Tuesday 5 August 2014

PWII RIZALMAN ISMAIL BAKAL DITERBANGKAN KE NEW ZEALAND DALAM MASA TERDEKAT INI UNTUK HADAPI PERTUDUHAN SERANGAN SEKSUAL NIAT MEROGOL DAN PECAH RUMAH.



Kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan untuk menghantar  bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington bagi menghadapi tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol seorang wanita pada 9 Mei lalu.

Kenyataan tersebut disahkan oleh Wisma Putra hari ini yang memaklumkan  bahawa bekas pegawai tersebut akan dibicarakan di sebuah mahkamah di Wellington.

“Malaysia dan New Zealand kini sedang membincangkan prosedur undang-undang yang diperlukan untuk membolehkan proses tersebut dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa dan tempatan,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam sebuah insiden itu, Mohammad Rizalman Ismail  yang berusia 38 tahun didakwa melakukan serangan seksual seorang wanita berusia 21 tahun selepas mengekori mangsa sehingga ke rumahnya.

Muhammad Rizalman dikatakan hadir buat kali pertama di Mahkamah Daerah Wellington pada 10 Mei lalu namun tiada media yang hadir ketika pembicaraan untuk membuat liputan.

Dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan pada 1 Julai lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa Muhammad Rizalman dan keluarganya telah diarah pulang ke tanah air pada 22 Mei lalu.

Kepulangan suspek telah dipersetujui oleh kedua-dua negara antara Malaysia dan pihak berkuasa New Zealand.

Bagaimanapun Menteri Luar New Zealand Murray McCully dilaporkan berkata kemungkinan wujud kekaburan dalam komunikasi antara kedua-dua negara dalam menangani kes itu.

Muhammad Rizalman kemudiannya diarahkan dihantar kembali ke New Zealand bagi menjalani tempoh soal siasat dan perbicaraan mahkamah di sana.

Menurut kenyataan tersebut lagi, kedua-dua negara komited dalam memastikan perkiraan untuk memindahkan suspek kepada pihak berkuasa New Zealand dengan lancar dan mengikut undang-undang yang sewajarnya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak juga menjamin bahawa hak-hak asasi Muhammad Rizalman sebagai seorang diplomat masih dipelihara dan dihormati.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...