Sunday, 17 August 2014
MESYUARAT PAS GANTI TSKI SEBAGAI MB SELANGOR .... PAS DIJANGKA KEKAL BERSAMA PAKATAN DAN TOLAK KAK WAN SEBAGAI MB.
Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah:
1) Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR.
2) Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.
3) Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau
4) Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.
Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.
Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.
Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.
"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah."
Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR menarik 2 Adun PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.
Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.
Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.
Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata: "Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"
Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata: "Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian."
Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.
"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.
Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.
Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.
"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.
Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.
Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Pilihan pertama adalah lebih sesuai dan bolih mententeramkan keadaan,kedua-dua parti perlu bertolak ansur dalam isu ini.Calunkan Azmin atau dr Rani sebagai MB baru.Saya yakin isu ini akan selesai denagn tenang.sekiranya Pas dan PKR berdegil kita akan menerima kesan yang bolih memuskan setiakawan.Pas perlu memutuskan keputusan yang bolih di terima oleh seluruh rakyat keseluruhanya.Biarlah beralah unutk kemenangan jangan berkeras unutk kehancuran.Buangkan Khalid dan Umno ,Berjuanglah untuk kesejahteraan Selangor
ReplyDeleteDemi masa depan PR dan PAS lebih baik PAS keluar dr PR
DeleteApa juga keputusan Mesy hari ini dah tak ada guna nya
Kalau nak betul kan keyakinan ramai hendak tak hendak PAS kena setuju Wan Azizah jd MB Sbb sepatutnya TGHH buat kenyataan sokong Khalid lebih baik TGHH buat kenyaatan PAS mahu calun yg lebih sesuai utk ganti Khalid.
Ni batu api tak jemu2 cucuk jarum supaya PR hancur. Kalau dah bijak sangat kenapa awak tak terpilih jadi calon.
DeleteApa kata omakau cadangan nama din ayam je.kejap je masalah ini akan selesai.heee
ReplyDeleteDin ayam yang so.....sial ya....
DeleteAntara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah Ada tambahan (5) :
ReplyDelete1) Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR.
2) Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.
3) Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau
4) Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.
5) Tukar presiden PAS Gantikan Husam Musa . Allahhuakhbar !!
Mcm UMNO dng Hudud mcm tu lah kenyataan TGHH.
Tukar DIN AYAM SETEL PROBLEM....DIN AYAM GELAK2 JE TENGOK SMUA NI....BERJAYA JUGAK AKU KATA DIN AYAM ...
ReplyDeleteAKU DAH AGAK DAH... OMAK KAU IALAH MACAI UMNONGOK. BACA TAJUK TOPIK PUN DAH TAU DAH... BAIK KO TUKAR BLOG KO KPD LAMBANG KERIS TOGEL LAH OMAK KAU
ReplyDeleteharapn kputsn mesyuart mjlis trtinggi PAS kli ini kekal bsma PR dn menolk Dr.wan Azizah sbgi calun MB. PKR wajr mnerima hakikt ini. hrp2 jgnlh pas brkmpromi ngn umno bg isu MB.
ReplyDeletePr dah cukup majoriti dah boleh tendang parti pengkhianat tu.heee
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDeleteAwal2 Pas sokong DSWA kan ka senang.. ini siap lari keliling kampung last2 kena tambat n dicucuk hidung oleh PKR n DAP.. TGHH mana menghilankan diri? macam kecewa n tak setuju ja...
ReplyDeleteNi sumer poyo...haktuihhh
ReplyDelete