Saturday, 1 February 2014
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!! ... BN MAU GUNAKAN MAKLUM BALAS AKAR UMBI SEBAGAI ALASAN DAN HELAH UNTUK TIDAK BERTANDING PRK DUN N25 KAJANG.
Omak Kau cukup kuat meramalkan bahawa BN tidak akan masuk bertanding dalam PRK DUN N25 Kajang ... jika di ikutkan kepada kata-kata Najib Razak jika kerusi ini di peruntukkan kepada UMNO, awal-awal dah istiharkan UMNO/BN tidak akan masuk gelanggang untuk bertempur dengan DSAI calon PKR/PR.
Masalahnya ini kerusi MCA .. MCA nampak macam beriya-iya nak bertanding walaupun peluang menang amat amat terlalu tipis .. bukannya Omak Kau over confident tetapi ini adalah kenyataan.
Jadi untuk mengwujudkan suatu alasan demi tutup malu terpaksalah buat cerita nak kasi keliru para pengikut, pendokong, penyokong dan penganut UMNO.
Omak Kau dah tahu apa hasil maklum balas dari akar umbi .. TIDAK PERLU LAYAN PERMAINAN POLITIK PKR DAN JANGAN MASUK BERTANDING..
Tapi UMNO/BN silap ... rakyat sekarang sudah berfikiran terbuka, matang dan cerdik politik.. alasan kalut tak masuk akal mereka akan tolak mentah-mentah.
Yang jelas kini UMNO/BN sudah menggelabah panik tidak boleh tidur malam sebab calonnya ialah DSAI.
JOM UNDI DSAI DEMI MENUJU KE PUTRAJAYA.
Barisan Nasional (BN) sudah memulakan gerak kerja bagi mendapatkan maklum balas peringkat akar umbi mengenai keperluan bertanding, andainya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan, dan siapa yang sebaiknya diletakkan sebagai calon.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata jentera Umno dan parti-parti komponen BN mula turun pandang untuk mendapat pandangan ramai mengenai perkara itu, sehari selepas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang Isnin lepas.
Beliau berkata yang penting orang ramai perlu faham bahawa PRK Kajang adalah disengajakan, semata-mata untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, dan seluruh rakyat Kajang dilibatkan sama oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan itu.
Katanya ini bukan kali pertama Anwar berbuat demikian, kerana sebelum ini isteri ketua pembangkang itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah dengan sengaja meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan buat Anwar bertanding di kerusi itu.
Ahmad Maslan optimis sokongan padu pengundi Kajang kepada BN nanti."Ini pilihan raya (kecil) yang disengajakan, menyusahkan rakyat tempatan, ia pencabulan demokrasi sebenar, kalau sekali mungkin boleh dimaafkan tapi ini dah berulang, kita serah kepada kepimpinan (BN sama ada) untuk bertanding atau tidak. Apa jua keputusan, kita pikul bersama dan bersedia lebih awal, itu sebab kita mula gerak kerja lebih awal," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat sekitar Kampung Sungai Kantan di Putrajaya hari ini.
Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Anwar akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan oleh Lee, yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata semua pandangan peringkat akar umbi akan disampaikan kepada pucuk pimpinan BN, dan keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti.
Beliau berkata ini kerana adanya kesepakatan sebenar dalam BN, dan walau calon mana sekalipun yang bertanding, benderanya tetap berlambangkan "dacing", berbeza sama sekali dengan pakatan parti-parti pembangkang yang jelas "longgar".
Menjawab satu soalan, katanya beliau optimis sokongan padu pengundi Kajang kepada BN nanti, berdasarkan fakta bagaimana mungkin Anwar yang merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh, pada masa yang sama dapat menyumbang khidmatnya di Kajang pula.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
2014 adalah tahun meliwat kajang...opps tahun melawat...maaf...anda dinasihatkan jgn meliwat jepang..,opps melawat jepang...maaf...
ReplyDeleteTahun mencari sirul..opp antatuya...opp mongolia..maaf anda mungkin di bom..maaf xkan siapa tahu pembunuh anda..
DeleteTahun cair bagi najib laki bini. Ho ho ho...terkencitlah najib kali ni. Mak semak bertambah bantotlah. Ho hi hk
Delete2014 adalah tahun modal kangkung...opps tahun kangkung...maaf...anda dinasihatkan jgn melawat monggolia..,opps melawat monggolia...maaf...
DeleteAhmad Maslan @KANGKONG pontian turun padang tanya harga Kangkong turun ke , harga Kailan turun ke...
