Thursday, 11 September 2014
KEMELUT MB SELANGOR ... PKR BERJIWA BESAR AKUI SECARA TERBUKA KINI SEDANG BERGUMPAL DENGAN PELBAGAI KRITIKAN DARI DALAM DAN LUAR PARTI.
Berdepan pelbagai kritikan dari dalam dan luar parti, PKR menggerakkan jentera mereka untuk memberi penerangan mengenai isu kemelut menteri besar Selangor.
Pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim akan menjelajah ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menerangkan secara terus perspektif parti dan penjelasan mengenai isu ini.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Malaysiakini, langkah itu diambil oleh biro politik selepas mesyuarat mereka kelmarin.
"Isu Selangor dah berlaku dan kita sedang berdepan satu kemelut. Jadi pimpinan parti berpendapat satu siri penerangan lebih sistematik bagi menerangkan kepada semua menurut perspektif parti.
"Anggota parti perlu lebih memahami bagaimana langkah yang dijalankan pimpinan parti dan apakah strategi yang disusun kepimpinan," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.
PKR dilaporkan hanya mencalonkan satu nama kepada Istana sebagai calon menteri besar Selangor iaitu presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Istana sebelum ini melabel parti itu sebagai biadab dan derhaka kerana tidak menghantar lebih dari dua nama yang diminta.
PKR dan DAP kemudiannya memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun Anwar dalam jawapan beliau kelmarin menegaskan akan mengikut "konvensyen" sebelum ini dan dilaporkan mahu menghadap Sultan bagi menjelaskan sendiri hal ini kepada baginda Tuanku.
Sementara itu, satu jawatankuasa bersama telah dibentuk selepas mesyuarat di antara Anwar, Anggota Parlimen, ADUN dan sebahagian ketua cabang PKR di Selangor.
Sumber menyatakan jawatankuasa peringkat negeri itu akan diketuai oleh penyandang timbalan PKR Selangor Zuraida Kamaruddin dan disertai oleh beberapa lagi pimpinan pusat yang terdiri dari anggota parlimen dan beberapa ketua cabang.
Sumber tersebut turut menyatakan beberapa pimpinan negeri meluahkan bantahan dan tidak dimasukkan dalam jawatankuasa bersama ini.
Hal itu bagaimanapun dinafikan Saifuddin yang menyatakan tiada sebarang bantahan atau protes dibuat ketika mesyuarat peringkat biro politik kelmarin atau peringkat negeri semalam.
"Tak timbul keputusan biro politik diprotes atau dibincangkan wakil Selangor.
"Kerana parti baru selesai pemilihan, jawatankuasa negeri masih belum dilantik, tetapi sepertimana di Kelantan di mana pimpinan Kelantan diberi peranan, begitu juga di Selangor, pimpinan negeri diberi peranan," kata beliau.
Saifuddin turut menjangkakan akan mengambil masa beberapa minggu bagi menyelesaikan siri penerangan ini.
"Kalau ada (ahli) yang tidak bersetuju, kita akan terangkan kepada mereka," kata beliau.
ULASAN OMAK KAU:-
Jelas sudah akhirnya parti peringkat tertinggi akui betapa kemelut politik Selangor kini semakin kritikal dan merunsingkan sekali.
Gagal untuk tangani secara efektif maka harga yang perlu dibayar ialah penguasaan keatas Selangor boleh dianggap sudah boleh belayar.
Langkah Kajang mau tidak mau suka tidak suka kena akui juga ianya suatu langkah yang membuahkan hasil tidak sepertimana yang dirancang dan diharapkan.
Bermula dengan hebat dan kencang tetapi hasilnya, sesama anggota parti saling menyerang, sesama rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat hubungan semakin renggang dan keyakinan rakyat sudah mulai goyang.
Berpuak-puak dan berkomplot ... kesepakatan dan mesra erat adalah suatu yang janggal, yang sebelumnya ini cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat maupun KeADILan.
Omak Kau sebagai penggiat blog, aktivis parti, pendokong KeADILan, pemerhati politik dan rakyat marhean berasa amat sedih dan pilu tentang apa yang berlaku di Selangor kini ... hanya disebabkan perbezaan pendapat dan sokongan berlainan kapada calon dalam pemilihan 2014 yang lalu, kawan dianggap lawan .. emosi mengatasi realiti ... curiga, ragu dan sangsi menjadi ulam jiwa dan minda ... jasa-jasa lama kepada sumbangan parti sudah di lupai... hilang sekelip mata kemesraan jitu ditukar kepada rasa benci yang tidak menentu... sampai ada yang menganjur pulau memulau dan boikot memboikot..
Omak Kau yakin dan percaya gerak kerja yang kotor lagi jijik dan tidak memberi untung dan faedah kepada kesuburan parti ini, diluar kawalan dan pengetahuan pucuk tertinggi parti.
