Saturday, 6 September 2014

PRK N01 PENGKALAN KUBUR ... MARKAS BESAR PAS SUDAH PUN DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN PAS TUAN HJ MOHAMAD SABU.



Malam tadi Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah merasmikan Markas Besar PAS PRK N01 Pengkalan Kubur bagi membantu gerak kerja menawan DUN Pengkalan Kubur dari UMNO/BN.

Lagi sekali Timbalan Presiden PAS memberitahu bahawa PAS tidak kisah siapa yang bertanding dan dari parti mana asalkan Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubur janji PR akan bersatu hati dan jiwa, bertungkus lumus bersungguh-sungguh dengan penuh jiwa raga menumpaskan UMNO/BN agar DUN Pengakalan Kubur diwakili sebuah gagasan Harapan Rakyat.

Setakat berita ini ditulis, Omak Kau tidak lagi mendapat khabar berita yang PKR sudah memulakan gerak kerjanya atau membuka bilik gerakan umum sebagai parti pilihan utama untuk mewakili Pakatan Rakyat berdasarkan kepada semangat setiakawan PR yang meletakkan calon dari parti yang pernah bertanding pada PRU 13 lalu.

PRK Pengkalan Kubur amat mustahak dalam melonjakkan moral dan sokongan rakyat terhadap PKR terutamanya selepas suatu pemilihan parti yang cukup sengit dan memberi masalah sehingga kena akui juga mencalar parah integriti dan kesepakatan sesama anggota parti.

AMK kena bertindak dan bersikap mengurangkan gantung harap kepada Unit Amal PAS .. buktikan kepada dunia yang AMK mampu menjalankan tugas dan amanah berat ini dengan sedikit sahaja bantuan dari Unit Amal PAS.

Tunjukkan kepada rakyat betapa tanpa bantuan cergas dan ikhlas dari Unit Amal PAS tenaga kerja parti KeADILan seakan lumpuh dan tidak bermaya, lemau dan longlai lesu adalah perkara silam dan lalu.


Kata-kata kencang semasa Kongres KeADILan 2014 yang baru berlalu itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja sehingga boleh mengoncang dan seterusnya menumbangkan UMNO/BN.

Rakyat sedang memerhati dan meneliti.

31 comments:

  1. BN menang Pengkalan Kubur Senang macam orang Kedah le ni dah senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lu ni bhaiii??
      pagi2 lagi lu sudah buat kelakar.......

      Delete
    2. kah kah kah kah.....
      kelakar betul laa

      Delete
    3. Orang2 Kedah skg ni senang didunia yg sementara tetapi sengsara diakhirat yg kekal abadi. Fikir2kan lah!

      Delete
    4. Sapa kata kedah senang woi..makin teruk lg ada..mcai umno klau bab menipu memang terer..apa citaaa..

      Delete
  2. Bibit2 kejatuhan pr berpunca dari nafsu syahwat seorg pemimpin yg mengamalkan kronisma. Kini pas mungkin akan keluar parti... ahli2 pkr, apakah pendirian anda?



    Keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kesah la
      yang penting ABU

      Delete
    2. awak tu cakap baik2 sikit

      Delete
    3. Apa pasal ek org umno klau sembang malu nk ngaku sokong umno..dh busuk rupanya umno ni rupanya..

      Delete
  3. Ok je.. gaduh je..

    Ya aiyyatuhanafsulmuthmaeinnah... Umno juga yang tenang.. he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaduh biasalah.... gaduh2 mulut sbb beza pendapat.
      ko dengan bini pun selalu gaduh...
      Yang penting ABU

      Delete
  4. tidak prerlu komen yang tidak membina dalam media sosial ni Pas dan PR tetap utuh
    pemimpin matang akan atasi secara matang.Salah menyalah dalam parti tidak perlu dan fokus kepada matlamat utama kalahkan BN.PKr tidak kuat tanpa Pas dan Pas tak kuat tanpa PKR dan PKR dan Pas tidak kuat tanpa Dap.Fikirlah wahai pimpinan PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai umno punca melayu mlaysia jahanm pada ms akan dtg.dh la kebajikn org melayu xdijaga,agama islam lg xterpelihara.umno perosak agama dan bngsa.macai umno,ko tnggung la dosa ko tu smpai hr akhirat.

      Delete
    2. biasanya lepas ribut melanda, keadaan akan jadi tenang dan damai.
      tak ada masalah asalkan ABU

      Delete
  5. SAYA BERASAL DARI MAAHAD, BILA RESULT SPM KELUAR SGT SERONOK SBB DAPAT 1A, KWN PULA HANYA CUKUP MAKAN.

    SAYA DAPAT MASUK POLI COURSE ENGINE KWN X KEMANA JADI PERGI TIMUR TGH YG SEORG MASUK KUI N.

    5 TAHUN LPS ITU SAYA JADI JTK DI SEKOLAH GAJI SPM. MANAKALA KWN JDI USTAZ GAJI 4000.

    BILA ANAK MINTA DUIT NAK BELI BUKU SAYA CKP, XPAYAH LAH BELAJAR SGT BIAR RESULT LBH KURANG SAJA NNT AYAH HNTR KE TIMUR TENGAH ATAU KUIN. BALIK JADI USTAZAH GAJI 5X GANDA AYAH.

    DUNIA X ADIL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAT SEKOLAH ADA JAWATAN JTK KER?
      KO NI BIAR BETOL.....
      SEKOLAH AREA MANER TURRR??

      PELIK BETOL...

      Delete
    2. Betul la tu..
      Hang gi poli buat sijil poli
      kawan hang gi timur tengah/ kuin buat degree
      memang la gaji kawan hang 5 kali ganda!!

