Thursday, 14 August 2014
ISU JAWATAN MB SELANGOR .... DATUK SERI WAN AZIZAH MOHON MENGADAP SULTAN SELANGOR KALI KEDUA.
SHAH ALAM - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar satu lagi perutusan kepada Sultan Selangor bagi memohon mempersembahkan sokongan majoriti Adun Selangor yang menyokong pencalonannya sebagai menteri besar.
Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan bertujuan untuk memohon pandangan Sultan Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar di negeri ini.
"Saya mengutus satu surat kepada Sultan Selangor hari ini demi memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk diperkenan oleh Baginda.
"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan bagi memperkenan Speaker untuk memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk mencapai keputusan bagi pertukaran menteri besar di negeri ini," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menyeru Adun Selangor yang masih berdiam diri untuk menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Pendirian mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangan oleh kesemua 30 Adun. Hanya empat Adun termasuk seorang calon bebas, 12 Adun Umno dan 13 Adun Pas yang masih tidak menyatakan sokongan terhadap pencalonan ini secara terbuka," katanya lagi pada sidang media di Hotel Empire, di sini, hari ini.
Pada 12 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Wan Azizah bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR terhadap pemecatan Abdul Khalid dan juga pencalonannya menggantikan Abdul Khalid.
Ditanya mengenai kesudian PKR terhadap Pas sekiranya jawatan menteri besar diisi dengan pemimpin Pas, Wan Azizah berkata, jawapan hanya akan diberikan setelah memperoleh perkenan untuk bertemu dengan Sultan Selangor buat kali kedua.
"Bagi peluang istana jawab dulu, baru saya boleh jawab," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Omak kau geng mana la ni....org dah tau dah pael omak kau..mungkin lepas ni jumpa angkat ..hello..good bye...
ReplyDeletesalam,
Deletemasalah skrg bukan siapa jadi mb !! sebab siapa pun boleh jadi mb atas persetujuan bersama. tetapi kalau perubahan belaku maka apa akan jadi ???? mungkin negeri selangor akan kehilangan kerajaan utk pilihanraya yg baru berlansung maka pihak mana akan dapat peluang ???? adakah rakyat akan undi pakatan dgn keputusan sama dgn pru13??? saya rasa tidak malah kemungkinan besar akan dimenangi oleh pihak lawan sebab mudah rakyat dipermainkan keyakinan telah pudar!!!! maka sebab itu mb skrg harus teruskan tugas beliau seperti biasa dan buat perbincangan dgn cara baik bukannya memaksa mb khalid secara terus sebaliknya buat keputusan menang2 utk bersama maka rakyat juga akan gembira dgn keputusan terbaik buat negeri selangor bukannya utk sebelah pihak sahaja.
kerajaan utk rakyat bukan utk parti atau individu maka dgn itu buatlah kerja utk negeri selangor malah majukan selangor setapak lagi itu barulah tujuan kerajaan baru ditubuhkan kalau tak, baik tak payah susah2 tukar kerajaan bukankah begitu???? sebijak mana kita tetap akan tersalah langkah , kita juga yg rugi org lain juga yg dapat habuannya.
WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.
ReplyDeleteHANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM
WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.
HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM
WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.
HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM
nenek aku nama dia kalsom, org panggil dia mak som..so nenek aku tu le yg maksom..betul tu wan jijah bukan maksom...nenek aku le yg paling layak jdi mb pasal dia le sebenar maksom...ada faham?
DeleteSultan Selangor tak mungkin nak wan jijah ni jadi mb.suspend jugak ni
ReplyDeleteHIDUP TSKI...HIDUP TSKI..HIDUP TSKI...
ReplyDeleteMari kta tngok sapa yg mnang!
ReplyDeleteNk tukar sapa2 pn xda hall pnya.apa anak selangor x de yg layak ke.....
ReplyDeleteHidup wan Azizah...aku sokong 100%
ReplyDeletenenek jijah ni.. jaga cucu kt rumah sambil main kipas kt rmh lg bagus la weiii... buat 10 soalan dlm sidang dun..semua 10 soalan kena reject.. tu lg ada hati nak tadbir negeri Selangor.... jd presider parti .. ahli sendiri pun tak boleh nak control.. lg ada hati nk jaga negeri Selangor.. nampak macam kemaruk sangat.. mcm laki dia juga... tak de ketokohan langsung .. sanggup buat apa saja asal nafsu besar laki dia tercapai.. walau pun jadi sbgai kuda kayu.. klu betul nak tukar mb .. TSKI.. x betul ..takkan tak de nama lain.. kenapa msti nenek jijah ni.. kenapa tak bagi nama azmin ali.. atau orang lain sj.. knpa msti nenek jijah.. kenapa...!!! dulu tun M pecat laki dia .. tp tak de pulak tun M ganti tun hasmah ..utk ganti anwar.... nampak sgt ada agenda nk jd mb..beria2 sungguh laki bini ni.. kemaruk ..kemaruk... semua masalah di Selangor semuanya punca dari anwar ... sikap tamak..kemudian PAS yg disalahkan...anwar ganta menyusahkan rakyat Selangor.. benci anwar .. benci nenek jijah...
