Thursday 4 October 2012

MAJLIS PERKAHWINAN HYPER MEGA ANAK ALI RUSTAM....BELIAU TERBUKTI TELAH MENYALAH GUNAKAN KEDUDUKKANNYA SEBAGAI PENGERUSI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA SEBAGAI AGENSI KERAJAAN YANG DIKENAL PASTI BERTINDAK SEBAGAI PENAJA UTAMA!!!!



ISU KENDURI MEGA KM MELAKA DILAPOR PADA SPRM
- mkini


Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri  Mohd Ali Rustam.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.

Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:

(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.

(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.


(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.

Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.


Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali,  M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.


Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.


MAHFUZ DAKWA KENDURI MEGA DI TAJA AGENSI KERAJAAN MELAKA - mkini

Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri,i Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat

PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.


Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.

4 comments:

  1. Oops...Kat cite ni takde pulak pencacai UMNO komen...Kenapa agak2nya??...:)...Sygnya pencacai UMNO dgn pucuk kepimpinan yg suka membazir...UMNO dan Be-End...

    ReplyDelete
  2. Syoklah kalau semua di taja..macam celebrity pulak !!

    ReplyDelete
  3. ..mungkin sebab ini dia kalah di pilihan raya umum 13...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...