Saturday, 13 September 2014

KESIAN MAK CIK-MAK CIK FELDA .... BERITA INI MEREKA TIDAK TAHU SEBAB TIDAK DIHEBAHKAN DALAM UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3 DAN RTM.



Felda perlu mengorak langkah untuk menjadi sebuah kuasa besar ekonomi dalam usaha menjana keuntungan yang lebih besar kepada golongan peneroka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Felda yang kini giat melaksanakan fasa kedua pembangunannya selepas mengecapi pelbagai kejayaan pada fasa pertama hasil keringat peneroka terdahulu.


"Kita buka buku baharu, strategi baharu untuk jadikan Felda satu komuniti yang hebat, kita letak FGV (Felda Global Venture) kita senaraikan saham di pasaran, kita dapat raih sumber modal tambahan.


"Jadikan Felda sebuah economic powerhouse atau sebuah badan ekonomi gagah perkasa, inilah intipati kita, ini strategi fasa kedua kita," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 di Stadium Jasin di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta kira-kira 25,000 peneroka Felda dari seluruh negara.


Najib berkata, usaha mengembangkan Felda penting kerana generasi kedua Felda tidak boleh hanya bergantung harap terhadap apa yang telah diperolehi generasi pertama.


Beliau berkata, peneroka juga perlu berfikiran terbuka serta memandang jauh dan tidak tertumpu kepada hal berkaitan di tanah rancangan masing-masing sahaja.


Najib berkata, Felda akan terus memberikan bonus dan dividen kepada peneroka setiap tahun dan bukan melaksanakan pemberian ini secara 'one-off'.


Katanya, ramai beranggapan peneroka Felda merupakan anak emas, bagaimanapun apa yang diberikan kerajaan kepada peneroka Felda adalah suatu penghargaan kepada peneroka yang berkorban ketika waktu sukar penubuhannya. - Bernama

Itu gebang kencang sampai bangunan Menara Berkembar Petronas  KLCC boleh tumbang .. hakikatnya ??? .. Semalam saham Felda Global Ventures (FGV) jatuh ke paras RM3.67 sen dari harga pembukaan mula-mula didagangkan RM5.39sen sudah jatuh sebanyak RM1.72sen sesaham .. lagi nak gebang Felda mau jadi jaguh dunia????????
.. Felda satu komuniti yang hebat?????

Kalaulah arwah Tuan Hj Suhaimi Said masih hidup, pasti dia akan menangis melihatkan keadaan FGV kini.

31 comments:

  1. Bapak borek, anak merobek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya pun saham. Mesti ada turun naik.
      Emas pun ada turun naik jugak.
      Biasalah rakyat malaysia. Tukang komplen no 1.
      Bagi idea tarak.
      Lain orang semua salah
      Se.ndiri saja betul

      Delete
    2. Salah strategi main saham la jadi gitu

      Delete
    3. RM 5 39 jatuh RM 3 67
      Ini bukan main saham turun naik
      Ini tuuuuurun Naik nya tidak
      Nak komplen pun tak guna Jdkan MAS sbg panduan
      Jgn smp kilang sawit hilang Jgn kilang pun kena bom
      baru nak ambil langkah pemulihan

      Delete
  2. Anwar Ibrahim = Ibrahim Ali
    Pandai cakap bikin sikit
    Pengikut ramai
    Menyusahkan pertubuhan

    ReplyDelete
  3. Tapi Ibrahim Ali lebih suci sebab dia tak nepotism

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sendiri pun tak ada jawatan, setakat Presiden Pekasa yg 1Msia meluat kat Perkasa. Ibrahim sendiri pun rakyat taknak pilih inikan keturunan anak dan bini Ibrahim. Anuar nepotism??? Isteri dan anaknya masih rakyat pilih jadi wakil mereka apa salahnya memegang jawatan sbab mereka semua dipercaai rakyat.

      Delete
  4. Aku nak jual t shirt jenama terkenal. Bukan jenama Boss tapi jenama BiniBoss.

    Sesuai Omak kau jual waltu mesyuarat persatuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu laku sebab BiniBoss ni adalah pilihan rakyat. Letak dimana pun bertanding BiniBoss tetap menang...

