Wednesday 3 September 2014

TIGA PEMAIN MUSLIM BAYERN MUNICH ENGGAN PEGANG BIR PRODUK PENAJA PASUKAN SEMASA SESI PEMOTRETAN.



Dua pemain tengah Bayern Munich, Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri, meneruskan "tradisi" tidak memegang bir pada sesi pemotretan produk sponsor Paulaner Brewery. Kali ini, Ribery dan Shaqiri mendapat teman baru, yakni bek Mehdi Benatia.

Sudah menjadi tradisi bagi skuad Bayern untuk menjalani sesi pemotretan bersama produk Paulaner Brewery di awal musim. Dalam sesi pemotretan musim ini, 31 Ogos 2014, pasukan besutan Josep Guardiola itu memakai baju tradisional bavaria, Lederhosen, berwarna merah-putih.

Sama seperti musim-musim sebelum ini, Ribery dan Shaqiri, yang merupakan Muslim, menolak memegang bir produk Paulaner Brewery. Namun, untuk musim ini, jumlah pemain Bayern yang menolak memegang bir dalam pemotretan bertambah satu.

Seperti yang dilaporkan oleh Alarabiya.net, bek anyar Bayern, Benatia, juga menolak memegang bir. Meski tidak memegang bir, bek asal Maghribi itu tetap menikmati jalannya pemotretan. Benatia kelihatan profesional menjalani pemotretan meski tidak memegang bir.

Dalam foto yang diperlihatkan Reuters, Benatia berdiri diapit Jerome Boetang dan Dante. Sementara Ribery, duduk di sebelah penjaga gol Pepe Reina. Sedangkan Shaqiri berada tepat di belakang pahlawan Jerman di Piala Dunia 2014, Mario Goetze.

Paulaner Brewery merupakan salah satu pengeluar bir terbesar di Jerman. Paulaner juga menjadi salah satu dari enam sponsor Oktoberfest, festival bir Jerman yang sudah digelar sejak 1810.

Ribery sendiri sempat dibuat kesal dengan bir Paulaner. Pada perayaan gelaran Bundesliga musim 2012/2013, pemain tengah timnas Perancis itu marah selepas Boateng menyiramnya dengan bir. Namun, pihak Paulaner memastikan, bir yang disimbah Boateng tidak mengandungi alkohol. Demikian dikutip dari liputan vivabola.

18 comments:

  1. saya jangankan pegang, tengok pn x sanggup. Ya Allah berilah aku kekuatan...

    ReplyDelete
  2. Yang ni gang2 ninja turtle PKR marah sangat dekat PAS ni. Takkan nak ajak PAS yamseng. Yelahhhh silap haribulan kena tarbiah, silap2 kena tangan.

    Jauhkan diri dari gang2 liberal ni. Semua boleh. Mabuk boleh, Nepotisme boleh. Yang tak boleh apa yang ugama suruh

    ReplyDelete
  3. Entah bila Selangor nak tutup kilang Carlsberg. .. dlu kata bn.. skang dah 2 penggal pegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ingat senang ke nak basuh kencing berak yg BN tinggalkan????

      Delete
    2. Ingat lesen besar kilang tu diluluskan kerajaan negeri ke??

      Delete
    3. Jawapan lapuk yg tiada kesudannya. balik-balik salahkn kerajaan dulu yg buat polisi. Abih tu apa yg kita buat untuk ngubahnyer, takkkan asyik2 nak salahkan kerajaan bn yg but, kita buat apa? kalau kitapun tak buat apa, maka kita pun samala cam depa. peh ni kita tak payahlah nak janji macam-macam pasal lastnya jawapan yg akan kita kata ialah, ni polisi kerajaab bn dulu...

      Delete
  4. PAS tidak akan diterima dalam PR selagi pengikutnya tak balun stout, lager dan beer

    ReplyDelete
  5. Lupa plakkkk vodka, screwdriver, tequila pop, bourbon on ice, margarita dll. Ini adalah halangan untuk PAS bersama PR. Dalam PR takkan nak tanya, Jom YB kita pi dangdut layan tarian gerudi sambil pekena cognac. Silap2 kena lempang.

    Waduh waduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mantap description anda..macam pernah tonggang je...hihihihihi

      Delete
  6. Hic Hic maneeeeeeeeeeeee ade Nepotisme, buweeekkkk (muntah) Hic Hic kami mau kebebasan tanpa batas Prengggg. I sayyyyy gelas beer jatuh. Hic Hic Bini Boss ka, kawan boss ka peduli apa aku. Hic Hic. Janji aku YB 10 penggal

    Real la brader. Orang PAS mana tau enjoy.Itu sebab PAS kena keluar PR. Ada pahemmm hic hic hic buweeeeeeeeekkkkk (Muntah kali ke 2)

    ReplyDelete
  7. Kepala hotak kau macai2 pkr...x abis2 nk salahkn pas..bila x ikot telunjuk korg nk salahkn pas...pegi mampos dgn pkr dan dap..menyesal aku undi korg..puii

    ReplyDelete
  8. Bukan nao salahkan pas..tapi pas yg bodoh sombong....nak bsatu dgn ameno plak..pas pengkhianat

    ReplyDelete
  9. Melayu...melayu...komen melawak tak ada isi...melayu...melayu...

    ReplyDelete
  10. Yeaayy. .!! Thun dpn dpt BR1M lg

    ReplyDelete
  11. Pemegang mohor botol besar negara selamba je pegang botol besar-takde apa2 pun diambil tindakan-dapat BR1M leh beli beer lagi-

    ReplyDelete
  12. TOLAK PKR ISLAM SELAMAT

    ReplyDelete
  13. Mak ooi itu pun nak heboh. Kat Malaysia ada menteri Islam minum wiski hari hari lagi hebat. Ada juga yag minum sampai pencen tersangat hebat. Itu belum lagi menteri yag luluskan lesen judi dan kilang arak! Lagi hebat!! Melayu tu bukan Cina Islam atau India Islam. Kah kah kah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yg baik la perlu dihebohkan, supaya menjadi iktibar bahawa di tengah-tengah kemungkaran ada jugak yang menegakkan kebaikan. bukan cam awak tu nak aibkan orang jer....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...