Thursday, 7 August 2014

PULAK DAH!!!! .. SIDANG MEDIA ZURAIDA KAMARUDDIN YANG KECOH SEMALAM TIDAK SAH KATA KETUA PENERANGAN PKR SELANGOR SHUHAIMI SHAFIE.



Sidang media Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Ketua Penerangan MPN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Tegasnya, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN Selangor.

"Kita setuju Wan Azizah mempunyai semua kelayakan politik dan akademik untuk memimpin sebuah kerajaan namun pimpinan tertinggi KEADILAN harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi ADUN dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon kedua Menteri Besar.

"Kami akur dengan keputusan hanya satu nama dibawa ke mesyuarat PR untuk diperhalusi sebagai calon menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi berharap agar diberikan ruang untuk mengemukakan nama tambahan," katanya kepada Astro AWANI di sini.

Pada Rabu, sidang media untuk mengumumkan pendirian MPN Selangor kecoh apabila satu kenyataan media berasingan MPN bercanggah dengan isi sidang media yang diberi Zuraida dikeluarkan.

Kenyataan itu didakwa meminta nama Azmin‎ dicadangkan bersama Wan Azizah untuk dicalonkan kepada MPP untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Kenyataan bercanggah itu menyebabkan Zuraida meminta mengguna kenyataan medianya yang diberi selepas kenyataan media yang didakwa palsu diedar.

Shuhaimi menjelaskan, MPN Selangor sendiri mendapat sokongan daripada lapan lagi Pengerusi MPN termasuk dari Sarawak.

"Selain itu Pengerusi MPN Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Kelantan turut memberi sokongan kepada nama Wan Azizah dan Azmin," ujarnya.

Sementara itu, ketika mengulas isu Abdul Khalid, Shuhaimi meminta menteri besar itu memahami, sebarang cadangan perlantikan untuk menjawat jawatan MB, Exco dan Ahli Majlis adalah keputusan parti.

"Parti berhak cadang dan gugurkan sesiapa sahaja kerana ia sebahagian disiplin dalam parti politik.

"Bagaimanapun saya tidak menyokong fakta Abdul Khalid berkaitan integritinya disebar sebegitu rupa. Ia hanya untuk edaran dalaman sekali gus tindakan itu hanya memberi imej tidak baik kepada parti," jelasnya.

Dalam pada itu, Shuhaimi tidak menafikan MPN bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri walaupun tahu ia sukar selain mahu mengelak senario berkenaan berlaku.

17 comments:

  1. Tahniah rskyat selangor darul bodoh....hasil kerja tangan ko akibat termakan kata kata seorang kaki jubo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh lagi kalau kekalkan umno/bn berkuasa di selangor. semua nk digadai. Semua xpandai jg jubo..muda2 lg dh lemah.

      Delete
    2. PR lg bodoh habis tanah selangor kena gadai...

      Delete
    3. Rakyat asal selangor x bodoh. Yg bodoh ialah org luar yg berhijrah ke selangor , mengundi kat selangor dan bagi undi kat Perosak Rakyat ni

      Delete
  2. Letak jer nama tu klau dh kemaruk sgt...tp ketahuilah si azmin ali ni la punca segala kekalutan dlm pkr

    ReplyDelete
  3. "Shuhaimi tidak menafikan MPN bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri" Ko tgok nnt ko tergolek kitorang buat. Ko ingat ahli parti bodah.. Rakyat Selangor nk TSKI lah.. TSKI kena turun.. PKR pasti pupus dari Selangor..

    bdk grandez (ex Briged Muda Keadilan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape ko merapu ni

      Delete
    2. Sokong...berani buat berani tanggong...

      Delete
  4. TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA BAHLOL
    SOKONG BN MAKIN DERITA HIDUP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat selangor ni dah menderita hidup dah...air kena catu..cukai premis 300%..
      terbaru gadoh nak tukar MB...
      kopak la duit rakyat klw buat pilihanraya negeri..

      Delete
  5. ini semua gilA pnya la.. gila pnya.. Sekarang, baannyak worang sudah jadi gila.! Mereka harus dikenakan tangkap la baru saja mereka tau..! Mereka telah menyebabkan huru hara kepada rakyat jelata. Itu la saya punya komen....kah kah kah... -Samy Kutty-

    ReplyDelete
  6. Sidang media Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang diketuai Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin dikatakan tidak sah itu adalah masaalah kecil dan remah aje. Sidang media buang masa saja.

    Pekara penting yang perlu diberi keutamaan berkaitan isu Khalid Ibrahim sama ada dia kekal jadi menteri besar atau tidak akan ditentukan oleh parti Stupid Arrogant yang diketuai oleh Hadi Awang adalah pada 13hb. Ogos 2014

    Dari pengalaman yang ada dalam parti PAS, kita tahu PAS tidak mempunyai kelayakan mentadbir. Cuma kita tidak tahu sama ada mereka akan mencadangkan lagi salah seorang dari ahli UMNO Baru Selangor menjadi menteri besar untuk Pakatan Rakyat sebagaimana mereka mencadangkan ahli UMNO Baru dari gua musang menjadi perdana menteri dan menjadi ketua bagi Pakatan Rakyat jika menang dalam pilihanraya ke 13.

    Dari keputusan itu juga yang akan menentukan sama ada undi tidak percaya akan dikenakan pada Khalid yang membawa kepada pilihanraya DUN Selangor. Jika ramalan ini terjadi maka Khalid Ibrahim akan dipecat dari PKR.

    Sama ada PAS mahu keluar atau kekal dalam Pakatan Rakyat tidak memberi apa-apa makna kerana parti stupid arrogant inilah punca penambahan masaalah dalam Pakatan Rakyat.

    Isu Wan Azizah dan Azmin Ali nak jadi mb selangor sebenarnya tidak penting dan tidak relevant kerana apa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim adalah sebuah cadangan bukan satu ketetapan seperti mana yang disangka oleh semua ahli PAS, pencacai dari longkang dan dari tong taik,...

    Peringatan pada semua pemimpin PKR....

    Untuk menentang orang kuat tapi bodoh..... kita mesti menggunakan akal yang waras, nafas yang teratur dan jiwa yang tenang......INSYAALLAH Allah akan memberi ilham bagi mengatasi segala permasaalahan yang DIA wujudkan.

    ReplyDelete
  7. Mari kita salahkan umno sebab jadi kecoh sidang media ni....pkr x salah sume ok bersatu padu menuju negara yg bebas rasuah, kronisme keluarga.

    Umno xpandai tadbir negara...mari kita tuding jari atas permasalahan yg timbul pada umno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ada yang tak kena aje... Apa masaalah brok ?

      Delete
  8. omak kau .x yh lah kite join pkr ni..parti bodo..isu kecik pun x leh settle..kite join parti pinggan mangkuk nak x omak kau..

    ReplyDelete
  9. Kah kah kah
    Sepat basah sokong sepat kering la plak
    Kannnnnnn!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyukkkkkk.....tuuuuuuuu bro...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...