Sunday, 10 March 2013
JELAJAH YOK MEDANG IBU TUNGGAL ANJURAN KEADILAN CABANG KAPAR SEMAKIN MENYERLAH DI DUN SEMENTA
"HATI MEMBEKU MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU" itu la bait-bait lirik Janji Manismu dari Penyanyi Aisyah yang sering dikaitkan dengan nasib ibu-ibu tungggal yang malang. Namun bagi Keadilan Cabang Kapar yang diketuai oleh KC Tuan Azizi Ayob berserta satu-satunya pencetus idea Program Yok Medang Ibu Tunggal Dr gigi yang tak asing lagi iaitu Dr V Nedunchelian, nasib ibu-ibu tunggal ini akan terbela dengan menganjurkan program seumpama ini.
Ini bukan Program yang pertama dikendalikan oleh beliau, malahan telah meraih kejayaan yang memberangsangkan ketika pertama kali dilancarkan di Dun Sg Pinang pada beberapa bulan yang lalu. Sekali lagi omakkau nak jelaskan di sini bahawa program ini merupakan satu cara mendidik para ibu tunggal untuk berusaha dan berdikari dengan memberi modal untuk menyediakan menu yang telah ditetapkan dan hasil jualan akan diagihkan kembali kepada ibu-ibu tunggal tersebut. Pada kali ini jualan telah melebihi dari yang dijangkakan..semua ini adalah berkat dari Allah SWT yang merestui program yang dijalankan dengan hati yang jujur dan ikhlas untuk membantu kepada yang lemah.
Ucapan tahniah tak terhingga kepada satu-satunya figura hebat Dr. V Nedunchelian berserta gabungan mantap pimpinan-pimpinan cabang KC Tuan Azizi Ayob, Tuan Haji Rahman Ibrahim, KW Puan Ruzilah Hanim, Ketua-Ketua JDM serta Ahli Jawatankuasa terlibat kerana berjaya mengendalikan program ini dari awal sehingga akhir tanpa mengenal penat lelah. Team-team Cabang Kapar pada hemat omakkau tidak perlu dipuji lebih-lebih kerana mereka amat komited dalam setiap program amal yang dianjurkan untuk rakyat. Semoga pimpinan-pimpinan ini akan terus jitu membuat kerja-kerja yang terus menyentuh hati dan denyutan nadi rakyat dengan penuh keihlasan dan kasih sayang..maka kita boleh tepis bait-bait lagu Janji Manismu yang tidak relevan lagi untuk ibu-ibu tunggal untuk terus mara dalam menempuh pahit manis kehidupan.
SALUTE TO CABANG KAPAR SEMOGA TERUS BERSINAR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Gempar!!! PM najib akan bubarkan parlimen dalam tempoh 24 jam? Ini buktinya
ReplyDeleteProgram bercorak kemasyarakatan ini adalah satu jenis Citizen Empowerment Programme di mana ibu tunggal diajar berniaga. Konsepnya, "don't give fish, teach them to fish"
ReplyDeleteADEN BOLUM PONAH TENGOK PROGRAM CENGGINI KEK MEMANO LA, BAGUIH JUGOK LH CABANG NI YO
ReplyDelete