Thursday 14 August 2014

HANYA MB SAHAJA YANG BERHAK MOHON PERKENAN SULTAN PANGGIL SIDANG TERGEMPAR KATA PENGERUSI SPR.



SHAH ALAM, 14 OGOS: Hanya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempunyai kuasa untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menasihat dan memohon perkenan Baginda Sultan bagi mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hal ini termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan perkara ini dengan jelas.

“Menteri Besar sahaja yang boleh menasihatkan Sultan untuk memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri.

“Speaker tidak ada kuasa sama sekali tetapi cuma menjalankan prosiding persidangan DNS dan sekiranya ada usul undi tidak percaya, speaker juga tidak boleh mengundi,” kata Abdul Aziz ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Abdul Aziz yang merupakan anak jati Selangor sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor daripada 2001 hingga 2004 dan sebelum itu pernah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor daripada 1995 hingga 2000.

“Saya anak Selangor yang pernah bertugas sebagai SUK sebelum ini. Jadi selok-belok Perlembagaan Selangor saya memang tahu,” kata Abdul Aziz lagi.

Jelas beliau sekiranya undi tidak percaya yang dijalankan terhadap Abdul Khalid didapati keputusan seri, maka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.

Beliau bagaimanapun berharap Pilihan Raya Negeri tidak perlu dijalankan memandangkan kerajaan yang ada sekarang hanya baru berusia 15 bulan daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Selain itu, penarikan sokongan empat exco PAS terhadap Abdul Khalid juga boleh menyebabkan kerajaan sedia ada tidak dapat berfungsi yang juga boleh menyebabkan DUN Selangor dibubarkan lebih awal.

“Ini hak Tuanku Sultan. Kalau Baginda singkir hingga enam orang exco pun hak Baginda juga.

“Sekiranya empat Exco PAS meletak jawatan juga akan menyebabkan DUN Selangor boleh dibubarkan tapi kalau boleh tak perlulah bubar walaupun dibenarkan undang-undang,” kata Abdul Aziz lagi.

20 comments:

  1. Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANON 14:16. . SAYA SGT MENGKAGUMI DSWA DLM BIDANG AKEDAMIK. TETAPI BIOGRAFY TIDAK LENGKAP TANPA MAKLUMAT KELUARGA.
      BOLEH BERITAHU BILA DSWA BERNIKAH DGN DSAI DAN DIMANA ? KITA INGIN TAU JUGA IDOLA KITA INI.
      ANAKNYA BERAPA ORANG DAN YG TUA BILA LAHIRNYA ?

      Delete
    2. JGN JAWAP SBB ITU BKN SOKLAN TAPI PERANGKAP UTK BOCORKAN RAHSIA....

      Delete
  2. Hahaha.......... pada 1952, Singapura adalah "Strait Settlement", atau Negeri-negeri Selat dan bukan sebahagian daripada Tanah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948.

      Delete
  3. YB umno ada juga....

    Hasan Akidah. Dr.

    ReplyDelete
  4. UMNO ada Dr Mahathir. Pemimpin Arab pun selalu puji.

    Dr Wan Azizah ni pemimpin negara mana yang kenal?

    ReplyDelete
  5. Dr Mahather dikenali di negara Arab bukan sebagai PM tapi sebsgai Firaun No.2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERBAHARUI IMAN ANDA DGN KALIMAH SYAHADAH.....BERAT TUDUHAN TERSEBUT JIKA DIPERHALUSI SECARA ISLAM...

      Delete
  6. Anon 14:16..
    Kepandaian akademik bukan jaminan dlm kecekap mentadbir. Tengok shj bekas TPM dulu..degree pengajian Melayu jer..tapi atas ' kecekapan 'beliau mentadbir sampai huru hara Malaysia dibuatnya. Lagipun Wan Azizah ni tak pernah diuji kepimpinan beliau....dlm sidang dun baru ni tercungap-cungap gak dia..apa2 pun biarlah Selangor ditadbir oleh orang Selangor gak, org luar cari makan kat selangaor duk diam-diam sudah la...Viva Selangor!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree pengajian melayu pun janji adil, dari saluran yang betul, skor upsr masuk mckk, skor spm masuk UM, ini najib? Masuk ikut pintu belakang, upsr tak skor masuk maahad masyhur, spm tambah markah masuk u, itupun degree tak habis belajar. Shame, shame. .



      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

      Delete
  7. anwar di kenali sebagai the old juborer di mana sja.heee

    ReplyDelete
  8. Kelakar korang ni. kih..kih..kih

    ReplyDelete
  9. Bila kerajaan PR Selangor dah kacau bilau...tak mustahil MAGERAN akan ambil alih...UBN adalah spesis Hang Tuah yang penuh dengan helah bila tak mampu berhadapan dengan Hang Jebat dan Megat Panji Alam..

    ReplyDelete
  10. kalu di perak dulu, speaker kena usung keluor, kali ni mai pakat usunng TSKI masuk dewan

    ReplyDelete
  11. Yahoo kompom kita mengundi skali lg...x caya tngk jeee.

    ReplyDelete
  12. Ada parti baru turut bertanding...confirm PRN akan diadakan...tski akan bubar DNS malam 17 Ogos...pas keluar PR??? KITA tunggu dan lihat...tak lama dah...

    metalbullet@ din KFC...

    ReplyDelete
  13. Aziz ni mace baguh2 jah...
    ada gapo2 ter...

    ReplyDelete
  14. Tak betul Takda sebut dlm Perlembagaan Selangor hanya MB boleh panggil DUN bersidang

    ReplyDelete
  15. Masa bila pula spr diberi kuasa tafsirkan sesuatu paraturan kerajaan negeri atau mrmang pengerusinya ada penyakit gila babi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...