Thursday, 7 August 2014

KEMELUT POLITIK SELANGOR .... KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAKATAN RAKYAT.



Kenyataan Media Pemuda Pakatan Rakyat

7 Ogos 2014

"PERTEMUAN 8 MATA"


Krisis dalaman Pakatan Rakyat(PR) rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor berada pada tahap membimbangkan. Kami dari Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.


Kami berpendapat krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang. Anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.


Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata di antara Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang Presiden PAS, Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KeADILan, Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP dan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki kami penuh yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.


Kami yang mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan 8 mata ini. Pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.


Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana mahabbah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami di masa akan datang. Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini.


SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


TEO KOK SEONG
KETUA DAPSY

16 comments:

  1. cara yg paling mudah utk menyelesaikan masalah ini ada pd Anwar ia itu Anwar patut letak jawatan

    ReplyDelete
  2. Dalam politik malaysia mudah saja tak perlu pergi belajar tinggi2.siapa yang disokong utusan dan tv3 dia adalah orang jahat.tukartiub..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu wahari syahabat, kamu wajib memilih Golkar di pemilu akan datang

      Delete
  3. JAWATAN KETUA UMUM UNTUK AKU.

    JAWATAN PRESIDEN UNTUK BINI AKU.

    JAWATAN NAIB PRESIDEN UNTUK ANAK AKU.

    AKU BAKAL JADI PERDANA MENTERI.

    BINI AKU BAKAL JADI MENTERI BESAR.

    MUNGKIN ANAK AKU BAKAL JADI MENTERI WANITA.

    HEHE. SETUJU TAK MACAI2 SEMUA???

    MACAI2 KENA BANYAK MENYALAK BARU BOLEH DAPAT JAWATAN.

    LAGI BANYAK MENYALAK LAGI CEPAT NAIK.

    KAH KAH KAH.

    ORANG NAK KATA DIKTATOR KE NEPOTISME KE LANTAK LA.

    MEREKA DENGKI LA TU TAK ADA JAWATAN. HEHE

    JAWATAN BESAR GAJI PUN BESAR OOo.

    JANGAN JELOUS TAU MACAI2 SEMUA :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapan bapak, mau tulis panjang2 sihh, kasi tulis sama Malaysiawaves. Kamu letak sama Malaysiawaves punya shoutbox

      Delete
  4. Semalam Rafizi akui PKR tidak punya kelebihan jumlah ahli & tidak punya kewangan yang kukuh, namun beliau kata PKR punya kelebihan integriti....kelebihan integriti??? Betul ke Encik Rafizi??? Mungkin betul pada beliau...Pemilihan dalaman baru-baru ni penuh dengan integriti......................-Peguam Muda a.k.a. USJ United-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Integiriti apa Anwar dipecat dari parti Golkar. Webstite Parti Golkar kata. Sila baca berita dibawah

      Delete
  5. Anwar tak boleh pergi jumpak sebab dia dipecat dari parti (Latest Info - Tolong Share)

    http://partaigolkar.or.id/arb-segera-cabut-mandat-anwar-di-golkar-kader-bingung/

    ARB Segera Cabut Mandat Anwar di Golkar, Kader Bingung
    June 27, 2014 in Daerah

    Aburizal Bakrie selaku Ketua DPP Golkar telah berjanji akan mencabut SK Anwar Adnan Saleh sebagai Ketua DPD Golkar Sulbar dalam waktu dekat.
    Namun, wacana pemberhentian Anwar Adnan Saleh dari jabatannya sebagai ketua DPD Golkar Sulbar terus menuai pertanyaan dibenak publik. Betapa tidak pemberhentian suami Enny Anggraeni Anwar ini dinilai terdapat sejumlah kejanggalan.
    Pertanyaan itu kali ini muncul dari Ketua DPP Angkatan Muda Pembaruan Indonesia (AMPI), Andi Yuslim Patawari.
    Kepada Rakyat Sulsel Online, Kamis (26/6) dinihari mengaku cukup kaget dengan kabar pemberhentian tersebut. Sebab menurutnya, untuk melakukan pemberhentian sekelas ketua DPD tingkat I perlu dilakukan sederet proses sesuai dengan mekanisme yang dianut oleh partai.
    “Tak semudah itu kalau mau melakukan pemberhentian,” ungkapnya.
    Dia mengatakan, semestinya sebelum dilakukan pemberhentian dilakukan teguran terhadap yang bersangkutan. Dalam hal ini untuk tak lagi mengulang perbuatan yang sama.

