Sunday, 31 March 2013

JOM BANTU POLIS JEJAK LELAKI INI YANG BERGELAR "DATUK SERI" SAMPAI TERTANGKAP KERANA TERLIBAT DALAM PENCEROBOHAN LAHAD DATU!!!!!


Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.


"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

RIBUAN RAKYAT SELANGOR DARI MASYARAKAT MELAYU/ISLAM HADIR FORUM LAHAD DATU, RAKYAT BERHAK TAHU DISTADIUM MELAWATI, SHAH ALAM !!!!



Ribuan masyarakat Melayu sedang mendengar ucapan Lt Jeneral (B) Dato Abdul Ghafir Hamid dalam Forum "Lahad Datu, Rakyat Berhak Tahu" di Stadium Melawati Shah Alam, malam ini 31hb Mac 2012.

Bukti kukuh bahawa rakyat Selangor dari kaum Melayu/Islam sokong padu Pakatan Rakyat.

Cakap-cakap lawak Presiden MCA, Chua Soi Lek yang masyarakat Melayu enggan berbah dan masih mau berpaut dan sokong UMNO/BN pada PRU 13 nanti jelas meleset sama sekali.

Semua rakyat tidak kira apa jua kaum dan agama dinegara ini sudah bertekad mau melakukan perubahan..Rakyat mau supaya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya demi masa depan anak cucu cicit mereka

INI KALI LAH TUKAR....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

INI BARU BETUL APA ITU UMNO/BN!!!!!!!

Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar.

UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan.

Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!!

Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!!

RIBUAN HADIR SOLAT MUNAJAT SELAMATKAN MALAYSIA DISTADIUM MELAWATI, SHAH ALAM!!!!!


Ribuan umat Islam sama-sama solat Munajat Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam malam ini 31hb Mac 2013 yang diimamkan oleh Dato' Abu Bakar Chik, Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Pendidikan PAS Pusat.

Petanda rakyat Selangor terutamanya warga Melayu/Islam masih bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

KEKALKAN SELANGOR TAWAN PUTRAJAYA.

PERGH!!!!!!.....UMNO/BN PASTI PILIH!!!!!...BN DAN SEKS BERPISAH TIADA!!!!!!

Cara MCA/BN nak ambil dan pikat hati rakyat.

Buat konsert dengan menjemput berapa penyanyi berpakaian seksi menjolok mata.

Nampak gayanya bukan saja mengedarkan video seks lucah fitnah menjadi modal politik BN tetapi menjemput penyanyi seksi juga adalah sebahagiaan darinya.

Maklumlah..pemimpin ulung MCA juga bukankah sudah ada video seksnya sendiri yang dia mengaku beliaulah pelakunya.

BURUNG SEBULU AKAN TERBANG SEKUTU.

SEKS DAN BN BERPISAH TIADA.


MEDIA MILIK UMNO SEDANG LIGAT MEMPROMOSIKAN NAJIB BERKOPIAH SEBAGAI ALAT PROPAGANDA MERAIH UNDI ORANG MELAYU!!!!!!


Rakaman gambar Najib Razak selepas berpolitik di Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan UMNO untuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

UMNO ni ingat orang Melayu kita ni jenis bangang bin bahalol...Dia ingat sekadar tonjolakj pemimpin agungnya berkopiah dan berkain pelikat sudah dianggap berjiwa Islam dan merendah diri.

Tapi satu yang Omak Kau cukup setuju dengan rakaman gambar diatas cara Najib duduk...BERSIMPUH....Cukup sopan dan bergaya sekali...Amat sesuai cara duduknya sebagai Menteri Wanita...

BN JOHOR SUDAH GOYANG!!!!!!...PR MAMPU RAMPAS JOHOR PADA PRU 13 INI!!!!


Ramalan Johor bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat bukan cerita rekaan syok sendri tetapi ini adalah realiti.

Sokongan rakyat Johor kepada Pakatan Rakyat sejak diumumkan Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub dan Pengerusi DAP YB Lim Kit Siang bakal bertanding di Johor amat diluar dugaan sama sekali.

Sokongan melebihi jangkaan...Rakyat kini sudah menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat secara terbuka dan berani terutamanya dari golongan kaum Tionghua yang amat terkenal sebagai rakyat yang sukar mau menonjolkan sokongan secara terang-terangan.

Ceramah malam tadi 30hb Mac 2013 anjuran DAP di Bakri Muar sebagai satu contoh yang baik untuk membuktikan apa yang Omak kau cakapkan ini.

Ribuan penduduk tempatan datang memberikan sokongan.

Mereka sama-sama melaungkan kata-kata keramat.. INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH!!!!!!

BIAR GAMBAR BERBICARA.....ORANG MELAYU NEGERI SEMBILAN TOLAK UMNO/BN!!!!!


Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.

Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.

Negeri Sembilan sudah memang terkenal dari dulu antara negeri UMNO paling kuat kukuh dan kebal tetapi kini sudah tidak lagi beb!!!!

Tidak terperanjat dan menghairankan jika Negeri Sembilan bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat jika dilihat pada sambutan yang cukup luar biasa malam tadi.

