Tuesday 5 August 2014

SEPASANG KEKASIH BRUTAL DITAHAN REMAN 7 HARI BANTU SIASAT KES BUNUH JUMPA MAYAT TERTIARAP DALAM LUBANG.



Sepasang kekasih ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, yang ditemui mati di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 6, Jalan Labu, di sini, kelmarin.

Pasangan berusia 21 dan 19 tahun itu ditahan reman bermula semalam selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi mendapatkan perintah reman ke atas mereka.

Menurut sumber polis, suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ditahan bersama kekasihnya itu di Ampangan, di sini, kira-kira 6 petang kelmarin.

“Kedua-dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli dengan menghimpit mangsa menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul hingga mati di lokasi kejadian.

“Tiga lagi suspek yang terlibat menghilangkan diri dan kini menjadi buruan polis,” katanya di sini, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Mayat tertiarap dalam lubang ]

Sumber polis berkata, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z itu telah membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang, di sini.

“Berang dengan tindakan itu, suspek telah mengejar mangsa hingga ke Jalan Labu. Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan dipercayai dipukul hingga mati,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mangsa ditemui orang awam yang berada di lokasi kejadian kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar dan tidak berbaju serta terdapat kecederaan di bahagian kaki, lebam di bahagian mata dan berdarah di hidung.

Dompet milik mangsa tidak ditemui dan sebuah motosikal jenis Yamah 125Z dipercayai ditunggang mangsa ditemui kira-kira 40 meter dari lokasi mayat mangsa dijumpai.

6 comments:

  1. ye ambil mereka dan hantar ke Gaza. mereka diperlukan di sana. jgn balik selagi tk syahid.

    ReplyDelete
  2. Betul ker Khalid Dah kena pecat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OTAK LEMBU SELALU KOMEN LARI TAJUK...

      Delete
  3. Kata ni blog politik, pro PKR, tapi cerita PKR langsung takder? Macam Dah nak berperang masih lagi nak nafikan?

    ReplyDelete
  4. bodohnye macai....seperti bodohnya mat2 rempit yg menyebabkan kematian remaja tu...

    ReplyDelete
  5. Bila nak iklan kerja-kerja kosong yang ditinggalkan oleh 2 sorang macai ni?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...