Friday 8 August 2014

ISU MB SELANGOR ... MESYUARAT PAS PUSAT DI TUNDA UNTUK KALI KEDUA .. 17HB OGOS 2014 TARIKH TERBARU.



Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos 2014 bersamaan hari Ahad..

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.


"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.


Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.


"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. 

19 comments:

  1. Khalid: Nik Aziz pesan jangan memalukan sesiapa
    Posted on Friday, August 08 @ 10:19:39 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berpegang kepada pesanan Datuk Nik ABDUL AZIZ Nik Mat yang meminta beliau agar tidak memalukan sesiapa termasuk musuh politik.

    Dalam majlis mendoakan beliau yang dianjurkan PAS dan NGO pro ulama semalam, Khalid berkata Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi menteri besar Kelantan selama lebih 20 tahun, mahu beliau menjaga maruah mereka walaupun mereka hipokrit dan "munafik".

    "Tuan GURU (Nik Aziz) ingatkan saya bahawa kita seharusnya tidak memalukan sesiapa, kita mesti sabar tetapi sama-sama betulkan.

    "Pendekatan Rasulullah S.A.W telah berjaya meningkatkan syariat Islam tanpa menjatuhkan maruah orang lain tetapi mrmbetulkan mereka," katanya dalam ucapan ketika Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" semalam.

    Khalid bagaimanapun mengakui kesukaran berbuat demikian.

    "Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor.

    ReplyDelete
  2. PAS tak payah nak macam2. Majlis syura PAS nak buat keputusan, 17hb Ogos ni setakat minum teh makan kueh raya sudah. PRU 14 PAS boleh saksikan sendiri , akibat perbuatan yang tak jujur dengan PR. Tunggu dan lihat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila anak murid Bomoh 1 Malaysia berbicara.....

      Delete
    2. Ikut nasihat majlis syura,,,betullah tu.... PAS tak bolih sokonn wanita sebagai MB ..... tahu sendirikan.... Nak laksanakan hukum hudud....bagaimana.... PAS kena tubuh kerajaan perpaduan dengan BN bukan masuk BN... kalau dulu PAS kata UMNO kafir sbb join dgn bukan islam tapi skrg tak ada bezanya kan.. jadi tubuh kerajaan perpaduan di Selangor... untuk kepenting ummah.... insyallah.... Hukum hudud uth semua....

      Delete
    3. Kerajaan perpaduan PAS -BN akan memertabat kan Ummah.... Islam terbela...melayu di perkasa... tidak di perbodohkan olih anasir jahat.. pro..zionist dan chauvinist. PAS akan lebih mantap dan islam tidak akan tercabar di mahkamah civil.... Say sukong kerajaan perpaduan.... UMNO PM dan PAS TPM... inilah pakatan terbaik yg di restui Allah swt.,,,, jadi sejarah Andalusia berulang.....


      ..

      Delete
  3. Nama ADUN Bukit Antarabansa, Azmin Ali wajib dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

    Ini untuk mengelak sistem parti bertukar dari demokrasi menjadi sistem kabilah keluarga

    ReplyDelete
  4. Itu memang Nepotisme. Nepotisme maksudnya memberi kepada keluarga. DIharap TB Malaysiawaves paham Nepotisme bukan bermaksud Nepal. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni memang bahlol ye? Mukriz a/k TM, Najib a/k Tun Rajak, Hisapmudin a/k Tun Hussien...dipangiil ape? najismu @ nepotismu? bahlol a/k banggang punya Papagomol!!!

      Delete
  5. aya ingin memberi nasihat sikit........Pilih Dr Idris sorang sudahlah jadi calon MB. Harap admin panjangkan kepada pimipinan parti kita. .

    Pelik sungguh anwar ni. cukuplah kamu sorang jadi pemimpin untuk rakyat, aku pun setuju.

    Buat apa lagi ajak bini kamu jadi pemimpin Selangor.

    Kalau macam ni, Azmin lmemang lagi hebat dari Anwar. Sorry to say but that is the fact.

    ReplyDelete
  6. ARTIKEL RAKYAT MARHAEN
    Wan Azizah: Saya tidak pandang jawatan - "Wan Azizah memerlukan sokongan yang padu daripada rakyat dan......"


    Komen Aku, lagu tu tak payahla. Pilih 3 calon terbaik:

    a. Khalid (Calon K)
    b. Azmin (Calon A) atau
    c. Dr Idris (Calon I).

    Simple Sajaaa. Panggil Ustaz Hadi Mat Sabu , Panggil Lim Kit Siang dgn Lim Guan Eng. Discuss. semua orang kena tulis 10 kebaikan dan 10 kelemahan dekat semua nama (K,A dgn I). PKR tak boleh undi sebab depa pencalon. Lepas tu share. Markah terbaik dia dapa jawatan.

    Kalau tak boleh agree lagi. BACK TO NORMAL tak payah bising2 PRU14 baru tukar.