      Delete
    3. Fuyoooo!!!! SPM dapat 1A pon seronok kerr??
      Kawan ko dapat result SPM lebih teruk dari ko (tak ade A?) bole masuk KUIN?? Pehhh...masuk ikut pintu belakang kot??
      Kawan ko sorang lagi result SPM lebih teruk dari ko (tak ada A?) boleh belajar timur tengah?? Universiti kat negara mana turrr??

      ko ni temberang aje lebih
      temberang lepasan budak mahaad!!
      nak kelentong pun tengok kiri kanan la bhai!!
      baru tak nampak bodo!

      Delete
    4. Nasihat kepada 10.04:
      1. Apabila kita bodoh, gaji kita kecil la. Sebab itu jangan jadi bodoh.
      2. Apabila kita bodoh, jangan ajar anak kita jadi bodoh macam kita. Suruh anak kita belajar rajin2 supaya tak bodoh macam kita.
      3. Apabila kita tahu gaji kita kecil, usahalah buat kerja tambahan. Kerja apa? Kenalah fikir dan jangan jadi dua kali bodoh.Kalu asyik komplen gaji org lain lebih tinggi tapi tak usaha lebih, camne gaji sedara nak jadi 4000? Duit bukan golek2 datang. (Tapi jangan la tambah duit dengan cara haram pulakk)
      4. Kena ingat la ye.... Rezeki tu datangnya dari Allah. Nak rezeki banyak? Cuba la rajin sikit buka kitab belajar cara buat solat Dhuha. Jangan asyik mengeluh......

      Delete
    5. 1132 ko tu yg bodoh katak bawah tempurung benda dah lama berlaku.

      Delete
    6. Species mentaliti Melayu UMNO yang hidup dalam tempurung.......parasite dan virus tahap moron...impian hanya guru, kerani gomen, dispatch boy, pemamndu teksi, bawa lori dan tukang tarik kereta...Kalau berniaga, hanya bergantung dengan gomen atau ambil komisyen.....Melayu tiada semangat untuk bersaing....sebab itu sampai kiamat species ini tidak akan menjadi ketuanan Melayu...selama2nya species ini menjadi KULI China dan India dan mengharap belas ehsan gomen untuk hidup

      Delete
    7. Patutlah akhlak remaja jatuh merudum.. bagaimana acuan begitulah kuihnya. Tapi aku takkan percaya bulat bulat, diharap PIBG seluruh Malaysia usulkan guru-guru dan ustaz2 pamer result upsr-spm di papan kenyataan sekolah supaya kebenaran terbukti.

      Delete
  6. Kici kici
    Lumbu jaga
    MB bini
    Mesti ada

    Ratib gang pro nepotism anti reformasi DLM parti

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jeles kot
      mem tak dapat naik jet macam yang di sinun
      tu yg nak bg mb

      Delete
  7. Bila bodoh tak semestinya gaji kecik.tengok macam mat mongol walaupun bodoh tahap jamban cangkung tapi gaji besar juga.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3... benda ni dah lama berlaku.. kelaykan masuk ku.. dan pg timur tengah.. dpt 3 pun boleh. Jtk tu juruteknik komputer. Bodoh katak bawah tempurung anon2 di atas.

      Delete
  8. Najib tanya anuar tak tanding kat pengkalan kubur ke sbab nampak rilek aje. Nuar kata tanding sbab lembu2 aku dah buat kerja dah apa susah matsabun kan ada.

    ReplyDelete
  9. Berita Penting dari Sumber Pertubuhan


    Dalam sumber2 yg dipercayai, Golongan Pro Nepotism (Anti Reformasi) serta puak2 Ninja Turtle dalam Pertubuhan hendak menukar Kelantan Administration. Projek rahsia bernama Setapak Move akan menjadikan Kelantan negeri Liberal dalam jangka masa 5 tahun. Rakan baik pemimpin tertentu sudah diberi tauliah untuk bertindak.

    Ejen2 anarchist dari Pro Nepotism akan menyelinap dalam PAS sewaktu PRK Pengkalan Kubur.

    Nasihat kepada rakan2 dalam PAS, kami berjuang untuk membuang golongan anti reformasi dalam Pertubuhan kami. Pada yang sama PAS mestilah berhati2 kerana gang2 durjana ini cuba merosakkan pertubuhan kami dan juga PAS.

    ReplyDelete
  10. Golongan Nepotism tidak malu mencalon isteri pemimpin jadi bakal mb Selangor.

    Ingat Bini First Rakyat Last.

    Saya tidak terkejut kalau Pro Nepotism mecalun waris/kroni/ejen Boss mereka bertanding di Pengkalan Kubur atas nama Setapak Move (Ada orang kata Che Wan Kembang Move).

    Didepan mereka berupa rupa rakan PAS, dibelakang PAS akan dituba.

    Jaga baik2 rakan ku dalam PAS. Pertubuhan yg ku cintai rosak kerana mereka ini. Jgn PAS rosak dgn janji2 manis

    Dalam senyap Kapten kapal yang menghancurkan semangat reformasi 1998

    ReplyDelete
  11. Golongan munafik tak tahu malu bawak bini melancong guna duit pembayar cukai.hidup tak ada guna kena maki sampai kiamat.heee

    ReplyDelete
  12. Kenapa omak kau melagakan amk dgn unit amal pas ? Kenapa omak kau kata pengkalan kubur kersi pkr ? Sedangkan asalnya kerusi milik pas yg dipinjamkan kpd pkr. Tidak semestinya ditandingi oleh pkr. Sedangkan shli pkr cuma ada empat puloh orang sahaja. Sedangkan yg bekerja keras adalah kami dari unit amal pas.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...