Monday 24 February 2014

PERJUANGAN PAS BUKAN UNTUK TAKSUB INDIVIDU ... USTAZ IDRIS AHMAD.



Apabila Rasulullah wafat, Saidina Umar Alkhattab bangkit menyatakan dengan marah siapa yang kata baginda wafat maka akan dikenakan hukuman. Maka Saidina Abu Bakar Assidiq bangun dengan ungkapannya yang masyhur "Siapa yang menyembah Nabi Muhammad SAW sesungguhnya Nabi Muhammad sudah wafat, siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati". Ini dalil hendak menunjukkan bahawa ajaran Islam mengajar penganutnya hanya menyembah Allah tuhan yang esa bukannya menyembah makhluk. Ajaran baginda SAW hanya menyeru manusia menyembah Allah, bukan menyembah baginda. Baginda sebagai manusia biasa, cuma baginda mempunyai sifat maksum dan dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT.

Maka asas inilah juga Pas sebagai sebuah Jamaah Islam yang bergerak dijaluran dakwah dan politik, menyeru manusia supaya kenal Allah dan mengabdikan sepenuhnya kepada Allah bukan kepada manusia. Pas bertugas menyeru manusia supaya menghayati Islam sepenuhnya. Pas tidak ajak manusia supaya taksub kepada mana-mana individu di dalam parti. Ketaatan kepada pemimpin selagi mereka taat kepada Allah dan Rasul. Mereka akan keseorangan dan menjadi kera sumbang apabila mereka meninggal dan mengkianat parti. Ahli Pas hanya wala' kepada mereka apabila pemimpin wala' dengan Allah dan Rasul.

Firman Allah SWT bermaksud
"sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku' ( tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya ( maka percayalah dia), kerana sesungguhnya golongan ( yang berpegang kepada agama) Allah, utulah yang tetap menang". ( Al-Maidah 55-56).

Sebab itu Pas pernah kehilangan Yang Dipertua Pas pertama Ustaz Haji Ahmad Fuad, apabila beliau mengikut Dato' Onn Jaafar. Pas tetap bergerak dipaksi perjuangannya. Bekas Setiausaha Agung Pas Ustaz Osman Abdullah keluar parti untuk menyertai Umno, beliau pernah manjadi ahli Parlimen Tanah Merah pada tahun 1959. Seorang yang hebat dan petah berpidato. Pernah mendapat didikan Parti Masyumi Indonesia yang dipimpin oleh Pak Mohd Nasir. Ustaz Osman juga pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat. Apabila beliau keluar parti tidak dapat mempengaruhi orang lain. Pas tetap utuh dan bergerak terus memacu perjuangannya tanpa memaling kekiri atau kanan. Pas pernah kehilangan Panglima Jihad Ustaz Hassan Adli, apabila beliau tidak bersama dengan keputusan pimpinan Pas yang membuat keputusan meletak jawatan dalam kabinet dan semua agensi kerajaan setelah Pas menentang Akta darurat di Kelantan pada tahun 1977.

Pas juga pernah kehilangan Dato Asri Hj Muda bekas Yang Dipertua Pas Pusat. Seorang pidato yang mempunyai suara serak basah, dengan penggunaan bahasa sasterawan yang tinggi. Seorang yang diasuh sebagai pejuang kemerdekaan bersama dengan hizbul Muslimin, akhirnya mengakhiri hidupnya dengan Umno. Sebuah parti yang ditentang sejak beliau remaja. Kehebatan beliau ketika memimpin Pas, sehingga orang menganggap bahwa Pas akan mati tanpa Asri. Sehingga musuh-musuh Pas menamakan Pas ialah "Parti Asri Sekeluarga".Namun apabila ketiadaan beliau Pas bangkit dengan gagah dengan wujudnya kepimpinan Ulama yang dikawal oleh Majlis Syura Ulama. Selepas ketiadaan beliau, Pas bergerak maju selari dengan Gerakan Islam Seluruh dunia. Dahulunya Pas sebagai parti yang dianggotai majoritinya pak lebai kampung sekarang tanzim Pas wujud diseluruh dunia. Penyertaan dari kalangan cerdik pandai berbondong-bondong ke dalam Pas. Sebelum adanya kepimpinan Ulamak, perjuangan Pas tidak mempunyai watak dan syaksiah yang berbeza dengan Umno. Persoalan tarbiah tidak diberi keutamaan. Mungkin kerana tidak ada orang yang menggerakkanya secara sistematik.

Pas pernah ditinggal oleh Ustaz Nakhaei Haji Ahmad, tokoh pemikir Pas yang hebat. Beliau pernah menduduki kerusi Naib Presiden Pas dan Ahli majlis Syura Pas. Ustaz Nakhaei juga terkenal sebagai penulis yang hebat, banyak menulis buku-buku tarbiah. Penulisannya sentiasa hidup dan segar. Idea-idea beliau juga bernas dilontarkan ke dalam Pas. Hebat macam mana sekali pun, apabila beliau mengambil keputusan keluar parti sedikit pun tidak memberi kesan kepada Pas. Beliau hebat kerana bersama dengan Pas. Ahli Pas hanya akan ikut selagi ia berada bersama Pas. Jika beliau meninggalkan perjuangan, maka ibarat hidup sebatang kara.