ReplyDeleteMasok jadi calon lawan DSAI tunjuk Jantan , jangan berkokok bagai anjing kurap ter cekik satay....
Untuk elakan kos BN tak yah tanding lah beri kemenangan percuma kepada DSAI. Masalahnya macai BN masa ini lah mereka nak buat duit tak kan nak tunggu 5th lagi. Ini lah masanya nak belasah kaw kaw duit kerajaan tapi puak macai ini tak faham yg duit kerajaan itu adalah duit rakyat. Kalau BN letak calun untuk lawan PR kali ini kaya lah kerua macai lepas PRK boleh ubahsuai rumah dan tukar kereta baru. Macai haprak dapat minum tea dgn roti canai je lah itu pun belagak dan cakap besar. Macai oh macai rentikan hidup menjadi macai dari dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteapa masalah nya lau BN tak bertanding? anwar menang dan kerajaan leh jimat duit rakyat..... lau BN tak lawan , omakkau kan dah ada ayat nak tabur fitnahkan?/...... bawak2 la bertaubat sementara masih sihat...... ujian dah beberapa kali dh terima, tak sodar lagi ke?.......
ReplyDeleteNtah Zahid apa masalahnya pun tak tahu..fitnah btl si zahid tu.siap guna tag line anwar lagi.
DeleteTahun 2014 Tahun anak tiri Mat Monggol shopping Kondo kat New York, Istana kat Hollywood dan buat filem lucah. Kah kah kah Macai dapat apa? Dosa fitnah hingga ke anak bini. Makan KANGKUNG pun tak pa janji jadi MACAI sejati. Kah kah kah
ReplyDeleteBarisan Nasional sememangnya tidak perlu letak calon mereka diKajang kerana pilihanraya kecil itu akan membongkar segala tipu muslihat mereka dalam agenda merampas kerajaan negeri secara kotor seperti yang pernah mereka lakukan di Perak.
ReplyDeleteDan jangan berlakon tidak bertanding tapi menaja calon bebas untuk lawan Datuk Seri Anwar, tindakan itu juga akan mengakibat strategi Mahathir menjatuhkan Najib jawatan perdana menteri akan dibongkar.
Ahli UMON Baru di Kajang jangan terlalu teruja untuk menyertai pilihanraya kecil itu kerana kos sara hidup yang bakal dikenakan kerajaan BN akan kekal dilaksanakan.
Jangan jadi Melayu 50sen..dapat sedikit upah mereka lupa bahawa parti UMNO Baru itu bukan untuk bangsa Melayu beragama islam saja tapi sudah jadi parti Bumiputra tanpa kira kaum dan agama.
Jika prmimpin masih lagi melaungkan slogan "HIDUP MELAYU" maknanya anda sedang ditipu nya.
Jadilah melayu yang cemerlang berakal dari jadi melayu perkasa tapi bangang....
Anak melayu Kajang.
Omak kau bukan nak fitnah dia menulis dibloge mahukan rakyat menjana minda jangan jadi katak dalam gelas nampak tapi tak dapat buat apa2. Kalau katak bawah tempurong dah lah tak nampak tak tahu pula ikut apa katak luar tempurong kata. Kalau katak luar tempurong kata kangkong turun harga dia akan mengiakan sehaja tak perlu fikir. Baru ini omak kau kena kencing tikus tapi puak macai selama lama kencang dgn UMNO pun pun tak mahu insaf. Tak yah lah kutok Omak Kau lebih baik kutok diri sendiri kenapa aku ini bodoh dan bangang sangat selalu terripu dgn UMNO/BN.
ReplyDelete14:28 anak gampang bodoh terlampau...isu x de kene ngene dgn omak kau la bangang
DeleteOh silap..anon 13:59 YG GAMPANG BOBOH
ReplyDeletemacai macai umno ni mcam puak puak jahiliah zaman dulu.fakta dgn fitnah pun tak tau beza,zaman la mcm mcm maklumat,Tuhan bagi akal fikirlah,slogan hidup melayu tak akan kemana,lagi satu puak puteri umno nampak mcm ada otak,rupanya kosong,auta dgn fakta pun tak tau beza.bangsa lain memperteguhkan ekonomi,bansa melayu umno teguhkan slogan hidup melayu,aduhai kaum jahil....
ReplyDeleteapa kecoh2ni.. nak buat perhimpunan BERSIH di Kajang ke.. ayuh kita gegarkan Kajang.. boikot SPR..
ReplyDeleterakyat kajang patut berbangga kerana Anwar sanggup turun pangkat..