    Caisssssss itu pun tak retri ka. Kata pemimpin tapi benda sempoi pun tak reti.

    ReplyDelete
  7. Perjanjian air yg ditandatangani Khalid Ibrahim membuatkan rakyat Selangor terpaksa mengorbankan berbilion ringgit yg selama ini dijimatkan. Perjanjian berat sebelah tersebut adalah keputusan peribadi Khalid Ibrahim tanpa perbincangan dgn mana-mana exco atau pimpinan parti. Pada tahun 2017, iaitu tahun PRU14, tarif air di Selangor akan meningkat berganda-ganda. Semua ini gara-gara perjanjian air tersebut. Masih mahu mempertahankan Khalid Ibrahim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deyyy amaaaa punya Anon 11:36

      Bukankah isu air ni dah discuss pihak tertinggi PR. Omakkau pun ada tulis dulu. Kalau semua orang dah agree, tapi keluar meeting bantai pulak. Waaahhh ini cerita kawan makan kawan.

      Kidex pun sama dah masuk EXco dah. SItu ada 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP. Semua sudah agree.tapi keluar meeting bantai pulak. Waaahhh ini cerita kawan makan kawan.

      Cerita agree ni Rafizi dan macha macha blogger macam TB Malaysiawaves bukan nak cerita.

      Poooooodahh Cittt

      Lu jangan bohong brader. AKu nak pi solat dah

      Delete
    2. Conform pencacai dari longkang...he..he..he..

      Delete
  8. Aspan Alias adalah ahli UMNO Baru yang berlagak menentang kepimpinan UMNO Baru dengan harapan nak jadi ahli parti DAP tapi pemimpin DAP dapat menghidu niat Aspan masuk DAP hanyalah sebagai anai-anai dalam parti seperti yang berlaku dalam PAS.

    Sehingga hari ini borang permohanan jadi ahli DAP tidak dijawap.

    Setiap artikel yang ditulis oleh Aspan bersifat provokasi terhadap Pakatan Rakyat. Sifatnya sama seperti pencacai dari longkang dan pencacai dari tong taik upahan UMNO Baru.

    Sasaran yang menjadi keutamaannya adalah Anwar Ibrahim. Semuanya salah Anwar Ibrahim.

    Bagi orang yang berakal waras tulisan Aspan Alias adalah sampah kerana tulisannya penuh dengan propaganda agar orang terpengaruh bahawa PAS dan UMNO Baru adalah parti yang paling bagus di Malaysia. Orang paling jahat adalah Anwar Ibrahim.

    Orang tua ini adalah penulis upahan dari parti tong taik. Boleh pergi jahanam...

    ReplyDelete
  9. Adun pas,dap dan pkr (selangor)undi siapa yg layak jd mb ..yg menang jd mb yg kalah kena akur...adun PR Selangor kna buat keputusan bukan bukan keputusan presiden Parti semata Mata...kan mudah

    ReplyDelete
  10. Nampak sangat cerita bekalan air itu direka2 untuk menjatuhkan Khalid. Sila baca

    KAJANG, 7 MAC: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akhirnya sebulat suara menyatakan persetujuan dan memberi restu kepada Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang ditandatangani kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

    Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kesepakatan itu diambil selepas sesi taklimat khas MoU air yang dijelaskan sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di sini, semalam.

    Katanya, keputusan itu juga diambil dengan mengambil kira perkara utama iaitu jaminan bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan tarif air yang tidak munasabah pada masa hadapan.

    KLSCAH HKR 112 Azmin Ali

    “Kita mahukan industri air diselaraskan selepas selama ini diuruskan secara tidak selaras dan berasingan,” katanya.

    Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 hadirin sewaktu majlis pelancaran Bilik Gerakan PR di Daerah Sungai Kantan, di sini, malam tadi.

    Terdahulu, beliau turut menyertai perbincangan bersama Abdul Khalid dengan pimpinan PR yang lain iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

    Minggu lalu, MoU penstrukturan air dimeterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat yang membolehkan pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi air yang menerima pampasan RM9.65 bilion.

    Ia penting bagi mengelakkan tarif air meningkat hingga sehingga 70 peratus seperti yang didesak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum ini.

    Beberapa pimpinan PR sebelum ini dilihat tidak bersetuju dengan MoU yang ditandatangi Abdul Khalid dan kerajaan pusat yang diwakili Menteri di Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

    -NFN-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber selangorku hak khalid = utusan hak umno, boleh cayo ko?

      Delete
  11. anon 11.43 hang betui, aspan bukan ada batu pelir. dah berkali aku komen x mau siar...aku tukar tajuk saja > " PKR dan PR sudah ada Pas, tak perlu ada musuh lagi " sampai sudah x layan, batu peliaq tadaq, aspan bodoh, dap pun x mau...balik masuk umno la oiii...

    ReplyDelete
  12. Selangor dh jadi harta rampasan perang pr.
    Kita pakai kaedah faraid baru betul
    dan adil.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...