Saturday, 16 August 2014

ISU MB SELANGOR .... AZMIN PUN OKAY MALAH LEBIH DARI OKAY KATA ASPAN ALIAS.



Kenapa PKR meletakkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, semua orang tahu sebabnya. Kenapa PKR tidak meletakkan Azmin Ali, Pengerusi PKR Negeri Selangor, ke jawatan itu pun semua orang tahu. Sebagai seorang yang mengetuai parti di Selangor Azmin sebenarnya adalah orang yang ‘legitimate’ untuk mengambil alih Khalid jika benar Khalid tidak lagi mendapat sokongan dari Dewan Undangan. Malahan ramai bertanya kenapa selepas pilihanraya ke13 dahulu Azmin tidak dibawa ke Istana untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu?

Jika Anwar dan PKR menganggap Khalid tidak sesuai lagi dan perlu diganti, mencadangkan Wan Azizah itu juga merupakan satu ‘misadventure’ bagi PKR. Keadaaan di Selangor tidak kan kembali seperti dahulu kala lagi. Azmin bukannya seorang yang sakit atau mengidapi penyakit  mental atau sebagainya. Azmin sihat dan segar bugar. Beliau adalah Ketua PKR Selangor dan juga seorang Ahli kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.

Azmin merupakan seorang arkitek pembinaan PKR dan beliau bukan calang-calang orang untuk tidak dipertimbangkan kepada jawatan ini. Nasib Azmin yang tidak dipandang oleh pucuk pimpinan PKR ini juga adalah diatas pertimbangan politik peribadi seseorang atau keluarga seseorang itu.

Bukan tidak ada desakan untuk Azmin ditempatkan ke jawatan itu. Kenapa hendakkan Wan Azizah juga? Tetapi persoalan itu hanya boleh dijawab oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya sahaja. Jika kita sebut sebabnya yang benar, nanti kita akan dinafikan kebenaran itu.

Ada yang membuat spekulasi supaya meletakkan Dr Idris, ADUN Ijok sebagai calon kompromi. Jika semua pihak termasuk Azmin bersetuju, Dr Idris mungkin calon kompromi yang sesuai. Tetapi Dr Idris sebagai seorang yang saya kenali agak rapat, adalah orang baik dan orang baik semata-mata bukannya pilihan yang tepat. Kita bukannya mencari orang baik, tetapi pemimpin yang baik.

Kalau hendak mencari setakat orang baik, mungkin bilal dan imam di mana-mana masjid di Kuala Selangor dan Tanjung Karang ada yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim ini.

Nama Azmin ini bukan terbit dari saya atau sesiapa, tetapi itulah yang saya dengar berlegar dipemikiran orang biasa di bawah-bawah ini dan saya bersetuju dengan pandangan itu. Saya sendiri mengenali Azmin dan pernah duduk bercakap tentang apa yang berlaku dalam politik negara.

Adalah tidak adil bagi saya untuk menafikan yang Azmin adalah seorang yang mempunyai ‘sisek’ kepemimpinannya. Beliau mempunyai pemikiran dan jiwa yang mantap untuk menjadi calon pengganti kepada Khalid jika Khalid terpaksa juga berhenti. Azmin menjaga bukan sahaja kekuatan mentalnya, tetapi beliau juga menjaga kesihatan tubuhnya seolah-olah sudah bersedia untuk menyeliakan sebuah negeri yang maju di negara ini.

Tetapi apa yang menyebabkan beliau dipinggirkan tidak dapat ramai yang tahu. Hanya Anwar boleh memberikan jawapannya walaupun agak ramai juga yang boleh ‘menyelam air dalam tunggak itu’.

Tetapi pandangan ini hanyalah pandangan seorang yang di ‘luar kandor’ bak kata pepatah orang kampung saya. Saya hanya memberikan pandangan sebagai seorang biasa yang telah menumpang berteduh di negeri Selangor sejak 44 tahun dahulu.

Memilih Azmin itu adalah lebih dari okay ... ASPAN ALIAS

10 comments:

  1. Umno tidak takut kpd PAS
    Umno tidak takut kpd DAP
    UMNO tidak takut kpd PKR

    Umno cukup cukup takut kpd PR

    Umno akan cuba sedaya upaya utk hancurkan PR

    ReplyDelete
  2. Janda gigi jongang pun boleh jadi mb asalkan bukan dri parti munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju umno bn parti munafik..

      Delete
  3. WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM





    ReplyDelete
  4. Kalau tak terlebih okay dia akan terlebih K.O.

    ReplyDelete
  5. dalam DAP, hanya mendiang karpal singh sahaja yg berani mengkritik anwar sedangkan pemimpin DAP lain hanya ikut sahaja apa anwar suruh....kalau anwar suruh mereka terjun lombong pun mereka akan ikut....aku percaya kalau karpal singh masih hidup, beliau akan menangis melihat gelagat anwar yg gila kuasa dan akan merosakkan pakatan pembangkang...jangan kita lupa bahawa karpal singh juga pernah mengatakan anwar x layak jadi pemimpin pakatan.....kini karpal singh telahpun pergi meninggalkan kite buat selama-lamayna...beliau adalah satu-satunya pemimpin dap yg berani mengkritik anwar berbanding pemimpin dap lain......sebab tu aku percaya kalau karpal singh masih hidup, beliau adalah satu-satunya pemimpin dap yg x setuja wan azizag jadi mb....oleh itu, walaupun kite ni anti pembangkang tetapi kite mesti igt jasa karpal singh yg turut diakui oleh muhyiddin yassin

    ReplyDelete
  6. Anak SGOR.. dah tak ada..kena import..semua org..dah faham.

    ReplyDelete
  7. Alo bro Pan As.. Lu ni gua tgok tak habis2 panas dgn DSAI n family ni nape bro Pan As? Azmin dah tarik diri dah dari jadi calon MB tu sbb lebih utamakan parti dari jawatan.. Yg lu lei beh lei beh ni panas mcm cacing ni pehal bro?

    ReplyDelete
  8. Alo Anony 15:51
    Gua ada ingat yg lu tarak bacaa punya olang.. Ini politik la bro.. Smlm lawan arini kawan.. Tak kalu, nape mendiang Karpal stuju utk bela DSAI utk kes2 dia tu? Haadoii.. Lu ingat mendiang nonong2 je ke nak tolong2 centu? DSAI pun terus berdiri utk sanggup ke penjara on latest liwat issue tpi hakim plak yg gelabah utk bersetuju pd saranan mendiang utk rayuan hukuman ditangguhkan dulu..
    Bro, leibehkan membaca bro..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...