingin kepala dalam apa jua kritikan dan teguran dilemparkan.
Omak anggap itu semua bagi memperbaiki apa jua kekurangan dan mengurangkan apa jua yang terlebih hebah.
Memegang prinsip bila mencerita pastikan berfakta bukannya auta memberi bukti bukan sekadar cakap pakai air liur basi.
OMAK AKAN TERUS MENGHASUT RAKYAT UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN UMNO YANG ZALIM DAN RASUAH INI.
PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH...PATAH PARUH BERTONGKAT SIKU...PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU.. PATAH DAGU BERTONGKAT KUKU.... Namun undur selangkah tidak sama sekali....Membujur lalu melintang patah.. No retreat no surrender...LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA PUTRAJAYA PAKATAN RAKYAT DAPAT DITAWAN.
Salam dan Tahniah buat Omak Kau...
ReplyDeleteDiharap meneruskan usha tanpa jemu dan Selamat berkarya... LAWAN TETAP LAWAN... Salam
Wkumsalam. temaksih kerana memberi pembakar semangat juang.
ReplyDeleteHepy besday omak kau
ReplyDeletetenkiu
DeleteTahniah!! semoga terus berjaya...
ReplyDeletetenkiu atas ucapan dan doa
DeleteAntara blog yg wajib buka slps mkini.lawan ttp lawan.tahniah omakkau
ReplyDeleteBaru 1 tahun dosa fitnah blog ni dah macam 1000 tahun dah rasanya......buat la fitnah banyak2 yaaaa.....klu tak menipu dan menfitnah bukan PR la namanya.
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih kerana menjadi salah satu sumber maklumat alternatif rakyat!
ReplyDeleteselamat,semoga sukses terus
ReplyDelete