Thursday, 11 September 2014

BEKAS MUFTI PERLIS SUDAH MELAMPAU ... SAMPAI HATI DIA SINDIR SERAMPANG KAJANG.



Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".

Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.

"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

ULASAN OMAK KAU:-

Dr MAZA sebenarnya sindir pedas siapa ni mengenai Serampang Kajang???? .. Perancangnya kah??? .. Para pelakunnya kah???? ... Para pendokong, penyokong dan pengkagumnya kah????? ... Sasarannya kah????

Sebab guna istilah Kajang sama erti dengan Kegagalan amat berat sungguh ... nanti ada pula individu guna ayat kajang sebagai menggantikan istilah gagal seperti  .. Dukacita dimaklumkan, permohonan anda "Kajang".

Dr MAZA harus lebih spesifik kepada siapa kegagalan itu ditujukan dan atas hujah dan alasan apa... pastikan ianya berfakta bukannya rekaan.

Setahu Omak Serampang Kajang ialah lonjakkan Menuju ke Putrajaya .. Jadi dimana gagalnya sebab nak menuju ke Putrajaya kena tunggu PRU 14 nanti kira-kira lagi 3 tahun setengah.

Nak tukar ganti MB Selangor bukan niat, nawaitu, hasrat dan tujuan di adakan Serampang Kajang ... Mungkin Dr MAZA keliru kot... Cuba imbas kembali tujuan Serampang Kajang di adakan .. tiada satu kenyataan dan ayat pun menyatakan ianya bertujuan untuk tukar MB Selangor .. TIDAK ADA!!!!

Pertelingkahan, kemelut, pertikaman antara komponen Pakatan Rakyat tidak ada kena mengena dengan Serampang Kajang ... Ianya berlaku kerana isu pertukaran MB Selangor... Serampang Kajang Serampang Kajang .. Tukar MB Tukar MB .. Tidak ada sangkut paut pun.


Perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai...
kejayaan bakal menanti dalam Serampang Kajang ini... Cahaya sinar menyilaunya sudah pun nampak sekarang ni.

Sedih dan pilu amatlah Omak Kau apabila seorang ilmuan agama yang terkenal sanggup sindir Serampang Kajang adalah suatu tindakan dan perancangan serta strategi yang gagal.

Paling Omak Kau sedih, apabila sindiran mantan Mufti Perlis ini amat kurang anggota KeADILan bangun untuk mempertahankan kewibawaan parti yang disindir sebagai pembawa dan pengamal serta pencipta kegagalan terutamanya dari golongan AMK.

72 comments:

  1. Gagal kat mana kalo macai umnu dah berjaya disepak kua dari pkr.nak jaga poket kroni pergi join umnu la.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Anon 11 September 2014 15:23, aku nampak ko bukan main menyamar pakai selendang Pashmina duduk dalam dewan kosong masa Konvensyen Wanita PKR kelolaan Kak Eda...amboi-amboi, bukan main lagi ko ye...siap kipas di tangan...agak-agak la bhai kalo nak cover line Kak Eda pun....tak payah nak berlakon jadi ahli Wanita PKR la bhai bulu kaki tetap terserlah ayu bhai masa ko selak kain belah ko tu.........siap pakai aksesori tambahan ""kipas hikmat" lagi....siapa bagi kipas tu? sentimental siot!! kahkahkahkah....so? ada sesiapa terasa??

      Delete
    2. Kesialan dan Kedajalan Kaum2 Kajang Move dalam PKR

      Lebih setahun dirancang dan setelah berbulan-bulan berkrisis, akhirnya nasib Langkah Kajang berada di tangan Sultan Selangor. Kerana melanggar titah Sultan dan menghantar hanya satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor dua hari lalu, PKR bakal berdepan kemelut lebih panjang.

      Krisis ini juga mungkin berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya terpaksa diadakan. Arkitek Langkah Kajang, Rafizi Ramli, pasti tidak terfikir bahawa perancangan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor tergelincir begitu jauh daripada matlamat asal.

      Pelan yang difikirnya bagus, hebat dan terperinci akhirnya meninggalkan kerosakan, keburukan dan kemusnahan yang pelbagai dan mendalam kesannya.

      Yang pasti, Anwar tidak akan menjadi Menteri Besar. Calon penggantinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pun belum pasti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipecat sebagai bendahari dan ahli PKR. Beberapa pemimpin PKR juga sudah keluar parti. Kerana terlalu tumpu kepada usaha rampas kuasa di Selangor, urusan pemilihan parti menjadi medan perang puak-puak dalam PKR. Imej pemimpin dan parti berada pada tahap paling rendah dalam tempoh 15 tahun.

      Pemimpin 'nampak bodoh'

      Antara terkesan Langkah Kajang ialah Rafizi sendiri. Sejak dilantik Pengarah Strategi PKR pada 2010, dia mempamerkan diri sebagai orang paling cerdik dalam parti. Ramai pemimpin lebih senior 'nampak bodoh' dan akal mereka tidak berguna lagi. Justeru, walaupun dianggap orang penting dalam PKR, Rafizi dicemuh oleh ramai pemimpin pakatan pembangkang.

      Ada yang berkata Anwar yang rosak menjadi lebih rosak kerana mendengar nasihat Rafizi. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah suruh Rafizi berhenti 'bercakap bodoh', manakala Datuk Zaid Ibrahim anggapnya 'budak pejabat Anwar yang jahat'. AJK PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz menganggap Rafizi seorang yang gelojoh dan mengkritik Langkah Kajang sebagai 'projek tanpa perancangan'. Faekah Hussin mendakwa Rafizi mempunyai agenda dan kepentingan diri jika Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor.

      Pemimpin DAP, Aspan Alias mempersoal: "Politik tidak hanya bersandar kepada undang-undang. Dalam demokrasi, ada elemen moralnya kerana yang hendak ditadbir ialah manusia. Manusia bukan batu atau haiwan yang boleh disembelih dan dijadikan hidangan enak-enak. Dari sudut moral, tindakan Anwar boleh dipersoal. Ia terjadi semata-mata kerana kemarahan Anwar yang digalakkan oleh beberapa pemimpin di dalam PKR yang bercita-cita tinggi sambil mengaku beliaulah yang bertanggungjawab."

      Dalam pada itu, hubungan PKR/DAP-PAS menjadi renggang sehingga wujud kesangsian dan ketidakpercayaan antara pemimpin kedua-dua pihak. Mereka tidak berlapik lagi bila saling mengutuk. Diktator, bodoh, khianat, jahat, jengkel, biadab dan pelbagai gelaran buruk sudah lazim sesama mereka.

      Bak 'buah buruk menunggu jatuh'. Golongan ulama dan konservatif PAS tidak mempercayai Anwar, seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang juga menjadi sasaran pemimpin PKR-DAP yang tidak bersetuju dengan pendirian beliau.

      Delete
    3. ABU Aperrr???? la ni jadi ABB (Asal Bini Boss) dapat jawatan

      Delete
  2. Orang kata...siapa makan cili dia terasa pedas......dulu sebut "langkah"....skarang dah tukar "serampang"...entah besok lusa tukar pulak dengan "cangkul" kot....entahlah mak ooooi.....berputar belit dah ni....Ketum pun tengah serabut tu....jangan tambah lagi serabut dan kusut dengan istilah yang dicipta untuk menghalalkan cara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rtikel: 6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.

      1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

      2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

      Baca seterusnya… http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6409

      [ Sambungan diangkat dari sumbernya:
      3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

      4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

      5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

      6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

      Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
      Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR. ]

      Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
      Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

      Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

      Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

      Delete
    2. Hidup umno..tanpa nuar siapa khalid tu..

      Delete
  3. memang gagal pun.
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal
    langkah kajang gagal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dgn PKR ni, Anwar dan Azizah percaya sangat dengan penghasut dan batu api dalam team Kajang Move.

      Mujur ada gang2 kepimpinan macam Azmin dan Yaakop Sapari yang masih mengenal mana permata mana kaca.

      Tapi gang2 yang sedar ini malu alah dekat Anwar laki bini.

      You all tengoklah gang2 sedar mana machine gun PAS pun. Yang menembak PAS hanyalah golongan Kajang Move-Ninja Turtle

      Delete
    2. Hidup umno..yg menghasut mcai umno lah..

      Delete
    3. Dah nak mampos dah Umno.

      Delete
  4. yeyy tahun depan BR1M naik-leh laa enjoy gi massage dan main mesin-thank u PM-cukup gak nak renovate umah ni-yeyy hooraay-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak yg blh main blog wlupun nmpk kebodohan nya pun....

      Delete
    2. Dalam kemelut Selangor ini, terbuktilah pemimpin2 ini bersifat amat bagus:

      a. Azmin Ali - Sentiasa cool dengan quality leadrshipwalaupun parti diasak oleh krisis
      b. TSKI - Hatinya amat baik, masih membenarkan perhimpunan PKR di Shah Alam walaupun dikhianati oleh pemimpin parti
      c. Yaakop Sapari - Sentiasa cool dan bersama rakyat walaupun parti terumbang ambing.

      Ambillah orang2 kualiti macam kat atas ni jadi pemimpin. Jgn ambil pembodek macam gang ninja turtle dan puak2 Nepotism yakni jawatan hak keluarga

      Delete
    3. Yaakop sapari ok..lg dua tu x leh harap..politik adu domba..

      Delete
  5. Selak kain mcm mak lembu tu ke.aku lagi putih dari dia.bagi free pun aku tak nak.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang menempelak Mr Matang Pauh dianggap pengkhianat.

      Woiii Mr Matang sudah khianat kepada perjuangan keadilan apabila dia mahukan nepotisme dlm jawatan untuk isteri beliau

      Mr Matang menjatuhkan rakannya (TSKI) walaupun dia seorang yang amanah berdasarkan ucapan mr matang waktu perhimpunan PKR.

      Mr Matang dengan tanpa malu2 menempelak golongan Ulamak dalam PAS

      Mr Matang menggantung golongan refomirst dlam parti termasuk Che Gu Bard

      Mr Matang pun derhaka kepada titah apabila engkar memberi lebih dari satu nama

      Celakalah kamu Mr Matang, Celakalah kamu, keluarga kamu dan keturunan kamu.

      Reformist Sejati

      Delete
    2. ABU Aperrr???? la ni jadi ABB (Asal Bini Boss) dapat jawatan

      Reformasi mana ada dah skg zaman Nepotism dalam PKR

      Delete
    3. ASAL BINI BOS (ABIBOS) DAPAT JAWATAN BARU MANTOP BUNYINYA

      Delete
    4. Tun Dr. Mahathir secara sinis berkata, 1Malaysia Development (1MDB) berlagak seperti Dana Kekayaan Negara, berbelanja seolah-olah daripada lebihan kewangan negara namun sebaliknya ia berhutang berbilion ringgit.

      Delete
    5. Memandangkn ekonomi negara dah nazak...eloklah BN pegang selama-lamanya pemerintahan negara.....janji BRIm naik lg......beli brg yg xkena gst saja.....hahaha

      Delete
    6. Yeyy thn dpn dpt br1m,asalkn aku dpt br1m org atasan umno dpt duit juta2 pn xpe.umno menang,org melayu idop senang.ko sokong pkr dpt ape?dgn br1m aku bole besarkn rumah,byar utng ptptn,byar utng kereta,beli rumah dll.xpyhla blja pndai2,last2 pemimpin umno jgk kaya.biar org melayu hidup serba kekurngan,tp umno tetap menang!!!

      Delete
  6. Kahkahkah...nmpk sngt selama ni entry dlm blog omakkau hebat kerana copy paste...bila bg omakkau buat ulasan hancusss...omakkau klu langkah kajang bkn utk jdkn anwar mb (tukar mb)..apa gila nk buat prk kt dun sndiri.. apa peranan anwar klu setakat mnjd adun di negeri bwh pr...kecuali klu anwar nk jd ketua pmbngkang di pahang, kedah atau johor...

    hehehe. ..tk payahlh nko nk beria2 nk cover KETUM smpi menmpkkn kebangangan nko... aku rasa bkn org pro bn je nmpk ttp yg pro pr pun jelas dgn permainan KETUM yg lbh memikir nasib dia jika mmpus dlm penjara... alahai omakkau belajar2 lh utk terima knyataan. ..jgn cuma menafi dan menafi...lps tu mnyalahkn org lain...yg betul dan benar dan 'tkkn lakukn sebarang dosa...org yg pro pkr dan pengkagum KETUM. .trmasuk KETUM. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR sekarang diserang oleh pro Zionist dalaman

      Gang Berjiwa Zionist Dalaman PR adalah:

      a. Gang Kajang Move dalam PKR
      b. Gang Erdogan dalam PAS
      c. Gang Passage Malaysia dalam DAP

      Delete
    2. ABU Aperrr???? la ni jadi ABABUS (Asal Bini Boss) dapat jawatan

      Reformasi mana ada dah skg zaman Nepotism dalam PKR

      Delete
    3. Bodoh pnya komen..hidup umno

      Delete
  7. Langkah kajang berjaya, langkah najib yg kantoi dgn mahathir. Pm bodo letak jawatan buang la najib sebab gagal memporak peranda pr...malah makin kuat dapat detect team ug pulak tu. Sepatutnya jadi macam sabah era pbs dulu. Tahniah pr......teruskan berjuang tumbangkan umno dan barisan nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin yang adil dipecat mahu diganti dengan bini pemimpin. Adakah itu Keadilan.
      Reformist2 ayuh kita protes dengan tidak mengikut arahan parti

      Kami mahukan pemimpin yang kasih kepada rakyat susah,
      Bukan kasih kepada pemimpin hingga jawatan MB mahu diberi kepada isteri.

      Woiiii Mangkuk adakah itu inspirasi keadilan ?????

      Jawab Nuar Jawab.

      Rafizi you shut up please

      Delete
    2. KAMI JADI AHLI PKR KERANA KAMI BENCI KEZALIMAN. ANWAR KALAU KAMU SUDAH JADI ZALIM, KAMU DIPECAT SEBAGAI ORANG YG KAMI SANJUNGI

      Delete
    3. Muka x malu menyamar mngaku ahli pkr..eh boleh jln daa..hidup umno..

      Delete
  8. Gagal ke tak gagal ke sheikh nuar aljubo tetap juga ceria mcm org yg tak pernah menjubo walaupun wajah peliwat tua tu dah semakin serabut.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon bkl di azab..komen bodoh..hidup umno

      Delete
  9. Bila kain terselak ditiup angin ... MAKA terlondeh @ nampak segala nya kurap panau.. LANGKAH KAJANG YANG PUNAH RANAH .. HASIL KETAMAKAN .. MANUSIA .. YANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM .. PERANGI LAH NAFSU .. TAMAK HALOBA.. HUKUM KARMA .. TERIMA LAH SEADANYA

    ReplyDelete
  10. FLIP FLOP GANG KAJANG MOVE

    Sekejap kata 48 jam, sekejap kata macam tu. Sekejap kata macam ni. Useless idot betullah kamu ni

    Sila Baca report dibawah

    PKR menafikan laporan yang menyebut ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan tindakan lanjut berkenaan jawatan menteri besar Selangor sementara menanti maklum balas istana.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang didakwa dibuat biro politiknya itu “sama sekali tidak benar”.

    “Tiada perbincangan berkaitan nama-nama calon menteri besar Selangor dalam mesyuarat Biro Politik PKR selain dimaklumkan oleh presiden mengenai surat beliau yang telah dihantar kepada DYMM Sultan Selangor sebagai maklum balas kepada surat DYMM Tuanku yang diterima pada 3 September 2014,” kata Saifuddin.

    Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin berkata, laporan itu, yang turut dilaporkan Malaysiakini, disiar tanpa bersandarkan sumber rasmi parti “tindakan yang tidak bertanggungjawab”.

    Sebaliknya, katanya lagi, mesyuarat mereka malam tadi berbincang dan mencapai beberapa keputusan berikut:
    Persiapan PKR membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur.

    Menggerakkan program penerangan seluruh Selangor untuk menjelaskan kemelut politik yang sedang dihadapi sekarang.

    Laporan terkini kes mahkamah yang sedang dihadapi pimpinannya, terutama tuduhan bawah Akta Hasutan dan kes-kes lain membabitkan parti.
    PKR bagaimanapun menegaskan sentiasa berusaha memberikan kerjasama demi mengekalkan hubungan baik dengan semua media.

    Saifuddin juga berharap media, khususnya Malaysiakini dan The Malaysia Insider, dalam melaporkan isu menteri besar Selangor bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  11. Woiii Anuar Bini kau kata Terguris hati kununn....

    Rakyat lain yg di perbodoh, org PKR akar umbi beratus2 ribu lagi yg nampak manipulasi mulai dgn Kajang Curse PKR tu tak ingat ke...

    Hancor lah Nuar, PKR, DAP kali ni, atas perbuatan anda sendiri. Rakyat dak meluat dgn wayang kamu sekuarga.

    Pembodek2 Firaun Liberal yang terdiri dari Haman2 Kajang Move, membodek diutamakan, rakyat dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lantak ler ketum lwn gagap...yg penting PKR/DAP semakin mendapat sambutan.....bersama menuju PUTRAJAYA.....ABU

      Delete
    2. Sian mcai umno ni..

      Delete
  12. Salam kepada Reformis Semua

    Pencerahan kepada semua

    Sekarang bukanlah masa untuk meraih simpati rakyat seperti yang pernah dilakukan dengan berkesannya oleh Kak Wan semasa era Reformasi 1998 dahulu.

    Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yangf juga dikenali dengan 'mini Malaysia'. Seluruh rakyat mahu melihat bagaimana kehebatan, ketelusan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang MB dari komponen PR menerajui negeri Selangor, yang telah diletakkan piawai yang cukup tinggi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

    Kepimpinan Parti wajib diserahkan kepada kumpulan2 yang lebih berinspirasi untuk parti seperti Azmin Ali dan Yaakop Sapari

    ReplyDelete
  13. Mengapa ya segala posting diatas gagal dijawab oleh pendokong Kajang Move-Ninja Turtle.

    Pembongkaran demi pembongkaran sekarang ini terjadi untuk menganngkat kebenaran.

    Yes PKR perlukan reformasi dalaman

    ReplyDelete
  14. Yang tak pernah terguris ialah rosmah gemuk tu.sbb dia ada simpan duit sejak dari kecil.heee

    ReplyDelete
  15. Jangan lupa yea langkah pekan oleh Dr kerala masih berjalan.heee

    ReplyDelete
  16. Tak apa umnu nak berdagang dgn israel pun sbb mereka puak2 maksum dijamin masuk syurga.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lantak kat dia la. Pasal report WSJ sudah baca link ke belum

      Delete
  17. Link bodoh mana anwar dah jawap kat parlimen dia sokong isreal tp israel kena hormat kat hak2 rakyat palestin.anwar yg ckap macam mana pulak kj gereja yg buat tafsiran.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap pusing2 macam orang jual ubat kuat kat Jln TaR. Tak payahlahhh . Ikut kau lah Nuar woiiiii

      Delete
    2. Kah Kah Kah lu Kantoiiii cakap mau keadilan. Nepotism tu adil ka?
      Pecat rakan yang amanah tu adil ka ?

      Delete
  18. aku setuju apa sedang berlaku sekaran bukanlah kegagalan.. sebaliknya ianya adalah merupakan onak, liku, jurang yang perlu dilalui dalam menuju ke puncak kejayaan. InsyaAllah dengan usaha - doa dan tawakkal akan menghasilkan reality yang selama ini dikatakan mimpi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Nepotism macam mana ???? bagus ker ??? Istana Segambut ??? Bagus kerr

      Delete
    2. Baghal punya komen..hidup umno

      Delete
  19. Seorang pelajar UiTM Lendu ditikam sebanyak 5 kali pada jam 5.30 pagi tadi. Polis masih KAJANG menangkap suspek.

    ReplyDelete
  20. Nepo??tak tanya najib tu dah lama bergilir dri datuk,besan ke anak jadi pm.umnu parti 7 keturunan maksum ke.heee

    ReplyDelete
  21. pusing2 keluar ulu yam tempat melayu/jawa hutan bertapa.kahkahkah.heee

    ReplyDelete
  22. Aku rasa kita tidak perlu rasa marah pada bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis....sebab dia bukan ahli politik tapi hanya seorang pendakwah agama maka fahaman politik dengan agama memang berbeza.

    Pandangan dia sama saja dengan pencacai yang memberi komen dalam portal berita dan blog maka dengan sendirinya pandangan itu hanya sebagai pandangan saja.

    Langkah Kajang yang pada awalnya untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai ADUN Kajang memang telah digagalkan oleh pemimpin UMNO Baru melalui perbicaraan kes liwat II dalam mahkamah rayuan yang telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

    Namun Langkah Kajang diteruskan lagi dengan melantik Wan Azizah jadi ADUN Kajang, dan kali ini pihak UMNO Baru tidak boleh menyentuh Wan Azizah dengan apa jua fitnah atau tekanan dari mana-mana agensi kerajaan pimpinannya kerana
    Wan Azizah bersih dari jenayah.

    Disebabkan UMNO Baru tidak boleh menyerang Wan Azizah dari luar, maka PAS mengambil alih tugas menghuru-harakan keadaan yang mudah dijadikan susah. Kenapa keadaan PAS jadi begitu, sila tanya pada Hadi pil kuda.

    Bila Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen langkah kajang sebagai gagal dengan sendirinya dia sendiri gagal memahami apa yang sedang berlaku dalam agenda tersebut.

    Langkah Kajang telah memberi banyak hikmah kepada Pakatan Rakyat. Diantaranya pembongkaran satu konspirasi bahawa PAS dalam senyap telah berunding dengan UMNO Baru untuk mengambil alih kuasa dari Pakatan Rakyat dan kekal melantik Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang sudah terperangkap hutang bank.

    Langkah Kajang telah mengenalkan pada penyokong Pakatan Rakyat bahawa pemimpin tertinggi PAS bercakap dolak-dalik dalam menetapkan sesuatu keputusan untuk Pakatan Rakyat. Mereka bersifat talam dua muka.

    Langkah Kajang juga telah memberi petunjuk pada rakyat Selangor bahawa raja berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu sebenarnya alat untuk menjaga kepentingan pemerintah khasnya dari UMNO baru saja.

    Jika perlantikan calon dari Barisan Nasional akan dilakukan tanpa banyak bicara, tapi jika pelantikan itu dari pembangkang maka mereka memutarbelitkan undang-undang tubuh kerajaan negeri seolah-olah sultan itu berkuasa mutlak.

    Secara tiba-tiba sultan melalui setiausahanya meminta tiga nama untuk ditapis dan dipertimbangkan oleh sultan sebelum dilantik menjadi menteri besar. Sedangkan dalam Pakatan Rakyat telah menyediakan satu calon yang telah mendapat sokongan majoriti ADUN. Sepatutnya sultan segera membuat upacara perlantikan, mengapa ditangguhkan ?

    Sultan Selangor melalui penasihatnya mengatakan mereka berada dilandasan yang betul meminta 3 nama calon untuk dipertimbangkan sedangkan parti yang menang bertanding mengatakan mereka berada dipihak yang betul dengan menghantar satu nama calon untuk dilantik menjadi menteri besar.

    Dalam hal sekarang ialah sultan perlu melaksanakan upcara perlantikan menteri besar bukan ambil tugas untuk interview setiap ADUN siapa yang layak jadi menteri besar. Kita pun tertanya sejak bila penasihat sultan jadi gila seperti sekarang ini ?