ReplyDelete-bukan azmin yang kata-
kahkahkah..
Rileks broo..jgn bikin pnas..lau bn xbtnding mksud yer sdah bonus utk anwar khusus yer serta pakatan umum yer..kn dh selamat duit rkyt dr diboroskn oleh krajaan(bee endd)..btooll???!!
ReplyDeletelagipun PR pun kan tengah boikot SPR.. tak ingat lagi ka black 505 haritu.. bagi saja ISMA menang..
Deletekalaupun BN tak bertanding.. akan tetap ada PRK Kajang.. sebabnya PR bertanding dengan calon Bebas.. apakata biar calon Bebas aja yang bertanding? amacam..
Deleterakyat Selangor seronok la dapat cuti free sehari.. kurang lagi produktiviti.. tak membazir ka namanya tu?
ReplyDeleteprk kajang secara tidak langsung telah menyelamatkan sayur kangkung dari tangan ghaib mamak kutty dan geng.
ReplyDeletekita boikot PRK Kajang sehingga SPR gunakan kangkung kekal.. kita akan pantau bangla 40 ribu yang sedang dalam perjalanan dari Dhaka.. SPR tipu.. SPR tipu.. ayuh ke dataran merdeka..
DeleteDalam kes Kajang, ramai orang UMNO Baru amat takut dengar cerita Anwar akan menjadi menteri besar Selangor jika menang dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.
ReplyDeleteTermasuklah juga bekas setiausaha Khalid, Faekah Husin menggesa Anwar Ibrahim meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ekoran mahu bertanding di kerusi Dun Kajang.
Sebenarnya Faekah Husin ini yang menjadi dalang disebalik cerita yang penuh konstrovesi menuduh Azmin Ali kononnya mahu merampas jawatan menteri besar dari Khalid Ibrahim sehingga ahli PAS Selangor percaya propaganda tersebut dan sehingga keluarkan kenyataan bodoh sombong tanpa berfikr.
Orang ini juga yang menjadi punca perbalahan antara Anwar dengan Khalid berkaitan pekara berbangkit dalam negeri Selangor seperti air selangor, gaji MB dan exco, sampah dan beberapa isu lain menyebabkan perbalahan yang mahu membina kebaikan itu diputarbelitkan menjadi isu memporak-perandakan pentadbir kerajaan negeri.
Oleh kerana itu rakyat Selangor tidak akan terkejut bila bekas hakim mahkamah rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam cubaannya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjawat jawatan MB Selangor dengan mengingatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu yang diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Dalam keadaan ini kita tertanya......Apakah Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak ada otak untuk berfikir sehingga akan mengikutkan saja apa yang dikatakan UMNO Baru sedangkan Tun Mahathir pernah memperbodohkan raja-raja melayu ketika beliau jadi perdana menteri 22 tahun dulu....?
apapun UMNo lakukan ayuh kita boikot PRK Kajang.. ini perangkap UMNo.. adun kajang telah dibeli.. ayuh boikot PRK Kajang..
Deletekalau isma nk lwn Nuar kena psg poster ribu takat 2 / 3 helai je malu kaum je tgk pRU 13 hahahaha poster mcm iklan kedai baru buka je
ReplyDeleteNuar mana bertanding.. kan tengah boikot SPR...
Deletemamat yg ckp liwat dan jepang tu sekolah takat mana tu. kalau nk jdi tukang komen biar ade gaya ckp baru org tau pakai Mercs ke ni tentu pakai pakai kancil kot. tapi tebo la.
ReplyDeletealahai khak tuii.. gaya hang komen pun dah tau tahap pemikiran hang..
ReplyDeleteOrang Cina gelak tengok gelagat Melayu haprak!!! Penyakit keturunan lagi teruk dari kecing manis dan darah tnggi....ia itu suka menjadi hamba, membodek dan kerja kuli batak. Biar ketua duduk dalam istana berpuluh bilik asal kita dapat duduk di bawah kolong. Biar ketua makan udang galah dan minum brandi import dari Perancis asal kita dapat makan kangkung dan minum air paip, biar ketua bercuti ke Miami atau New York atau Geneva asal kita dapat pergi ke kg baru atau kampung atap. Itulah Melayu haprak. Siapa je memerintah mereka tetap jadi hamba dari keturunan dahulu, kini dan keturunan akan datang.Bila nak sedar tak tau. Nak baca Qur'an tak tahu sebab tak kenal huruf. Kalau tahu baca Qur'an pulak tak tahu makna. Tak nak belajar sebab ingat dah pandai.
ReplyDelete