      Delete
    2. Bernas jgk cdgn ni. Kasi letak gmbr cncin dan handbag biar clear nmpk oke

      Delete
  5. Mintak2 la felda cepat muflis biar habis tergadai tanah.masa ni baru makcik2 felda ada akai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu pr tk dpt2 nk perintah malaysia..dari KETUM smpi ke pncacai ada masalah jiwa..baik nko mnta je malaysia kena serang dgn usa..pastu salahkn najib...cerdik sikit cai...

      Delete
    2. tak mungkin US nak serang Msia Taktik perang sama sbb tentera US berlatih di sini dgn tentera kita Dah mmg Najib yg salah belum perang dah kena serang Kita kalah dlm latihan tersebut Bila pulak nak repeat kita 'serang' US

      Delete
  6. asanya Omak jangan cepat menunding jari ke atas orang. Lihat apa sebenarnya yang berlaku pada FGV dahulu. Punca kejatuhan ketara saham FGV sebenarnya adalah disebabkan kesilapan penilaian FGV dalam pembelian PONTIAN UNITED PLANTATION (PUP) yang dikuasai oleh beberapa kroni penasihat seumur hidup DAP Dr Chan Man Hin.

    Penggabungan FGV dan PUP telah memberi peluang utk kroni2 Dr Chan Man Hin utk mengadakan sesi mesyuarat tergembar yang meluluskan gratuiti RM 28.7Juta dan bajet percutian RM 432ribu dan beberapa bajet bernilai jutaan ringgit yang terpaksa ditampung oleh kedua-dua FGV.

    Suntikan sentimen ini menyebabkan pelabur hilang kepercayaan dan melihatkan kejatuhan saham pada september tahun lepas sebaik mesyuarat PUP. Selain itu masalah yang dipandang berlarutan dan beberapa sesi saman menyaman bermula bulan jun lepas dan ditambah dengan kejatuhan harga minyak sawit dan minyak sawit mentah (CPO) disebabkan lebihan bekalan diperlabuhan khususnya dari indonesia melihatkan kejatuhan saham FGV.

    Jadi janganlah cepat memburuk-burukkan niat penyenaraian FGV. Idea utk menyenarai FGV dibursa Malaysia adalah satu niat yang baik tetapi permasalahan yang sedimikian sememangnya sukar utk kita jangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kd melayu kena di bodohkan lah oleh PUP
      Apa pun pusing sana pusing sini yg rugi siapa ?

      Delete
  7. Kepada admin omak kau..anda tahu tak harga komoditi dunia spt emas..perak..palladium pun sedang mengalami kejatuhan skrg ni? Aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emas jatuh perak jatuh org beli
      ada mak kau kakak kau beli emas masa tengah naik Mesti dia tunggu masa hrg turun Saham FGV ni turun org tak beli naik pun orf tak beli sbb tak menentu Turun smp RM 1.72 nak naik ke RM 5 dua tahun pun belum tentu

      Delete
  8. Omak kau bukan aahli ekonomi tu laa nak kluar artikal jgn dok main bubuh jer kaji laa dulu pro Dan kontra pandangan org yg membaca kalu tersilap kan jadi fitnah ni dah Ada komen Dan pejelasan Dari ways 20:14 kelepuk kena btang hidung PR daan Ada yg bodoh minta felda muflis kan x baik tu

    ReplyDelete
  9. Itu lah sebabnya pembangkang tak mahu Felda di perdagangkan takut jadi macam ini. Dah tahu main saham ni bahaya adakala naik dan adakala menjunam. Yang kita tak mahu kalau terus menjunam. Beli emas tak apa kita bukan main sahan emas. Masa beli RM180/- segrem skrg turun RM140/- se grms. Mahal kita jual dan harga turun pun kita tak jual melainkan sesak sangat baru jual atau masuk pajak gadai. Main saham lain bang beli dah mahal kalau nak untung kena tunggu harga lagi mahal kalau jual masa harga jatuh itu bodoh namanya baik jangan main saham.Saham FGVH merudum yg jadi mangsa peneroka Felda. Jangan bang biasa Idris Hydrolic saham dia cecah RM4.50sen last down sampai RM0.30sen. Skrg Saham itu pun dah tak ujud yg jadi mangsa siapa yg beli saham tak dapat pulangan ada yg muflis. Peneroka akan jadi macam ini kalau kerajaan tak boleh kawal saham FGVH last minit Felda tergadai ketangan syt asing mangsanya peneroka felda jadi kuli syt asing di negara sendiri sampai mampos. Siapa yg pegang saham terbesar FGVH kalau tidak syt Yahudi Israel. Yahudi ini jahat dalam perniagaan depa no.1 macam2 cara mereka buat nak bagi pelingkup orang punya bisnes supaya mereka dapat menguasai bisnes itu. Fikir fikir lah sendiri.