ReplyDeleteKhalid mula mula jd MB pun mcm tu jugak
DeleteMacai gelar Khalid Gagap
Sekurang kurangnya MB Baru tak gagap lagi lah
SETUJU... KALAU BETUL NAK TUKAR TSKI...BAGI NAMA LAIN SELAIN DARI AZIZAH...BUKAN SAJA PAS .... SULTAN PUN PASTI SETUJU... TUKAR ... SETAKAT NI SELAIN TSKI CARTA NO.1 AZMIN ADALAH YANG PALING LAYAK SELEPAS TSKI... TAPI KENAPA AZIZAH.. KENAPA..KENAPA... ??? CUBA FIKIR..FIKIRKAN....
ReplyDeleteapa ygn anwar beritahu pd Hadi tu lah yg wan azizah maklumkan kpd Sultan
DeleteAzmin kena tunggu lah sbb mmg tempat Azmin
NEPOTISM...
ReplyDeleteKRONISME..
TAMAK...
GELOJOH..
KEMARUK...
Dia kan Presiden PKR, kebetulan isteri kpd Anwar, kalau dia tak layak jadi MB, siapa lagi? Tuanku pun patut dengar cadangan selain TSKI sabelum membuat keputusan tu. Tapi, semuanya masih bolih diperbetulkan berasaskan yg faktor2 yg benar. Tuanku yg bijaksana akan buat keputusan yg betul. Kita terima sajalah keputusan Tuanku.
ReplyDeletepuii.. ingat azizah je ke?? apa iskandar x boleh ke?? puiii laaa lu derrr
DeleteIst round
ReplyDeleteNuar ketum : INI KALI LAH
Jijah omega : INI BOLEH LAH
Tuanku : LAIN KALI LAH
TSKI : INI KHALID LAH
Nnti kn sambungan 2nd round ye
Kahh..kahh..kahh....
Anti PKR Ketum
banyaknya minum air ketum :)
DeletePilihan aku tetap Khalid, tapi kalau Khalid kecundang juga aku rela Selangor jatuh ke tangan PAS daripada 2 ekor berok singapura ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Usaha keras Azizah dan pimpinan PKR akan dipermudahkan. Demi keadilan raya!
ReplyDeletePercayalah Sdr Azmin akan ke jawatan MB.
ReplyDelete1- Tektik anwar yg kunun letak nama calon iaitu Azizah demi nak perangkap DAP yg dari dulu tak setuju Azmin jadi MB.
2. DAP yg dah bagi kata putus dah tak boleh cakap apa.
3. Nama yg disyor tak logik satu nama je. Memang Azizah jadi pengacah. Sultan akan mintak cadangan nama lain.
4. PAS nak tanak terpaksa jaga muafakat Pakatan.
aku dah cakap sesiapa yang lawan Azmin akan terkubur jugak.
Hidup Azmin. Pejuang keadilan
Nenek Zah dok umah je la jaga cucu
ReplyDeleteKelakar sial baca komen2 korang nie..PR haprak, kelahi sesama sendiri ada hati nk tadbir Malaysia..
ReplyDeleteButa perot buta kayu, untuk yg sokong sangat PR nie aku hadiahkan utk korang BODOH BANGANG BODOH BODOH BANGANG hahaha padan muka korang...
PR pon dah bg hadiah kt korang atas undi yg korang bg kt PR hahaha
keciwa sgt ke?
DeleteNak tak nak Sultan kena perkenan kan permohonan Azizah Tu yg keciwa sgt .
Tak kan kali kedua pun kena tolak ..
umngok ..dtang mnyebok kt sini.. ada sesapa panggil ke.. kau tu yg bangang tujuh keturunan...anon 21.40 org bodoh je yg dok tinggal dlm umno ni. phuiii
DeleteAzizah nie sejenis makhluk yg xde maruah..demi laki tercinta sanggup apa saja..
ReplyDeleteSangat2 lucu dan hairan mcm mana makhluk nie boleh tebalkan muka dia..
Laki bini sama xde maruah..
apasal nak malu ? Nak jd MB bukan nya nak jd First Lady dng cincin dng handbag dgn rambut fesyen busut
Deletesbnrnya ni semua konspirasi wan azizah nak jadi mb, dah lama dah dia plan...itu pasal dia kawin dgn nuar...btul aku tak tipu
ReplyDeleteabis zuraida nak letak mana? dia lebih berwibawa. rakyat selangor pengundi pkr dan pas sayang dia. dia lebih layak.
Deletezuraida ni wlaupun comel n bwibawa, cita2 dia bwh sikit...dia nak jadi bini mb aje, itu pasal dari dulu dia jilat bontot azmin, lgpun dia nak guna kabel azmin si azwan ali tu jadi artis...nak masuk kilauan emas rumours nya
ReplyDelete- inila analisis dari saya pakar strategi, tok guru kpd rafizi pandan cute
Kak Wan kena siap jawapan utk soalan ini " Kalau awak jd MB tidak kah nanti Suami awak akan mempengaruhi awak dlm membuat keputusan yg penting"
ReplyDeleteIni cadangan utk jawapan Kak Wan nanti 'Tidak. Suami sy tak macam Rosmah . Dan otak saya tak mcm otak najib"
ustaz muhammad fawwaz bg ceramah.. sabda Nabi Muhammad SAW..tidakkan berjaya sesuatu puak.. jika ketuanya adalah perempuan selama2 nya... ini bkn rekaan . ini sabda Nabi.. sbb tu PAS tolak nenek jijah.. supaya digantikan oleh org lain.. atau kekalkan TSKI..
ReplyDeleteAnon 23:36 setuju sangat.aku walau pun ahli PKR tapi aku tak nak wan jijah atau Azmin.
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDelete