Thursday, 11 September 2014

SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa ... Adakah ini suatu contoh terbaik??????



KUALA LUMPUR 10 Sept 2014.
- Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.

Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

Shah Alam 10hb Oktober 2013 .. Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim.

14 comments:

  1. Aik diam pulak melayu hutan dgn makcik felda.betul la tu najib bodoh sampai sekarang tak kena dakwa sbb meliwat tuya.heee

    ReplyDelete
  2. Yg didakwa kemudiannya didapati bersalah lagikan boleh dilepas begitu saja.
    Kita tunggu kes Beng Hock & Sarbini. Kes budak Aminurasyid, pembunuh dilepaskan & budak itu pula difitnah. Kes Kugan senyap terus & banyak lagi yg tempang.

    ReplyDelete
  3. Mmg terukkk..ishh hampeh btul la..sian budak2..mak bapak ada yg ambil cuti..bak kna mohon cuti lg ler pas ni..pihak brknaan patut letak jawatan

    ReplyDelete
  4. Alaa bru upsr bocor nak kecoh2-kalau dpt 20A kat upsr bukan leh jadi pegawai gomen pun-exam budak2 jekk-kalau upsr power tapi bila spm hancur tak guna gak-

    ReplyDelete
  5. Apa yang Ketua Pengarah SPRM cakap tu betul...kalau dah takde peruntukan undang-undang, macam mana nak dakwa? Kena ingat, rang undang-undang bukan dibahas dan diluluskan oleh SPRM, tetapi Parlimen....yang mana ahlinya adalah YB-YB Kerajaan dan Pembangkang...so nak tanya sket, Pembangkang tak buat kerja di Parlimen ke?? Sepatutnya fungsi pembangkang "check & balance", bukan sibuk berpolitik sampai selalu ponteng sidang!!! Kena ingat la sikit, duit elaun yang masuk poket korang tu datang dari pembayar cukai seperti kami....HARAM hukumnya kalau ponteng. Tak guna gelaran ustaz, lebai, Pak Sheikh a.k.a KETUM kalau benda basic mcm ni pon korang tak lepas....malu sket aku yang belajar takat darjah 6 ni, nasib baik bisnez maju sejak 10 tahun dulu sebab ada program Usahawan Siswazah..........nak harapkan Pak Sheikh? Dia sibok melalut pegi Amerika!

    ReplyDelete
  6. Satu hari di kelas 6C, 

    Cikgu: eh azman kmu nak jdi apa ni ha, dah la bodoh belajar malas keja pandai bercakap ja..

    Azman: jadi guru lah, dah x reti apa nak jadi apa lagi, bidang lain kena result power, bidang cikgu berdasarkan minat dan keikhlasan je..

    Murid2 lain: betul juge tu.. kepimpinan melalui teladan.. kwn2 jom main.. 

    Cikgu: grrr bengang.. tpi btul juge aku sendiri upsr 4B spm 2A je.. kiki
    .......
    Bagaimana acuan begitulah kuihnye.

    “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  7. Tun Dr. Mahathir secara sinis berkata, 1Malaysia Development (1MDB) berlagak seperti Dana Kekayaan Negara, berbelanja seolah-olah daripada lebihan kewangan negara namun sebaliknya ia berhutang berbilion ringgit.Negara akan muflis jika ditadbir dgn kerajaan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  8. klu sprm kta x pruntukn bg jbtn ini abl tndkn keats kecuian dn kbodohn anggota kem pendidkn. kmana lgi nk dhala mslh ini adkh dbiarkmn bgtu sja.

    ReplyDelete
  9. yg buat reportlah bodoh. tak fikir implikasi. kalau pun bocor, bkn semua budak dpt. beberapa sek je. aku gerenti takkan dapat 100% A pun subjek tu. kesian pada anak yg tak mengerti lagi politik pendidikan di m'sia. naimah dh cek dgn muhyidin ke implikasi kalau paper2 tu kena ambil balik - dari segi kos, masa, psikologikal pelajar dll. org2 atas KPM penuh dgn org2 yg tak layak.

    ReplyDelete
  10. yg peliknya semasa penjajah british mengendalikan peperiksaan di malaya tak pernah pun dengar bocor. bila melayu islam mengetuai kementerian pendidikan asyik bocor tak henti. mana integriti islam? ada paham makna integriti?

    ReplyDelete
  11. Tapi undang undang utk doktor pilot drebar lori bas ada pulak undang undang kecuaian dan yg malang sekali yg bodoh boleh jd Menteri Prof Editor dan yg paling malang jd penasihat ekonomi PM

    ReplyDelete
  12. soalan upsr bocor ni mesti salah anwar ibrahim juga....

    ReplyDelete
  13. patut la ramai profesor kangkong dan menteri kangkong....
    rupanya soalan bocor.... menteri ayam sehingit... profesor kata malaysia tak pernah dijajah... menteri kata penyamun sulu.bukan penganas...
    hem.. patul la soalan bocor....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...