Tuesday 12 August 2014

PAS PERLU BERSAMA PAKATAN RAKYAT TIDAK BOLEH BERSENDIRIAN ATAU MENYERTAI UMNO ... DATO' HUSAM MUSA NAIB PRESIDEN PAS.



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membidas pandangan sesetengah pemimpin yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berjuang bersendirian atau menyertai Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Husam berkata, berjuang bersendirian umpama PAS kembali ke zaman 1980-an di mana parti itu bersendirian tanpa bersekutu dengan mana-mana pihak selepas ditendang keluar daripada BN.

"Saya masuk PAS ketika PAS sendirian, keluar daripada BN. Saya masih muda ketika itu, lihat seolah-olah PAS tiada masa depan.

"Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.

Husam berkata, masa terbaik bagi PAS adalah bekerjasama dengan PR kerana ia memberikan peluang sama rata kepada setiap parti.

"Jika kita ikut Umno kita umpama gerabak pada Umno bukan lokomotifnya. Sampai bila pun kita tidak dapat memintas Umno sebab kita satu landasan.

"Tapi dalam PR landasan kita parallel sebab kita punya landasan berbeza dan persaingan sihat untuk masa depan politik lebih baik. Kalau baik PAS, maka PAS akan mengetuai, jika PKR yang baik maka ia akan jadi ketua. Kita perlu yakin politik Melayu akan berlaku rekonstruksi.

“Tetapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tidak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun membetulkan dan meyakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.

Kenyataan Husam itu dibuat ketika sesetengah pihak dalam PAS kelihatan mahu keluar PR selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.

Ini kerana, pimpinan Ulama dalam PAS termasuk Majlis Syura Ulama membuat keputusan menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor berbanding cadangan PKR mahu menukarnya dengan  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah ada juga ahli PAS gembira apabila ada laporan menyatakan pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakub berkata, parti itu sedia membuat tawaran kepada Khalid menjadi ahli. Bagaimanapun, Ahmad menafikan berita itu semalam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini melancarkan Gerak II sebagai simbolik menubuhkan gerakan menyokong Khalid selepas Gerak yang pertama dilancarkan bekas presiden parti allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat Umno pada 1998.

Pada masa sama, melalui media sosial khasnya Facebook diedarkan gambar pertemuan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dengan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Namun pertemuan pada satu majlis hari raya itu tidak dapat disahkan tarikhnya.

Tafsiran nakal tentang penubuhan kerajaan perpaduan dibuat kerana Haron adalah pihak yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama selepas pengerusinya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau hanya mempengerusikan mesyuarat di Kota Baru selama setengah jam yang pertama saja sebelum keputusan dicapai


OMAK KAU SOKONG PADU JITU 101%!!!!!.

22 comments:

  1. This is not about party this is about No for Nepotisme. Happy this happened at least we can stop the power crazy husband and wife tag team

    As new dictator being born in Selangor, the husband and wife tag team leadership. We can expect more brutal repurcussion to honest leaders like Khalid MB. Little by little fairness and transparency will be eradicated in Selangor.

    Anwar can go to Permatang Pauh..... please bring your wife there to, and don't forget to bring your coolies like those of Rafizi, Nasution and others.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuck you. who do you think you level is want to talk like that to him, put your self infront of the mirrow first la idiot

      Delete
  2. Democracy can't function properly in the present climate of mass Nepotisme by the sacking of TSKI and lobbying of Anwar wife to be MB, sorry I have forgotten her name

    Democracy never functioned properly in PKR, basically it never existed, despite the claims of some politicians like those of Rafizi, Saifuddin and the rest.

    The same as fairness, which never existed in PKR as well, . Only PKR says it is ok to appoint your own BLOODY WIFE to become Selangor MB. The
    word PKR like to use is Nepotisme to associate that word with all problems that people whom are not in line with under Pak Sheikh

    ReplyDelete
  3. Elehhhh PKR buat mneyemak saja. PKR buat pemilihan pun tunggang langgang

    Masa pilihanraya suruh kira undi dan dan depan tu.. cegah pekerja SPR bawa peti
    undi ke pusat pengiraan lah tu la, ini lah....

    Ini PKR punya bulan-bulan punya kira undi.. sampai orang dah lupa pun ada pemilihan.

    Pemimpin dia pun tiga suku, propose nama bini jadi MB

    ReplyDelete
  4. SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai ‘penghakiman kangaroo’ ekoran keputusan terburu-buru Parti Keadial Rakyat (PKR).

    Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan menyifatkan pemecatan itu tidak sah atau ‘penghakiman kangaroo’ kerana tertuduh harus diberi hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan dilakukan.

    “Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah prooses pemecatan tidak sah atau pnghakiman kangkaroo,” katanya melalui laman Facebook.

    Arul berkata, seharusnya semua pihak menunggu keputusan gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan jika salah baru PKR mengeluarkan Abdul Khalid daripada parti itu.

    “Sekarang Abdul Khalid seperti mangsa perebutan kuasa dalaman PKR. Cara terburu-buru ini menjadikannya mangsa dan hero, bahkan yang penting bukan orang dalaman tahu tetapi perspektif rakyat luar,” katanya

    ReplyDelete
  5. Siapa yang mengikut emosi ? siapa yang mengikut nafsu serakah? siapa yang gila kuasa? siapa yang tak rasional?, siapa yang terburu-buru?