Amat jarang ceramah di Negeri Sembilan diberikan sebegini punya hebat.

Apakah UMNO masih mau berasa selesa sambil bercakap besar kononnya Negeri Sembilan tetap kekal ditangan UMNO sepertimana yang dikatakan oleh Mohamad Hassan?

PRU 13 adalah PRU kebangkitan rakyat....Rakyat terutamanya anak-anak muda mau bangkit melakukan perubahan.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

DSAI UMUMKAN CALON PKR/PR BAGI PARLIMEN KUANTAN, INDERA MAHKOTA DAN PAYA BESAR MALAM TADI!!!!!



KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.

Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.

Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.

Pada ceramah perdana di Taman Mahkota Aman pula, peguam muda, Murnie Hidayah Anuar diumum bertanding kerusi Parlimen Paya Besar.

“Saya ambil kesempatan ini untuk umumkan, Paya Besar calon kerusi Parlimen dari KEADILAN. Di Paya Besar, kita tonjolkan orang yang ada kebolehan, rekod baik, layak dan berani.

“Calon ini seorang tokoh muda, profesional yang punya kelayakan tapi ada akar umbi kepada perjuangan rakyat,” katanya sebelum mengumumkan Murnie yang kemudian naik ke pentas.

Kata Anwar, pemilihan Murnie dibuat selepas perbincangan dengan pelbagai peringkat parti.

CALON SUDAH DIUMUMKAN....KINI MASA UNTUK BEKERJA KERAS MENUJU KEMENANGAN..

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH... LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI PUTRAJAYA DAPAT DITAWAN.

Saturday, 30 March 2013

SEHARIAN MENGHADIRI KURSUS PENGACARAAN DAN PIDATO ANJURAN PENERANGAN KEADILAN SELANGOR BAKAL MELAHIRKAN PENGACARA YANG MANTAP DAN BERKUALITI!!!!




Menjadi seorang pengacara bukan sahaja bergantung kepada minat semata-mata, ilmu dan kemahiran serta pengalaman adalah penting untuk menjadi seorang pengacara yang profesional. Bertempat di My Hotel hari ini telah berlangsungnya bengkel pengacaraan dan pidato anjuran Penerangan Keadilan Selangor yang mengenengahkan beberapa Fasilitator hebat seperti YB Suhaimi Safiei, Sdr Halimey Abu Bakar dan juga sesorang aktivis yang tidak asing lagi En Khairul Anuar Othman Timbalan Pengarah PKOM.

Kursus sebelah petangnya telah disampaikan oleh En Khairul Anuar Othman amat lah menakjubkan kerana ini adalah yang pertama kali omakkau hadiri sekaligus membangkitkan semangat peserta-peserta dengan pelbagai teknik dan tips-tips yang berkesan dan omakkau akui En Khairul Anuar memang seorang yang berpengalaman untuk membentuk dan melahirkan pengacara yang berkualiti dan profesional.

Di sini omakkau share sedikit tips menjadi pengacara yang baik untuk dikongsikan bersama:- 

a) Pakaian sentiasa kemas (mengikut majlis)
b) Peradapan (berdiri)
c) Bahasa Badan (mimik langkah serta tangan)
d) Keyakinan diri (hilangkan gugup dan gementar)
e) Sebutan (terang dan jelas)

Sebenarnya banyak lagi ilmu-ilmu yang omakkau perolehi sepanjang hari menghadiri bengkel yang berguna ini. Apa-apapun ucapan terima kasih tak terhingga kepada Penerangan Keadilan Selangor sudi menjemput omakkau..lepas ni omakkau da tak gugup lagi untuk mempengerusikan majlis dan mampu mengenalikan majlis-majlis besar dan berprestij...hehehehe..


INI KALILAH TUKAR!!!!!!!...MAJLIS PENGESAHAN KLINIK KESIHATAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS, KUALA LUMPUR, DIRASMIKAN OLEH MENTERI KESIHATAN LIOW TIONG LAI, HAMBAR SUNYI SEPI!!!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri beb!!!!!.. Ini program anjuran kerajaan UMNO/BN..Program Perasmian Majlis Pengesahan Klinik Kesihatan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur oleh Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pagi ini 30hb Mac 2013 jam 10.00pagi.

Rakaman gambar ini dirakam ketika Liow Tiong Lai sedang menyampaikan ucapannya...Ertinya ketika upacara puncak.

Apa sudah jadi ni beb!!!!.. Kalau program anjuran kerajaan pun lenggang sunyi sepi dan hambar apa barang kalau program anjuran parti Barisan Nasional.

Mana pergi menyoroknya para ahli UMNO/BN terutamanya MCA....Kata sokongan rakyat amat padu kepada BN dibawah kepimpinan Najib Razak.

Itu pasalah Omak kau selalu pesan.. cakap lain kali jangan terlampau besar berdegar-degar...Jangan nak pakai topi besar kalau kepala itu kecil kenit jer!!!!

