Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh PKR terhadapnya semalam "sebagai cacat, tanpa butir relevan serta memadai untuk membolehkannya untuk menjawab".
Menurut Khalid, surat bertarikh 5 Ogos itu menuntutnya menjelaskan keengganannya mematuhi keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai 2014.
Surat itu kata Khalid, tidak memberikan perincian tentang kesalahannya.
"Adalah menjadi keperluan utama notis itu menyatakan dengan jelas dan secara spesifik semua tuduhan yang dikenakan terhadap saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti serta peruntukan-peruntukan di mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya," jawab Khalid dalam surat balasnya.
Beliau turut menuntut PKR memberikannya "notis tunjuk sebab yang sah".
Surat balas tersebut yang bertarikh hari ini, dan ditandatangani Khalid, dimuat naik di portal Selangorku sebentar tadi.
Ia dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang mengutus notis tunjuk sebab kepada Khalid semalam.
Pada masa yang sama, Khalid turut membidas 'Langkah Kajang' yang menurutnya merupakan "satu arahan parti kepada beliau" tanpa "perbincangan yang efektif dan adil terhadap beliau".
"Alasan-alasan yang kononnya diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.
"Saya menegaskan di sini saya tidak pernah bersetuju tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Negeri Selangor tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat," tulisnya lagi dalam surat.
Beliau juga turut membidas tindakan PKR membelakangkan pihak istana dan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB.
"Setakat ini dan tanpa menghiraukan pendapat semua parti politik Pakatan Rakyat serta terlebih dahulu mendapat perkenan dari DYMM Sultan Selangor, parti nampaknya pada 21 Julai 2014 mengambil langkah-langkah keras memaksa saya meletakkan jawatan," katanya lagi dalam surat itu.
Sementara itu, Khalid sewaktu ditemui selepas melancarkan jambatan ketiga Klang berkata beliau "seronok" menguruskan Selangor di tengah-tengah kemelut yang melingkari jawatannya itu.
Kata Khalid, tekanan itu mendorongnya bekerja lebih keras.
"Oh saya seronok. Saya sekarang bekerja lebih pantas," katanya.
Jelasnya, tekanan itu bermakna beliau kini hanya memenuhi kepentingan penduduk Selangor semata-mata.
GERAKAN ANWAR MENJATUHKAN MENTRI BESAR RAKYAT KHALID IBRAHIM SAMA SEPERTI GERAKAN AL-SISI MENJATUHKAN PRESIDEN MORSI!!!
ReplyDeleteRAKYAT MESTI BANGKIT MELAWAN DIKTATOR YG KORUP & ZALIM.
GERAKAN ANWAR MENJATUHKAN MENTRI BESAR RAKYAT KHALID IBRAHIM SAMA SEPERTI GERAKAN AL-SISI MENJATUHKAN PRESIDEN MORSI!!!
RAKYAT MESTI BANGKIT MELAWAN DIKTATOR YG KORUP & ZALIM.
GERAKAN ANWAR MENJATUHKAN MENTRI BESAR RAKYAT KHALID IBRAHIM SAMA SEPERTI GERAKAN AL-SISI MENJATUHKAN PRESIDEN MORSI!!!
RAKYAT MESTI BANGKIT MELAWAN DIKTATOR YG KORUP & ZALIM.
Hebat sungguh Khalid gagap..... dalam gagap itulah dia mainkan perranan menipu ramai orang..... he..he..he..
ReplyDeleteAku dengar cerita dari pejabat menteri besar, sama ada benar atau fitnah aku tak dapat pastikan.... PAS sokong Khalid pertahankan jawatannya kerana Khalid ada buat janji akan memberikan sesuatu mungkin projek kepada pemimpin PAS melalui orang ketiga jika dia kekal jadi menteri besar sehingga akhir penggal perkhidmatannya.
Walau apa pun wayang mahu dimainkan oleh para pencacai.... formula nya ialah
PAS + Khalid = UMNO Baru.
Berhati-hati wahai Omak Kau..... ketika ini kawan yang kita hormati dalam sekelip maka boleh bertukar jadi lawan,.....Khalid yang kita sokong dan sanjung dulu sudah tidak kenal parti PKR lagi kerana duit dia sanggup jadi barua UMNO Baru.
Inilah akibat kita ikut rentak Anwar percayakan sangat dengan ulamak politik PAS........dalam leka dia tikam kita dari belakang.
tolak diktator & tolak nepotisme
DeleteBARU TAU KE ANWAR SUKA MAEN BELAKANG ?
DeleteJAWATAN KETUA UMUM UNTUK AKU.
ReplyDeleteJAWATAN PRESIDEN UNTUK BINI AKU.
JAWATAN NAIB PRESIDEN UNTUK ANAK AKU.
AKU BAKAL JADI PERDANA MENTERI.
BINI AKU BAKAL JADI MENTERI BESAR.
MUNGKIN ANAK AKU BAKAL JADI MENTERI WANITA.
HEHE. SETUJU TAK MACAI2 SEMUA???
MACAI2 KENA BANYAK MENYALAK BARU BOLEH DAPAT JAWATAN.
LAGI BANYAK MENYALAK LAGI CEPAT NAIK.
KAH KAH KAH.
ORANG NAK KATA DIKTATOR KE NEPOTISME KE LANTAK LA.
MEREKA DENGKI LA TU TAK ADA JAWATAN. HEHE
JAWATAN BESAR GAJI PUN BESAR OOo.
JANGAN JELOUS TAU MACAI2 SEMUA :P
Mahathir berpuluh tahun jd PM dan semasa dia mengumumkan persaraan ramai terkejut dan ramai ahli UMNO menangis merayu rayu Kira di bandingkan hebat Khalid dgn Mahathir hebat lg Mahathir Semasa dia diperlukan oleh penyokong dan ahli UMNO Mahathir sanggup bersara Mengundur kan diri Khalid memang teruk Buku Shit Shahnon Ahmad sesuai utk Khalid Kalau ada poskan lah kpd Khalid
ReplyDeleteHILANG SUDAH KEPERCAYAAN KAMI KEPADA DSAI DAN KRONI.... TERBUKTI TSKI SANGAT BIJAK ORANGNYA... GENG RAFIZI DAN KEADILAN (HANTU) RAYA LANGSUNG TAK BERDAYA NAK LAWAN TSKI SEORANG.... HA.. HA... HAAAAAAAA...... PRU 14 PASTIKAN PAS BERTANDING DI SEMUA KERUSI YANG DITANDINGI OLEH GENG KEADILAN RAYA.... KALAU TIDAK KAMI PANGKAH BN.... SOKONG TSKI FOR PKR PRESIDENT.....
ReplyDeleteJika rakyat Selangor, kamu pengundi DUN mana ?
Deletekenapa you nak tahu? awak spr ker
DeleteKalo tanya melayu hutan tanya dun mana mesti dia ckap dun teluk intan.t.intan tu dlm kwsn selangor dia cakap.
ReplyDeleteapa kau merapu ni labu... kau dah makan ubat blom... kau sibuk tulis komen kat sini buat apa
DeleteTak faham ke labu,ko dulu pas ke x pmr.tu la lain kali jgn isap rkok dlm toilet masa cikgu tgh mengajar.
ReplyDeleteKHalid degil.kalau letak jawatan settle problem.khalid nama sudah busuk walaupun meneruskan jawatan mb
ReplyDelete