    Sapa mereka ini biasalah Sheikh dan bininya

    ReplyDelete
  6. Gang2 Kacang move sudah salah langkah. nak undur, serba salah, mahu tak mahu nak teruskan juga. bukan soal kalah atau menang. kemelut di Selangor ini lama kelamaan mengheret kepada "kuasa" lain untuk campur tangan bagi membunuh semua peluang yang diidam-idamkan oleh pihak yang "sangat mengidam" jawatan. kematangan dalam berpolitik diperlukan. jika tidak PR akan jadi sejarah politik negara. percayalah!

    ReplyDelete
  7. Keluar dulu pakatan rakyat tengok mcm mana. Duduk dlm pakatan pun bukan nya dihargai.puihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek elee...kuat betoi bau totok celaka komen ni...kah kah kah...baguih baguih...biaq la kalau orang nak kata hang jadi barua bagi depa semua bergaduh...kira hang ni boleh dapat title BB..barua besaq..terbaek bro...kah kah kah

      Delete
  8. Husam ada lah antara pemimpin PAS yg saya kagumi tp harap harap janganlah jd mcm Khalid Jika PAS ambil keputusan keluar dr PR maka benar lah spt sy katakan sendiri kpd se org kawan yg PAS akan mengambil masa yg lama utk mendptkan kepercayaan spt yg PAS perolehi dr anak anak muda sekarang ini

    Pemimpin PAS berbangga dengan sejarah berkerjasama dng UMNO dan Semangat 46 . Bila gagal dng UMNO PAS salahkan UMNO Bila gagal dng S46 PAS sedar S46 tak kuat Kenapa PAS tak bertambah kuat bila berkerjasama dgn S46 ? Dgn kegagalan kerjasama tersbt maka sy meragui kegagalan kerjasama tersbt adalah kerana sbb lain dan bukannya sbb PAS sendiri iaitu kurang reti dlm berpolitik

    Tp dlm PR ketiga tiga parti PAS PKR dan DAP menjadi sama sama kuat Kalau PAS keluar dr PR bererti kerjasama yg gagal sebelum ini dgn UMNO dan S46 adalah kelemahan PAS sendiri Dan kelemahan ini hny nampak menjadi kuat jika PAS bersama sama dgn UMNO

    Jgn hrp PAS dpt menang byk di Sgor kalau di Kedah pun boleh terlepas dan di Tganu pengundi melayu sendiri menolak PAS

    ps dah lah keciwa dng Khalid bertambah lagi keciwa dgn Harun Din .sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas pilihan raya 2013
      1. Keadilan tak mahu TSKI jadi MB.
      2. PAS mahu TSKI jadi MB.
      3. Kemudian Keadilan setuju dengan PAS supaya TSKI jadi MB sehingga tamat penggal keduanya.
      4. Setelah satu tahun, Keadilan pecat TSKI. TSKI bukan lagi dalam PR.
      5. Sekarang PAS tersepit. TSKI telah jadi ahli bebas bukan dalam PR. Jadi macam mana PAS nak sokong.
      6. Itulah bijak dan leceknya percaturan Keadilan.
      7. PAS sudah kena main.

      Dulu Mahathir pecat Anwar. Kini Anwar pecat Khalid. Reformasi 2x5.

      Delete
  9. Lepas ni jgn guna pas
    kita guna staff ID

    PAS nak berambos silakan Silakan bersama sama dng perasuah anti hadis penipu salah guna kuasa guna duit zakat Let me the first one to say Good bye to PAS

    ReplyDelete
  10. Husam musa bodoh, tak tau kah pkr dah kata tak sokong hudud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Husam yang bodoh tapi kau tu yang bangang ,bahalul.kan PKR tu ada yang tidak islam ahlinya,memang dia tak faham tentang hudud.aku rasa kau pun biul kalau di tanyakan tentang hudud.Bodoh

      Delete
    2. Haluuuuuuu. ..........

      Elo tenuk....bru lahir ker beb.....dlm mesia ni umnongok yg ngok yg printah mesia hongga hncur dn tunggang langgang pling ske dgn hudud...pueee

      Khak tuih

      Delete
  11. Omak Kau tolong cepat sikit usahakan agar Pas dapat bergabung dengan BN .Semoga Selangor ini akan lebah maju lagi.Tolong bantu Khalid menjadi Mb yang kekal.dan penduduk Selangor akan dapat menikmati ganjanran seperti lain=lain negeri yang BN tadbir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn syok sangat... http://www.kinitv.com/video/9621O74

      Delete
  12. Bila HUsamdah bersuara. kamu ahli PKR dan pas harus tolak khalid. dia sampah. Azmin akan jadi pemimpin yang terbaik selepas azizah.

    ReplyDelete

  13. TAKDA SIAPA YG BOLEH TOLAK KHALID.

    ReplyDelete
  14. Semua orang kena tanya diri sendiri.
    1. Kenapa Keadilan nak sangat buang MBnya?
    2. Apakah kesalahan TSKI?
    3. Adakah mana-mana mahkamah telah dapati TSKI bersalah?
    4. Kenapa Anwar yang telah didapati bersalah oleh mahkamah tidak diambil tindakan?
    5. Kenapa tak boleh tunggu sehingga pilihanraya ke-14?
    6. Kenapa kena tukar MB sekarang?
    Jawapannya ada pada Anwar, Rafizi dan Saifuddin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya dah hampir terjawab sekarang http://www.kinitv.com/video/9621O74

      Tahniah kps Tan Sri mahyudin
      http://www.kinitv.com/video/9620O74

      TSKI... PAS beri beri cukup masa gantung diri
      http://www.kinitv.com/video/9618O74


      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...