Barulah kini MCA dan UMNO sedar betapa rakyat urban tidak kira apa jua lapisan masyarakat sama ada rakyat biasa maupun kakitangan awam sudah tolak UMNO/BN secara total dan mutlak... INI HAKIKAT.
INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

INI KALILAH.....WARGA BUNIAN DAN HANTU BERSAMA UMNO/BN?????


UMNO/BN canangkan satu dunia kononnya anak-anak muda kini bersama-sama dengan UMNO/BN.

Tapi lain pula kisahnya disatu program mesra belia anjuran UMNO/BN malam tadi di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor.

Bukan niat dan tujuan nak aibkan UMNO mau pun nak jadikan rakaman gambar sebagai bahan guruan dan kutukkan, tetapi ini adalah kisah benar dengan gambar sebagai saksi berbicara.

Sila lihat rakaman gambar diatas...belia dan anak muda bersama UMNO/BN atau makhluk bunia dan hantu menyokong padu UMNO?

Bolehkah lagi UMNO anggap dan ingat Johor negeri UMNO paling kuat sekali dalam dunia disebabkan UMNO lahir di Johor?

Atau memang benar akan ramalan ramai rakyat dinegara ini yang dari Johor UMNO lahir dan di Johor juga UMNO akan dikuburkan.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

INI KALILAH TUKAR!!!!!!... RIBUAN RAKYAT TEMPATAN PELBAGAI KAUM HADIR CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI BANDAR BARU SENTUL PARLIMEN BATU!!!!!!


Mood rakyat kini maukan perubahan...Itu yang dapat Omak kau gambarkan apabila ribuan rakyat Sentul perlbagai kaum hadir di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi 29hb Mac 2013 di Bandar Baru Sentul dalam Parlimen Batu.

Penceramah terdiri dari bakal PM ke-7 DSAI, Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua yang telah pun diistiharkan akan mempertahankan parlimen Batu pada PRU 13 nanti

Ingatkan setelah UMNO dengan kerjasama PERKASA dan beberapa NGO rasis mesra ketat UMNO membuat demo bakar bendera, baling telur dan kayu mengenai kisah YB Tian Chua sebagai pengkhianat negara sampai diheret ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 maka sokongan rakyat terutamanaya dari kaum Melayu akan merudum dan mengucup namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Makin diserang dan difitnah makin ramai rakyat mau menyokong Pakatan Rakyat.

Fitnahlah.. seranglah... balinglah batu dan telur...berdemolah sepuas-puasnya...repot lah ke Balai Polis sebanyak mungkin tapi rakyat tetap bangkit dan tumbangkan kerajaan zalim, korup, penakut, boros UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak dengan mendapat nasihat dari Mursyidul Am UMNO/BN Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perubahan Ins'yAllah bakal berlaku...kemahuan rakyat sudah tidak mampu disekat dan dihalang oleh UMNO/BN.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO.... PR GANTI BN... UMNO IS DEAD!!!!

Friday, 29 March 2013

SAH INI KALILAH TUKAR!!!!... CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT GOMBAK!!!!... RIBUAN HADIR...HARAPAN PR RAMPAS PUTRAJAYA SEMAKIN CERAH, INS'Y ALLAH... TAKBIR!!!!!!


Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam ini 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.

Fitnahlah..tipulah...edar dan siarlah video seks rekacipta..ugutlah...gunalah cara samseng..Rakyat tetap akan bangkit sepak terajang UMNO keluar dari Putrajaya.

Nampaknya mood dan hasrat rakyat mau melakukan perubahan adalah real dan bersungguh-sungguh.

Rakyat sudah bertekad akan menobatkan Pakatan Rakyat untuk ambil alih Putrajaya dari rejim UMNO/BN yang terkenal sebagai pemerintah yang korup, zalim, penakut, rakus, boros dan rasis.

INI KALILAH TUKAR...JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN....UMNO IS DEAD!!!!!

SAH MCA AKAN DAPAT TELUR PADA PRU 13 NANTI!!!!!!... HANTU PUN TAK INGIN DATANG CERAMAH ANJURAN MCA/BN!!!!!


Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.

Pergh!!!! Itu hari bukan main cakap besar sombong lagi kata semua kerusi yang MCA tumpas pada PRU 12 yang lalu akan dirampas...Hari ini bunyi sudah lain macam.. sampai cakap janganlah beri MCA makan telur pula...Ertinya dia sedar selaku pemimpin MCA, bahawa kali ini MCA akan bungkus tutup kedai.

Bukti jelas rakaman gambar diatas...Ceramah anjuran MCA langsung tiada orang yang datang...Kerusi dikira hampir kosong tiada penghuni....Jangan katakan orang.. hantu pun tak nak datang!!!!!

Kepada MCA, ini pesanan dan nasihat ikhlas lagi jujur suci murni dari Omak Kau....MCA days are numbered!!!...MCA kali ini akan menerima nasib macam GERAKAN tahun 2008...MCA bakal pupus dari muka bumi...Kaum Tionghua melebehi 85% diseluruh negara akan tolak MCA secara total dan mutlak..


INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... KUBURKAN UMNO/BN...PAS GANTI UMNO.... PR GANTI BN...UMNO IS DEAD!!!!!!.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...