    ReplyDelete
  6. ANWAR GELOJOH, APASAL NK GANTIKAN TSKI NGAN KAK JIJAH...KO NK MEMPORAK-PERANDAKAN SETIAKAWAN PAS-DAP-PKR KE???

    ReplyDelete
  7. http://zul4kulim.blogspot.com/2014_06_01_archive.html

    PRK TELUK INTAN: ANTARA KACA DAN PERMATA

    Salam 2 all.

    Saya merujuk kenyataan Gobind Singh Deo anak lelaki mendiang Karpal Singh yang mendakwa kekalahan DAP di Teluk Intan adalah kerana isu hudud PAS.

    Ternyata Gobind mengambil sikap selektif menyalahkan hudud PAS hanya untuk menyembunyikan hakikat rakyat sebenarnya menolak keegoan dan keangkuhan politik DAP untuk memperkaldaikan orang Melayu.

    Adakah Gobind lupa adik beliau sendiri Ramkarpal baru sahaja memenangi PRK Bkt Gelugor dengan majoriti yang besar walaupun ditentang oleh calon bebas ahli PAS Mohamed Nabi Bux yang membawa perjuangan hudud?

    Sekiranya benar dakwaan Gobind kekalahan di Teluk Intan adalah kerana hudud PAS, mana mungkin adiknya boleh mendapat undi yang besar menentang calon ahli PAS yang membawa isu hudud! Itupun dengan Ramkarpal mendapat bantuan dan sokongan jentera dan kepimpinan PAS!

    Hakikatnya ialah rakyat menolak keangkuhan politik perkauman dan cauvinisma yang dibawa oleh DAP terutamanya dibawah kepimpinan Dinasti Lim.

    Cubaan menggunakan calon Melayu yang menentang hukum agama sendiri dan memperlekeh institusi bangsa sendiri menyebabkan pengundi menolak DAP. Melayu, Cina dan India mempunyai alasan tersendiri masing-masing untuk menolak DAP di Teluk Intan

    ReplyDelete
  8. Selalu Dinasti maksudnya anak beranak. Di PKR lagi brutal, Laki, bini dan Anak.
    Tak lama lagi tengoklah apajadi kat Selangor............... Speaker ohhh kawan aku, Exco ooohhhhhhh 3pupu aku, posmen ohhhhhhh aku punya sedara punya bini punya maksu punya ipar.

    Kah Kah Kah. Rakyat Selangor tak derr kerja sebab semua kerja dijawat oleh sedara2 mereka ini.

    Bahaya niiiii. Katakan yess untuk sokong saya

    ReplyDelete
  9. Wuiiiii bahaya niiiiiiiiiiiiiii mesti hebohkan, Ini bapak punya Nepotisme ni. Mengucap panjang aku

    ReplyDelete
  10. tak habis2 bercakaran berebut jawatan, naik menyampah le

    ReplyDelete
  11. Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

    Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

    "Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

    "Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). "Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!," tegasnya.

    Pada tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

    Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

    Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, 'Kami melepaskan Portugal'.

    Pun begitu, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co. Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak Ternyata, tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

    Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.

    "Saya tidak akan tukar baju saya dengan 'pembunuh'. Saya berada di bumi Palestin," kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.

    ReplyDelete
  12. KAMI PNYOKONG PAKATAN RAKYAT SELANGOR PERCAYA SEBENARNYA PERBALAHAN ANTARA PKR PAS DAN
    DAP UNTUK MENJATUHKAN TSKI ADALAH PERMAINAN UMNO/BN.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...