Friday, 12 September 2014

KERTAS PEPERIKSAAN UPSR BOCOR .. PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN DI GANTUNG TUGASNYA SERTA MERTA.



VIENTIANE - LAOS. [DIKEMASKINI] Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September.

Muhyiddin berkata, siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.



26 comments:

  1. malang tidak berbau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik....
      kalu kat jepun menteri letak jawatan sekali

      Delete
  2. Ohh negaraku.tiap2 tahun brlaku.

    ReplyDelete
  3. Malaysia yang pelek...kat luar negara menterinya letak jawatan ini pengarah LPM dikambinghitamkan...ada menteri sibuk cari kekayaan diri dan kroni sibuk hal ehwal lawan politik mereka bila kena batang hidung cepat2 tuding jari kat orang lain...muka setebal tembok besar China!!!!

    ReplyDelete
  4. Setuju anon 20.47

    ReplyDelete
  5. antara bukti wanita tak sesuai jadi ketua...cari orang lain dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala buto laaa!
      knapa tak tengok ketua paling atas?

      Delete
    2. Ooo... betul kepala tu... memang kepala la yg kena bertanggungjawab bukan pengarah2 yg bawah tu...pa hal..
      Sebab tu orang kata buat kerja macam kepala butuh hang...
      psai apa nak kait dng wanita jadi ketua pula...ni lagi banggang..
      DS Wan zizah dah nak jadi ketua..

      Delete
  6. Bekas menteri pendidikan dulu tak abis belajar dari um.....kah kah....tak pandai tapi belagak pandai.....sapa lagi klu tak brother anwar bin Ibrahim. ...kah kah...smpi skg tak letak jawatan.....last skali jawatan KETUM....kah...kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. menteri pelajaran dulu jaga, kertas soalan tak bocor.
      sekarang bocor pulak dahhhh
      heran betol la

      Delete
    2. Menteri pelajaran sekarang ni sedang mengeram telur, tak menetas-netas lagi.

      Delete
  7. Sabotaj kata Muhyiddin
    Sbb Mahathir kata kalau dia PM skg dia akan letak jawatan
    Kuncu kuncu Najib pastikan buat masa ini tak ada penganti
    Jd rosakkan kredibaliti Muhyiddin

    ReplyDelete
  8. CEO letak jawatan sbb mengambil tggjwb tiang lrt runtuh di tolak sbb alasan kena bantu siasatan

    ReplyDelete
  9. klu bginilh tindak sprti kilat diambil kpd para pemimpin yg melakukn kesalhn alngkh bgsnya. ni yg jdi mgsa pgwi kanan jbtn. dmna pulk letk intrgriti menteri dlm hl ni wjrkh mnuding jri kpd peg knan jbtn. klu yg x molek smuanya dkenakn kpd pgwi brtngung jwb.tpi klu yg molek conth murid mndpt cemrlng 12A menteri yg mgangkt muka dmedia utma x sbut pn nma pgwai yg brtgungjwb ats kjyaan merka. inilh yg silpnya pemimpn kta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya ni...
      tugas pengarah lembaga peperiksaan tu jaga kertas soalan seluruh negara 24 jam ker? Dia sorang ker kena jaga kertas soalan tu?

      Delete
  10. PBS yang menyebabkan lembaga peperiksaan kelam kabut.
    cikgu pun kelam kabut.
    emak bapak terpinga2
    budak2 syiokkkk aje

    ReplyDelete
  11. menteri pasolalah yg patut digantung dan pecat..

    ReplyDelete
  12. Asal ada isu je mesti skim selain PTD yg dipersalahkan. PTD semuanya maksum..

    ReplyDelete
  13. Nak cover malu arahkan orang lain gantung kerja..Sepatutnya Menteri yg bertanggungjawab lah letak jawatan. Tiap tiap tahun ada sehaja soalan pepereksaan bocor. Tidor apa ke Menteri yg berkaitan dgn pelajaran. Dah jadi trand di Malaysia org lain buat salah org lain yg kena jadi babi hitam. Terima sehaja lah seadanya. Malaysia Tanah Air Ku.

    ReplyDelete
  14. Deris Jusoh pong patot letak jawatan sbb mmg kaki runtuh dan bocor .. alahai derih .. mung mb trg dulu banyok bangunan bocor dan runtuh .. tatak helan la ini macem ..

    ReplyDelete
  15. Belanjawan Negara setiap tahun dan sepanjang tahun bocor
    Ada sesiapa yg kena gantung kerja ?

    ReplyDelete
  16. Sbb tu lah ramai pegawai tinggi kjaan yg bersara tak sokong BN !!

    ReplyDelete
  17. Kasihan melihat ... kambing biri-biri sudah dicat warna hitam legam.
    Menteri Pendidikan tak mahu letak jawatankah? Bukankah ini kelemahan kepimpinan Menteri Pendidikan? Teringat aku akan keruntuhan Stadium di Terengganu, bukankah ianya juga projek Menteri Pendidikan II semasa menjawat MB?
    Inilah negara yang ku cintai. Orang atas tak pernah salah dan malahan "maksum". Yang salah, orang bawah sahaja. Bila banduan dipukul sampai mati, Menteri tak bertanggungjawab, KPN pun tak bertanggungjawab, ..., yang bertanggungjawab ialah sarjan atau koperal. Inspektor pun tidak bertanggungjawab.
    Pengarah LPM ... yang ku kenali ...

    ReplyDelete
  18. Jangan sekadar gantung kerja, gantung sampai mati lagi baik

    ReplyDelete
  19. Aku tak puas hati guru je kna tangkap dh la yg kna tangkap tu tak mcm guru pun aku tengok, mcm ada yang tak kena ni....

    ReplyDelete
  20. Snang je nk letak ksalahan pd guru.....tak abis2 bodohkan rakyat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...