Tuesday, 12 March 2013

DAP AKAN MELETAKKAN PENGERUSI HIMPUNAN HIJAU BERTANDING PARLIMEN BENTONG UNTUK RAMPAS PUTRAJAYA DAN POTONG TELINGA MB PAHANG!!!!



DAP mengumumkan akan meletakkan pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di Parlimen Bentong atas tiketnya.


"Kami akan berdepan dengan gergasi di Bentong, jadi kita tidak boleh meletakkan sebarangan calon, jadi meletak seluruh organisasi Himpunan Hijau," umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.

Beliau yakin, jika Pakatan Rakyat menang di Bentong, BN akan jatuh di Putrajaya.

“Jika Pakatan Rakyat boleh menang di Bentong, sudah pasti BN akan jatuh di Putrajaya," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulang Pinang.

Sebelum ini, Wong mengumumkan sedia untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat di Parlimen Bentong.

Jika BN kalah di Bentong, BN bukan sahaja bakal kehilangan Bentong dan Putrajaya, bahkan Pengerusi BN Pahang bakal kehilangan telinga.

Ini kerana, Datuk Seri Adnan Yaakub sebelum ini pernah berkata, jika BN kalah di Bentong, "Potong telinga saya."

Namun selepas itu beliau menjelaskan ia hanya gurauan dan analogi sahaja tentang betapa kuatnya BN di Bentong, tempat beliau bertanding.

Wong dalam sidang media hari ini berkata, dia akan mempastikan kilang Lynas di Kuantan akan ditutup jika dia menang di Bentong.

Bagaimanapun, beliau menambah, jika kilang milik syarikat Austaralia itu berjaya memenuhi segala prosedur dan syarat, barulah ia akan dibenarkan beroperasi.

Syarat ini juga telah dinyatakan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

4 comments:

  1. Si wong ni dulu kata tak mahu bertanding tapi kini lain pula bunyinya. Patut la beriya sangat buat perarakan anti Lynas tu rupanya mahu cari populariti. Kenapa tak bertanding di DUN atau Parlimen yg ada kilang Lynas tu je. Tertipu juga rupanya rakyat dgn sandiwara meraih populariti ini..sia sia aku ikut berarak dulu...bye PR

    ReplyDelete
  2. Si wong ni dulu kata tak mahu bertanding tapi kini lain pula bunyinya. Patut la beriya sangat buat perarakan anti Lynas tu rupanya mahu cari populariti. Kenapa tak bertanding di DUN atau Parlimen yg ada kilang Lynas tu je. Tertipu juga rupanya rakyat dgn sandiwara meraih populariti ini..sia sia aku ikut berarak dulu...bye PR

    ReplyDelete
  3. BUAT APE POTONG TELINGA DIA. SELAMA INI YANG ADE DAUN TELINGA JE LUBANGNYA DAH LAMA TERSUMBAT. SEBAB TU TULI

    ReplyDelete
  4. Wong Tack boleh menang, tapi kena kerja keras. Ajak bersama ahli2 akar umbi,AJK ranting ,cabang, bergerak ke rumah2 di kpg, di felda, dan dibandar, sebarkan manifesto ng Pahang dan tawaran Pakatan Rakyat seperti hapus tol, Pendidikan percuma, harga minyak & kereta turun, dln2. Semasa ceramah, adakan juga tayangan yg maklumat2 / bahan boleh diambil dari media maya. Bergabung dgn PKR dan PAS utk turun padang. Billboard Manifesto yg ringkas juga dipasang di tempat2 strategik di setiap kpg, felda dan Taman ( satu billboard bagi setiap kpg /Tmn perumahan).Ini cadangan saya utk menang. Ada video utk UMNO tegar. Tajuk :- Video menarik penuh fakta dari Hj. Suhaimi Saad.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...