Monday, 11 August 2014

SULTAN SELANGOR PERKENAN TAN SRI KHALID KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR!!!!



Sultan Selangor perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor sehingga ada undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ekoran disingkirkan daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Dalam pertemuan tersebut, Khalid telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa dirinya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan pemaklumannya, DYMM Tuanku telah bertanyakan samada beliau masih memperolehi kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri.


TSKI telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahi PKR,  beliau masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru itu DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk TSKI terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor
dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Majlis Dewan Diraja merupakan badan penasihat untuk Sultan Selangor menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.

Majlis dianggotai empat kumpulan iaitu ahli ex-officio, Ahli Waris (kerabat diraja), Orang-Orang Besar, dan Orang Tua-Tua, selain Khalid.

Anggota Ex-Officio Dewan antaranya adalah Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Empat Ahli Waris adalah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Lima Orang-Orang Besar pula adalah Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Orang Tua-Tua pula dianggotai Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf, Tan Sri Ambrin Buang, Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Tan Sri Setia Ismail Adam, Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.

40 comments:

  1. Replies
    1. kalu pecat anuar ndan kak jah, aku no 1 sokong


      keza

      Delete
  2. ada yg gigit jari smpi putus..... uhuhuhuuu ... HIDUP TSKI!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg frust terus lari duduk sg buluh
      kahkahkahkah

      Delete
  3. Dirgahayu Tuanku.hidup Khalid Ibrahim.untuk mereka mereka yg berkenaan jangan putus asa.rezeki belum Ada.

    ReplyDelete
  4. SYABAS TSKI...BUAT DSAI...LUPAKAN NIATMU ITU.BAIK PIKIAQ AKHIRAT LAGI BAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pikiaq cara nak penuhkan masa kat sg buluh lagi baik


      keza

      Delete
  5. Kenapa khalid x nak letak jawatan w/pun dah dipecat sbg ahli pkr! tentu ada sebab kenapa beria-ia sangat nak pertahan jwatan MB tu! Sokongan padu PAS salah satu sebab khalid degil sangat nak lepaskn jwtn MB, ini menunjukkn khalid x gila kuasa, munafik x hormat keputusan parti! Sedangkan isu hutang RM60juta dgn BIMB sehingga kini x dijwb, pemberian kontrak ratusan juta kpd kroni umno blm dijwp, perjanjian air yg ditandatangani dgn federal gvmnt yg merugikan kerajaan negeri dan masalah kindex! Ini MB paling x tahu malu, muka tebal, masih nak mempertahankan jawatan w/pun dah dipecat sbg ahli pkr! amanah dan jujur la konon! phuii....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu yang korok...phuii...dulu bukan kauorg para pembangkang dari longkang semua ke yang beria2 sokong TSK bila anugay berahi nak bini dia masuk jadi MB mulalah keluar modal hutanglah apalah...bodoh Abadi kau ni

      Delete
    2. 6 Sebab Sepatutnya PKR Kekalkan Tan Sri Khalid Sebagai MB Selangor

      1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR membeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

      2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

      3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

      4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

      5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

      6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

      Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!

      Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

      Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.

      Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

      Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

      Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

      Delete
    3. Wak dol ini membuktikan anuar berahi memang kacang lupakan kulit..macam melepaskan anjing tersepit bila dah terlepas digigit pulak....semoga Allah perkenan dan mengekalkan tampuk pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim...kepada anuar berahi hotel sungai buloh menanti mu..

      Delete
  6. Tuhan tu nk tunjuk ketua hangpa ni anuar ketum jijik. Tu pun sanjung bagai. Mmg pkr ni punca huru hara....bertepatan dgn lambang mata satu. Udah la nuar ketum...tobat sama. Aku gelak besaq tgok pkr ni. Mcm.skolh tadika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PKR...Gila Harta...Gila Nama...Gila Kuasa...Semua Gilaa...

      Delete
  7. TGNA pun doakan kot masa jumps kat Kelantan

    ReplyDelete
  8. DOA org teraniaya dimakbulkan Allah. Betulke

    ReplyDelete
    Replies
    1. DOA org munafik,kaki kelentong dan kaki jubo tidak dimakbulkan Allah. Betulke.