Gerak kerja ini berlegar dalam kelompok, kumpulan dan grup berskala kecil dengan anggota parti tertentu sebagai ahlinya terutamanya dalam WhatsApp, Telegram dan Instagram.
Jika yang ada memberikan berlainan pandangan dan pendapat walaupun ianya jelas benar dan sahih, akan dilabel sebagai pengkhianat dan petualang ... perbezaan pendapat sudah tidak diraikan lagi maupun diberi penghormatan yang sewajarnya .. demokrasi sudah pupus dikambus .. yang adanya suatu idea yang dilontar maukan pujian dan sokongan membuta tuli waima ianya bakal memberi padah dan luka parah kepada parti... angguk-angguk dan geleng-geleng, tutup mata, pekakkan telinga dan membisu dari berkata-kata sudah mengambil tempat perdana .. menyoal sesuatu sehingga jawapan tidak mampu diberi dianggap musuh utama.
Omak Kau tidak mau menyentuh mengenai Pemilihan 2014 kerana ianya sudah pun diketahui umum ... lagi dibincang akan mengundang rasa sakit menguris yang cukup mendalam.
Apa yang mau diperkatakan ialah mengenai kegagalan cabang tertentu dalam struktur organisasi KeADILan di Ibu Pejabat dalam memberikan penjelasan dan penerangan secara berkesan, efektif dan diterima secara total oleh anggota parti maupun rakyat biasa.
Para pejuang siber KeADILan kebelakangan dilihat amat lesu, lemau, lemah longlai tidak bermaya untuk bertempur secara ilmiah dan berhemah .. sentiasa kebelakangan beberapa langkah dalam menyerang dan memberikan penerangan.
Pejuang-pejuang siber yang bersemangat, rajin, dedikasi, setia kepada parti, mampu berhujah dan tidak mudah goyah, ada yang dianggap sebagai musuh dalam selimut konon, tanpa menjalankan siasatan mendalam dan terperinci.
Inilah antara sebab dan punca mengapa kemelut politik Selangor jurang ketidak kepercayaan rakyat dan anggota parti semakin melebar dan kritikal.
Omak Kau hanya mampu berdoa agar niat ikhlas suci murni pimpinan tertinggi parti KeADILan ini akan berakhir dengan sukses gemilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Pembaca budiman.. hati hati ya dgn siber umnu.. hidup mereka hiduplah fitnah..
ReplyDeleteBunyi EX5 Preeeeeeeeet Preeeeeeeeeeet Preeeeeeeeeeeeett
DeleteKreng keng keng keng
dski -muka tak malu & syok sendiri. pentingkan diri sendiri.tidak terima kasih pada PKR krn 2 tempat dapat iaitu MP tun Razak + adun port klang
DeleteKelemahan DSKI-
1) Kenapa Menandatangai perjanjian Air bersama Kerajaan – pada hari ke 4 syawal. Kenapa tergesa-gesa menandatangani perjanjian. Adakah ada udang sebalik mee.
2) DSKI – lebih mengutamakan diri sendiri dari Partinya (PKR)
3) Kalah bertanding di Cabang Kuala Selangor
4) Lari dari Kuala Selangor ke Port Klang. Kalah bertanding jika ia berdasarkan personal DSKI
5) Berkerja tanpa teamwork
6) Dan lain-lain lagi
Nasi dh jadi bubur.....
ReplyDeleteNasi dah hangit, bubur boleh jugak syoru
ReplyDeleteSalam kepada Reformis Semua
ReplyDeletePencerahan kepada semua
Sekarang bukanlah masa untuk meraih simpati rakyat seperti yang pernah dilakukan dengan berkesannya oleh Kak Wan semasa era Reformasi 1998 dahulu.
Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yangf juga dikenali dengan 'mini Malaysia'. Seluruh rakyat mahu melihat bagaimana kehebatan, ketelusan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang MB dari komponen PR menerajui negeri Selangor, yang telah diletakkan piawai yang cukup tinggi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.
Kepimpinan Parti wajib diserahkan kepada kumpulan2 yang lebih berinspirasi untuk parti seperti Azmin Ali dan Yaakop Sapari
Yaakop ok..azmin out..
DeleteFLIP FLOP GANG KAJANG MOVE
ReplyDeleteSekejap kata 48 jam, sekejap kata macam tu. Sekejap kata macam ni. Useless idot betullah kamu ni
Sila Baca report dibawah
PKR menafikan laporan yang menyebut ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan tindakan lanjut berkenaan jawatan menteri besar Selangor sementara menanti maklum balas istana.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang didakwa dibuat biro politiknya itu “sama sekali tidak benar”.
“Tiada perbincangan berkaitan nama-nama calon menteri besar Selangor dalam mesyuarat Biro Politik PKR selain dimaklumkan oleh presiden mengenai surat beliau yang telah dihantar kepada DYMM Sultan Selangor sebagai maklum balas kepada surat DYMM Tuanku yang diterima pada 3 September 2014,” kata Saifuddin.
Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin berkata, laporan itu, yang turut dilaporkan Malaysiakini, disiar tanpa bersandarkan sumber rasmi parti “tindakan yang tidak bertanggungjawab”.
Sebaliknya, katanya lagi, mesyuarat mereka malam tadi berbincang dan mencapai beberapa keputusan berikut:
Persiapan PKR membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur.
Menggerakkan program penerangan seluruh Selangor untuk menjelaskan kemelut politik yang sedang dihadapi sekarang.
Laporan terkini kes mahkamah yang sedang dihadapi pimpinannya, terutama tuduhan bawah Akta Hasutan dan kes-kes lain membabitkan parti.
PKR bagaimanapun menegaskan sentiasa berusaha memberikan kerjasama demi mengekalkan hubungan baik dengan semua media.
Saifuddin juga berharap media, khususnya Malaysiakini dan The Malaysia Insider, dalam melaporkan isu menteri besar Selangor bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab.
Pemimpin yang adil dipecat mahu diganti dengan bini pemimpin. Adakah itu Keadilan.
ReplyDeleteReformist2 ayuh kita protes dengan tidak mengikut arahan parti
Kami mahukan pemimpin yang kasih kepada rakyat susah,
Bukan kasih kepada pemimpin hingga jawatan MB mahu diberi kepada isteri.
Woiiii Mangkuk adakah itu inspirasi keadilan ?????
Jawab Nuar Jawab.
Rafizi you shut up please
Sesiapa yang menempelak Mr Matang Pauh dianggap pengkhianat.
ReplyDeleteWoiii Mr Matang sudah khianat kepada perjuangan keadilan apabila dia mahukan nepotisme dlm jawatan untuk isteri beliau
Mr Matang menjatuhkan rakannya (TSKI) walaupun dia seorang yang amanah berdasarkan ucapan mr matang waktu perhimpunan PKR.
Mr Matang dengan tanpa malu2 menempelak golongan Ulamak dalam PAS
Mr Matang menggantung golongan refomirst dlam parti termasuk Che Gu Bard
Mr Matang pun derhaka kepada titah apabila engkar memberi lebih dari satu nama
Celakalah kamu Mr Matang, Celakalah kamu, keluarga kamu dan keturunan kamu.
Reformist Sejati
Masa nk buat kajang move x nk buat penjelasan kpd ahli, ade rahsia disebalik rahsia lh gitu, nh sekarang ni hadap je le, dh x leh nk move2, dh jem.....
ReplyDeleteAnuar ingat rakyat Malaysia tak mampu menilai tindakannya.
ReplyDeletePucuk pimpinan PKR sudah tidak punya nilai dikacamata rakyat! Belang dan bayang2 mereka terlalu jelas dan nyata . Ingat ! Segala kejahatan akan berakhir dengan kejahatan. Pengkhianatan terhadap TSKI akan menjadi lipatan sejarah yang tidak akan terpadam .
ReplyDeleteParti munafik PKR belum jelaskan kenapa TSKI dibuang parti... Tak payah nak jelajah... Muat naik ke youtube pun boleh...
ReplyDeleteTak perlu pun jelajah 56 Adun. Semua orang dah jelas ! Langkah awal penuh dgn pembohongan ! Pembetulan pasti nya juga dgn pembohongan ...he..he.. terus kan pembohongan anda..
ReplyDeleteBanyaknya komen virus umnu kat atas tu, bakulsampahkan saja tak boleh percaya langsung.
ReplyDeleteDa le tu,naik haji lagi baik.
ReplyDeleteJÈLAJAH 56 ADUN AKAN KITA SAKSIKAN LINANGAN AIRMATA MINTA DISIMPATI UNTUK KALI KEDUA TAPI MALANGNYA TIADA SIAPA YANG MEMPERDULIKANYA LAGI. BEGITULAH NASIB PEMIMPIN PENIPU.
ReplyDeleteSudah2 la,kami kt kampong ni dh meluat x tau kt tmpat lain.dtg la jelajah kami dngr masuk telinga kanan kuar telinga kiri.dh bosan dh.tungu pru 14 jer ni.
ReplyDeleteKesian kesian begini akhir nye pejuangan pkr bermula dngan gagah sudah nye punah gara2 salah langkah.good bye pkr.
ReplyDeletepkr ada masalah berani terus jumpa ahli
ReplyDeleteberbeza dgn umno menilaikan tahap pemikiran ahli nya
pemimpin umno selalu nya mengada kan mesyuarat tertutup
ahli ahli kat luar bawah khemah hny mengunyah dan melahap
Nak kata apa lg cai...jawapan dan alasan klise iaitu mnyalahkn umno dan umno...tk payahlh nk banding kelemahan parti lawan klu parti sndiri lbh haprak dan bangsat...dari pencacai smpi ke KETUM. .hnya tahu cari alasan dan alasan, penyudahnya BANGANG tak sudah...
Delete