    ReplyDelete
  10. FELDA 80% drpd pemiliknya adalah dari ahli umno. Jadi peduli apa kalau terlungkup aku rakyat biasa untung rugi tak rasa apa2.

    ReplyDelete
  11. Analisis Maybank menyebut pendpatan fgv meningkat tetapi untung merosot. Cost cpo melebihi harga cpo. Adakah ceo fgv faham selok belok industri sawit?? Satu satu punca utama cost cpo tinggi ialah top heavy management dlm fgv. Org baru dibawa masuk dlm fgv termasuk dari Pemandu Jpm dgn bayaran gaji terlalu tinggi. Jugak perbelanjaan ladang, replanting program, kos baja, program inovasi estate yg tak masuk akal sehingga melebihi harga cpo.
    Business fgv dianggap high profile casualties kerana kerugian Twin Rivers di North America & kekurangan planters berpengalaman. Business canola oil di Canada rugi saban tahun. Kawasan estate fgv lebih 65% adalah marginal. Kos cpo sudah tidak masuk akal. Baca lah laporan fgv.
    Usah terkejut felda boleh lingkup kerana tanah komersial milik felda seluas 865 ribu ekar yg diserah kpd fgv telah sbbkn felda kehilangan punca pendpatan rm2 billion setahun. Kewangan felda kian meruncing apabila terpaksa meminjam kwsp rm6.5 biliion & menjadualkan semula hutang. Bajet tahunan felda sudah jadi defesit yg teruk mulai 2014 & kian tenat di tahun akan dtg.
    PM Najib sepatutnya melihat dgn serius isu felda. Isu CEO felda yg boros dan mewah diambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  12. bagi mak cik pak cik felda tiap tahun dpt bonus dan dividen bermakna fgv untung
    dia org bukan tahu duit tu pinjaman dr kwsp MAS pun teruk ni kan pulak Kelapa Sawit

    ReplyDelete
  13. Dgn BR1M kami di felda2 amatla berasa hepi dgn PM-kami dapat la renovate umah kami-dgn BR1M juga dapat kami agihkan belanja dapur kami untuk setahun-kami berasa sgtla lagi hepi jika dapat diberi pada bulan januari-Dgn duit BR1M juga kami boleh membina kolam renang di dpn rumah kami di felda ni-byk aktiviti utk setahun dapat digunakan dgn duit BR1M ni-terima kasih muyidin yasin

    ReplyDelete
  14. Dulu bila pakatan keluarkn fakta ttg x radionalnya saham ni .macai2 semua lbih bijak.apa hujah skrg.

    ReplyDelete
  15. Khalid lebih sesuai jaga Felda dr jaga MAS

    ReplyDelete
  16. Macai nfc mana ada otak nak fikir saham ni ada naik turun tak mcm emas jatuh pun tak teruk masih ada harga.marilah kita berdoa felda cepat muflis.heee

    ReplyDelete
  17. CEO felda (KP) bersenang lenang di luar negara. Terbang ulang alek ke Perth, London Scotland & minggu ni lagi ke luar negara. Cantik la.... Rombongan Puspanita masih di Eropah. Duit pinjaman KWSP dan Maybank belum abis lagi. Labur la banyak2 di luar negara...

    ReplyDelete
  18. Orang bodoh memanglah jadi makanan orang cerdik!!

    ReplyDelete
  19. Isa samad bahgia & seronok jadi pengerusi fgv, felda, yayasan & berpuluh2 sykt di bawah fgv. Bebas & tak siapa bole ganggu...

    ReplyDelete
  20. Otak macai Pakatan Haram semua dah kena sekat. Hari-hari fikir MACAM MANA HENDAK UJUDKAN FITNAH PADA KERAJAAN DAN AGENSINYA. Omak Kau adalah sebahagian dari pecacai Pakatan Haram.

    ReplyDelete
  21. Orang bangang tetap menjadi mangsa orang otak penipu!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...