Tan Sri Samad Idris bekas Menteri, pernah membayangkan
“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)

Inilah bukti kejayaan tarbiah Pas. Ia tarbiah ahlinya supaya wala' kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Mereka ditarbiah, pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Mereka tidak akan ikut pemimpin yang meninggalkan parti. Mereka sudah diberi kefahaman awal supaya jangan taksub kepada pemimpin. Perjuangan yang menyeru supaya taksub kepada individu ia adalah satu penyelewingan dalam dakwah. Nabi Muhammad SAW tidak ajar pengikutnya supaya sembah kepada baginda, sebaliknya baginda menyeru supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

PAS FOR ALL ... PAS GANTI UMNO ... UMNO IS DEAD.

8 comments:

  1. apapun DSAI adalah pemimpin terbaik... tidak pernah buat salah.... aku taksub ke ni PAS???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuu...

      Beb klu lu taksub, gua lg taksub beb...pada gua hnya dsai sebagai pemimpin teragung lg suci anugerah tuhan (bkn gua ckp beb..tp ostad yg ckp beb) satu2 yg blh pimpin rakyat malaysia...beb negara kita perlukn dsai dan bkn dsai yg perlukn negara ini...dsai dh berkali2 tolak jawatan lecturer dan juga sbgi penasihat negara lain...tak kisahlh beb negara pasir 2 butir ke..pasir berdengung ke ttp tak salah kot klu gua kata dunia prlukn dsai...
      Kita bertuah beb..sbb dsai pilih malaysia beb...aku ingt klu dsai nak presiden amerika pun dia mmpu...
      Dsai adalh manusia suci utk kita nobatkn sbgi pemimpin no 1...ttp gua ada bisik kt dsai...'awat abg non kalot sngt pi kempen..abg non kompom menang besaq' dia ckp kt gua...'hang hilang akai ka...yg duk mai ramai tu muka yg sama...' tu diaaaaaa dsai pnya keyakinan dgn omak kau tak samaaaaa...

      Khak tuihhh

      Delete
  2. memang betul... perjuangan yg hanya berasaskan individu adalah suatu perbuatan yg hina. dulu memperhambakan pengikut utk mengguling krjn yg sah supaya dpt jadi perdana menteri, skrg pulak menggunakan konsep kuku besi, mengarahkan org bawahan melepaskan amanah wakil rakyat agar dapat jadi ketua menteri. kegilaan apakah ini? dimanakah kewarasan?




    keza

    ReplyDelete
  3. Tapi sejarah membuktikan pru 13 pas belot dan sebotaj kawan sendiri dgn memfitnah sipolan ini komunis sipopan itu jual pil kuda.apakah ini tarbiah yg pas dok bangga itu.jelas yg paz sanggup khianat asalkan dpt merebut kuasa.

    ReplyDelete
  4. erm. dengan isu pil kuda, wajarkah TGAH undur diri demi nama baik PAS?

    sememangnya dari dulu ketika tv3 menyiarkan kenyataan TGAH mengenai isu pil kuda, aku dah tak berapa sedap hati.
    Isu pil kuda: Presiden PAS - Abdul Hadi deperintah bayar RM2 juta! ~ pen buruk online ™

    ReplyDelete
  5. Encik Idris Ahmad oo incik idis ahmad. Ko apa lagi nak melalak beceramah bebagai kat dalam ni. Ini adalah blog PKR. PKR bukan parti nak ceramah hal hal islam bebagai. PKR beridelogikan sekular jugak. bukan islam2 nih. Kita orang dlm ada byk kaum la. Mangkok punya pak ketayap ni.

    Cuma satu je wahai Mat Deris. Ko kerahkan Unit Amal PAS ko tu turun escort pimpinan PKR kat kajang. Jgn nak dok relak je..

    ReplyDelete
  6. haluuuu...

    gua khak tuih...malu gua nak masuk sini...

    khak tuih

    ReplyDelete
  7. X menoleh kiri n kanan konon pigi dah ckp bebelit macai PASembor ni tu yg dap pig n parpu kan rakyat (pkr) jadi gang....sesia ja puak memali yg meningal tu ngan x dimandikan x di solatkan....sila jawab yo ko idak....kalimah Allah pun x dpt nk ptahankan teresa konek yg di sebokkan....pigi dah...siang citer pasai agamo malam berspendar bosa n khalwat ngan bini org....bcakap kang PAS la yg teramat suci...tawaduk cam malaikat tp kesumat cam iblis.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...