Saturday 16 August 2014

BERSIAP SIAGALAH ... KEMUNGKINAN PEMBUBARAN DUN TIDAK DAPAT DIELAKKAN KATA MB SELANGOR.



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). -BERNAMA

KOMEN OMAK KAU.
Seperti mana pernah Omak melahirkan pandangan betapa jika kemelut politik Selangor berterusan dan bertambah runcing maka perkara yang amat dirunsingkan oleh Pakatan Rakyat dan UMNO/BN yang tidak dapat dielakkan ialah bubar DUN dan Pilihanraya Negeri diadakan untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat bagi menentukan siapa yang berhak dan layak mengurus tadbir negeri Selangor.

Belanjanya cukup besar .. tenaga kerja yang aktif sama ada berbayar atau sukarela amat diperlukan ... penguasaan media secara total adalah diimpikan ... kesepakatan antara komponen-komponen sama ada PR mau pun BN sudah menjadi suatu kemestian.

Bersediakah BN dan berkemampuankah PR??

Jalan terbaik dan paling ideal ialah tiadanya PRN diadakan  .. wang rakyat dan parti dapat dijimatkan .. persengketaan sesama PR dan BN dapat dipenyapkan..  dan paling mustahak rakyat tidak diheret dalam kemelut yang amat memening dan menganggu jiwa ini. ... Carilah suatu situasi menang menang.

Carilah jalan terbaik demi Rakyat Selangor.

19 comments:

  1. DUN Selangor akan tetap dibubarkan. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 bertarung biar kalah jadi abu dan menang jadi arang..Jika dalam hati sudah tidak tenteram.. biar hanyut bersama kesumat biar lemas bersama dendam.. aku bukan Mat Said aku bukan Abdullah Badawi..yg sedia berundur jika diarah.. aku TSKI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu mana ada Mat Said sedia betundur bila di arah. Dia cuba melawan parti tetapi tak berjaya kerana hanya 2 ADUN sahaja ikut beliau itu pun kemudian patah balik. TSKI adalah orang paling jahat jika dia sanggup bubar DUN tengukan perangai nya yang makin menjadi-jadi sekarang ini perkara ini tidak mustahil.

      Delete
  2. Setuju 100% bak kata org putih " do or die"

    ReplyDelete
  3. Kita kasi hilang wang pertaruhan... Khalid gagap!!!

    ReplyDelete
  4. Tski pengkhianat rakyat selangor..

    ReplyDelete
  5. Omakkau sokong khalid

    ReplyDelete
  6. pala otak la. tau pulak prn bazir duit rakyat la..susah la.

    time kajang move dulu..tak pikir bazir. Dah elok2 pkr menang besar..kasi suruh adun ganti .
    kunun strategi bebagai. Apa yg strateginya kalau menang majoriti berkurangan. skrg tau cakap pasal membazir. semua ni sebab Anwar dan pemimpin sebenar PKR iaitu Rafizi.
    Pertanyaan Dr zuhdiselepas seminggu pru13 pasal plan anwar yg senyap2 dgn BN buat isu konsensus perpaduan..tak pernah anwar menjawab. mengelak.

    pigidah


    aku keluar pkr dan sokong PAS kali ini dan sampai akhir hayat

    ReplyDelete
  7. Dalam kepala pak lebai PAS tiada istilah damage control.. yg ada sabar dan jangan gopoh gapah.. tak pe mesyuarat boleh tangguh.. sabar dan jangan gelojoh... tak kesah lah krisis besar manapun.. parti dah nak jadi arang pun .. dia boleh ajak sabar.. sebab takdir tak boleh nak ubab.. macam biasa kalau jadi apa apa bencana pak lebai akan kedepan salah akan Allah dulu.. Allah dah nak kita kena terima.. macam tu lah kepala pak lebai.. pak lebai tak pernah masuk kursus managment.. mana dia tahu.. crisis management ke apa ke.. biar kan lah lebai pas terjun dgn labu labunya.. tak ada professional yg boleh terima kepimpinan macam ni...

    ReplyDelete
  8. 19 Syawal 1435H
    Juma'at 9.00p.m.

    "Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka SEMUA KEAIBAN semua pimpinan PAS Selangor".

    YB. Hasnul b Baharuddin
    ADUN PAS Morib


    byk jugak ke kesalahan pemimp[in PAS selangor?

    ReplyDelete
  9. Dengan Nama Allah SWT
    Soalan yang patut di jawab , KENAPA DS ANWAR IBRAHIM TAK NAK ORANG LAIN SELAIN ISTERINYA MENJADI MB SELANGOR??? Adakah ADUN ADUN PKR yang lain tak pandai atau tak boleh di percayai untuk di lantik menjadi MB SEALANGOR. Apa kebagusan DS Dr Wan Azizah ??? Apa yang telah DS Dr Wan Azizah buat semasa beliau menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh ???. Yang setahu saya DS Wan Azizah hanya tahu letak jawatan, letak jawatan dan beri laluan kepada suaminya bila untuk jadi wakil rakyat di Permatang Pauh . Kajang MOVE di canang oleh DS Anwar Ibrahim untuk bertanding tertapi bini dia pulak yang ganti untuk bertanding di PRK Kajang . Macam main pasing pasing baton pulak laki bini ini. ??? Adakah orang macam ini nak mentakbir Negeri Selangor ???
    Soalan kenapa ADUN ADUN PKR yang lain tak boleh di pilih untuk menjadi MB Selangor ??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin la . Azizah cuma pancing je nama. Mana mungkin Sultan nak terima satu nama. PAS pun akan cdg satu nama PKR yg lain.Sebenarnya anwar game benda ni utk azmin naik. tektik politik anwar je ni.
      Jadi Azmin akan naik secara natural.
      Azmin kan pejuang keadilan yg tulen,. Membawa keadilan raya utk semua. Dgn kasi kecoh azizah..akhirnya Azmin akan jadi MB. Siap la org TSKI lepas ni. Aku dah cakap jangan lawan azmin.

      Masa utk penyokong bawahan yg angkat khalid dah tamat!

      Delete
  10. Celaka pemimpin PR, mana kepentingan rakyat sekarang ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepentingan rakyat ke kepentingan Khalid ?
      Kalau kepentingan rakyat Khalid yg masuk PKR utk kepentingan rakyat akan berundur secara terhormat utk kepentingan rakyat .

      Delete
  11. Dasar keparat nuar berahi

    ReplyDelete
  12. Otai khaled yg nak nubar...omak kau leh jd calon..fekah pun sama.

    ReplyDelete
  13. Alang2 dh hancur biar kasi lebur, biar sama2 x merasa nmpaknya khaled ni, hebat PR sorang ahli buat hal yg lain bantai bertekak sampai Selangor tergadai.

    ReplyDelete
  14. Khalid dah hilang marauh Kalau di bertgg jwb bukan skg dia bubar kan DUN
    DUN sepatutnya dibubarkan semasa Khalid mengadap Sultan
    Ini semua salah PAS beri sokongan pd Khalid sdgkan sejak Langkah Kajang lg PKR dah nak khalid di ganti. Skg nak suruh bgtahu tukar MB bukan mcm tukar Ketua Kg.

    ReplyDelete
    Replies

    1. BETUL BRO. . ...

      SEJAK LIMA PULOH JANUARI LAGI. KAN ?

      Delete
  15. PR x mehargai pengundi kt negeri Selangor, dia org duk pikir prinsip parti masing2 walaupun dlm pakatan yg ye ye dh sepakat. Sekarang dh kelang kelibut semuanya jadi mamai, pengundi ats pagar pun dh melompat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...