      Delete
  9. Parti sendiri da tolak dan pecat.,apa lagi tunggu,tak tau2nak angkat kaki,malule sikit hoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah...
      gagalist
      gi sg buloh laa

      Delete
  10. Xpe cerita ni tak akan abis kat sini je.nak tengok sampai bila mb bebas ni tunjuk perangai bodoh sombong mcm umnu tu.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe cerita ni tak akan abis kat sini je.nak tengok sampai bila aljuburi bebas tunjuk parangai bodoh sombong mcm taik tu.heee

      Delete
  11. Para pemerhati tidak perlu keliru.....apa yang sedang berlaku adalah diantara saluran yang digunakan dalam peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor

    Sultan Selangor perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor sehingga ada undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ayat ini perlu difahami.

    Kita Tunggu undi tak percaya menyusul..... apakah Khalid akan kekal sebagai MB Selangor atau suasana akan berubah wajah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi cepat masuk penjara
      lagi cepat selangor aman sentosa

      Delete
    2. Kalau pun TSKI turun..si Jijah takleh naik jugak apa2 perlukan perkenan Sultan..Nak tanya sikit anon yang nak TSKI turun tu si Jijah yang pandai menari tu anak negeri Selangor ke yang sibuk2 nak jadi MB Selangor ni?

      Delete
  12. Hahaha..kena main dgn umno jela.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tipoo bulat2 dek anuar
      semua strategi ko
      plan lompat parti ko
      langkah kangjang ko

      pkr bakal ko


      keza

      Delete
    2. Main Jubor ye hahaha

      Delete
  13. punyalah gila kuasa...x nak letak jawatan...Tun Abdullah dulu bila diminta partinya letak jwtn sbg PM, dia akur! Yg satu ni...mcm batu, entah apa yg dia sayang sangat nak lepas jawatan MB tu. Ni semua gara2 PAS yg x menghormati kwn dan x pegang pd janji bersama pakatan, nama je Parti Islam tapi tikam kwn sendiri! apa punya kwn lah mcm ni, x boleh sipercayai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa gila kuasa?
      pikir betol2
      sapa nak jadi MB?
      sapa nak jadi PM?

      kah kah kah kah
      ko dah kena main dgn 4 ekor berok...

      Delete
    2. Sape la yg bodoh sgt masih nk percaya kt nuar berahim tu..klu ada PRN..bkn setakat PKR yg bgkus..dgn nuar sekali bgkus kt sg buloh...drpda exPKR..

      Delete
    3. Kepada yang percaya anuar berahi tu Memang BODOH ABADI...

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Letak2 jawatan la Khalid...Hang telah terbukti gagal memacu Selangor..Apa lgi dia nak pertahankan??Nak pertahan kroni UMNO??..Puiih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik TSKI tak nak beli SPLASH 2.5 bilion!!!
      kalu tak, kayoo la kroni engko!!


      keza

      Delete
    2. Pemegang Kunci anda pemegang Kunci Pintu Penjara Sungai Buloh ye? Eloklah jaga pintu tu ye nanti abang nuar berahi datang kasi buka dan kasi sumbat itu anuar berahi..

      Delete
  16. letak x letak x kesah janji bkn umnongok yg jadi mb.haha meroyan macai

    ReplyDelete
  17. Meroyan lah macai PPRT sampai botak kepala.

    Mimpilah nak rampas Selangor kembali.

    Berkuburlah umNO selama2nya.

    Puihh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu gugur dun
      untung la noh omar!
      aku doakan noh omar berjaya. Amin

      nak harapkan jijah?
      Puiiii!!!



      keza

      Delete
    2. Jijah jdi mb kt umh. Jga kantung nuar ketum. Jijah jgn leka tau...karang nuar ketum liwat jijah plak. X bole tu haram tau...

      Delete
  18. orang orang bodoh memang akan sokong khalid.....suatu mase nanti semua orang akan faham kalau khalid ni sebenornyeeee adalah antek UMNO...tapi saat ini rakyat selangor dibuta tulikan,dan dgn suka cita menghina DSAI,PKR,DAP....sultanpun buat perkare same...tak nak bagi peluang untuk mendengarkan ape sebenar yg berlaku kat selangor...kalaulah kuase tertinggi dah ade kat sultan...buat apalah ade partai politik kat malaysia....nak cakap apapun ketua partai tiade makne...tetappun sultan yg ambik keputusan....just wait n see...selangor menuju kehancuran ekonomi yg amat sangat terukkkk...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...