    Tanpa Langkah Kajang kita tidak akan tahu perangai jahat segelintir pemimpin tertinggi PAS dan kita tidak tahu bahawa dalam istana juga ada masaalah mental mengenai raja berperlembagaan.

    Kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin kalau nak dipandang hebat dalam politik...... masuk lah gelanggang politik. Halal dan haram dalam agama tak sama dengan halal dan haram dalam politik.

    Kalau Dr Mohd Asri duduk diluar gelanggang sama seperti jadi penonton bola sepak dalam stadium. Bayar tiket untuk tonton bola sepak tapi mulut gatal nak menjerit- terlolong marahkan pemain sedang diri sendiri kaki bangku.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kamu org yang takde akidah
      Tunggu hidayah je ,terlampau sesat

      Delete
    2. Ikut suka kata org x de akidah..ko tu ada akidah ke?

      Delete
  23. Para ilmuwan agama tidak bercakap tanpa usul periksa. Terimalah apa yg diucapkan dan cuba perbaiki jika ada kelemahan. Jikalau sebelah pihak lain yg dihentam kita akan bersorak keriangan tp akan bingkas melatah jika terkena batang hidung sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa x habis tu yg komen melalut..

      Delete
  24. Semalam saya dan keluarga telah ke Gagal menikmati sate Gagal
    Kami berpatah balik sbb kajang dpt kan tempat memakir

    ReplyDelete
  25. tang mana gagal nya Yg menang prk PKR
    Yg masih berkuasa di Sgor PR
    Khalid dah letak jawatan Tunggu MB baru dilantik
    Apakah semata mata kerana Wan Azizah tak dpt mjd MB mama terbayang kegagalan sdgkan PKR belum berkubur
    Mohon dgn hormat pandangan jujur Maza terhdp sikap pemimpin PAS dan ketelanjuran Majlis Syura Ini lebih penting dr kisah kajang

    ReplyDelete
  26. Omakkau lah lu aku ni dulu 100% sokong tapi amakkau pun dah melalut tak tahu apa yang nak di tarangkan sbb omakkau pun tak tahu apa dia cakap... Apa pun yg cuba di jelaskan semua x clear...sya pun dah hilang confident... Omakkau tlg senyanp jgn banyak komen sbb kaulah org yang paling terkeliru... Perjalanan pkr hya setakat sini shj... Nak tahu apa sbb tnyalah diri sendiri masing... Semua yg ade dlm pkr semua keliru tapi pura2 tak tahu itulah melayu

    ReplyDelete
  27. langkah kajang bukan gagal.umno cukup takut pada dsai macam macam cara kotor yang mereka lakukan supaya dsai terkandas.pakatan rakyat kuat kerana dsai bebas diluar.kekuatan dan tunjang pakatan rakyat pada dsai,kalau dia dipenjarakan hancur lebur meyembah bumi pakatan rakyat.itu yang umno cuba lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro..pemimpin umno berbaris pnjng diluar pnjara kjng..

      Delete
  28. Kalau dr maza tu jujur maka dia akan tulis dengan jelas sindiran itu untuk siapa... tapi orang pandai ilmu ini juga tetap manusia biasa ...tidak akan lepas dari sebarang kesilapan.... dr maza...beristifarlah dan kemudian tanya pada diri....apa aku dah buat ni....!!!

    ReplyDelete
  29. Musuh No.1 sang keris karat ialah DSAI, sebab jika isternya naik banyak rahsia terbongkar.So guna barua barua cyber keris karat untuk cerita supaya gagal rancangan.Mereka mau DSAI dipenjarakan atau mati supaya rahsia rasuah dan pengambilan tanah rezab Melayu pak menteri tak bongkar.

    ReplyDelete
  30. Apa pulak dok melalut dgn UMNO...ingat AI KetUm tu baik sangat ka..kalau dia pandai pasai apa PKR mengundi sampai 3 bulan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...