Tuesday, 5 August 2014
EDISI BIAR FOTO BERBICARA ... 3 FOTO .. KESAN BOIKOT RESTORAN McD OLEH RAKYAT MALAYSIA.
LOKASI: - Restoran McD Mega Mall Kuantan, Pahang
TARIKH/WAKTU:- 3hb Ogos 2014 jam lebih kurang 1.00 tengah hari.
Jika semua rakyat malaysia bersatu hati menentang kezaliman Israel Laknatullah menyerang Gaza maka tidak hairan rangkaian restoran McD dinegara ini bakal terjejas teruk.
Masalah besar perangai kekal abadi rakyat kita ialah boikot ala-ala hangat-hangat tahi ayam.
Marahnya kejap sejuknya lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
dah macam tu perangai orang melayu yang "hangat hangat tahi ayam nak buat macamana, kalau batu dan kayu boleh dimakan mereka akan makan.
ReplyDeleteRegime umno lanun bangga lantik apco jadi punasihat...konsultan yahudi mckinzir pengabis harta rakyat
ReplyDeleteboleh aper makan JAMBU BATU N AKAR KAYU , BELIMBING BESI lagi kan makan orang BODOH JER TAK MAKAN suma ni BERKHASIAT BESAR
ReplyDeletekalu betul boikot mcm tu elok la. jgn foto tu masa hari raya dah la, memanglah tkde org.
ReplyDeletejgn biarkan sehari pun dlm hidup anda tanpa membaca Qunut Nazilah diniatkan menjadi peluru2 ghaib utk menghancurkan zionist laknatullah . amiiin
Boikot dagangan israel-umno.puak munafik tahap tertinggi.heee
ReplyDeleteBoikot mc donald seluruh negara-kita boikot 2bulan-biar mc D keluar iklan kat tv hari2 kat tv-bisnes cadbury dah hancur kat malaysia-biar diaorg tahu kekuatan pengguna-ajar sikit kat company besar2 ni
ReplyDeleteMcd boikot..Kerajaan Malaysia trus juga hantar minyak kelapa sawit ke Israel...trus juga ada hubungan secara secara sulit dengan Israel.
ReplyDeleteBoikot beli MCd.. namun tandas kat MDc tetap akan aku guna.
ReplyDeleteKah kah kah.mari sama2 kita pakat buang kat sana.ingat mek dee ingt berak kencing.kah kah.sgt bermutu lg unggul amalan anon 10:13.
Deletebaikot smp mcdee mampos Smp bila bila jgn makan mcdee sbb bila untung balik mereka akan serang lagi palestine
ReplyDeletedpt buat perkara yg sama pd 2 lg perniagaan milik israel lg bagus Israel ni takut bila kerugian dan lokek kena keluar belanja utk sbb bisness tp kalau tang bab beli senjata mereka sanggup ni yg di ikut oleh kjaan bn
Kerajaan umno/bn siang malam terus bersama zionis demo ribu2 pun tak berani buat depan US embassy tentu ada sebabnya mungkin takut kena jentik
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM...
ReplyDeleteSALAM SEJAHTERA..
BUAT SEMUA MUSLIM..
ORANG MELAYU..CINA..INDIA..KADAZAN..DLL
TANPA MENGIRA ANUTAN ATAU POLITIK..
JOM BOIKOT MC DONALD..CUBA SEHARI DULU..
JUMAAT INI..HARI TANPA MC'D..
DEMI GAZA..PALESTIN..
JOM BOIKOT MC'D..TESCO..NESTLE..
TAHNIAH org Pahang kerana telah lebih dahulu memboikot McD. Semoga diikuti oleh semua rakyat yg lain terutama org Islam. Dengar cerita mcD nak sedekah burger percuma kepada beberapa masjid di Penang jumaat ni. Say NO to McD.
ReplyDeletekorang rase bangga dah macam hero bila boikot mc d....korang yakin sangat ape yg korang tu buat dah mampu tundukkan israel.....ingat yeeee korang ni memang munafik tahap gaban dan memang sangatlah bodohhhh.....korang tak makan mc d 1 tahunpun mc d tak akan pernah mati..israel akan tetap berjaya.....yg mati tu adalah sodare mare korang yg kerja kat mc d...orang melayu yg seislam...pekerje dan anak beranak dan sadare mare melayu juga yg akan mati,hilang pekerjaan,income tax negar juga hilang,maknanya negarapun tak akan mampu nak bagi korang bantuan....korang rasa diri herooo????...no..no..no..you are not the hero...but you are nothing/zero....kesiannnn.....bile korang rasa nak jadi hero untuk mampu kalahkan israel/yahudi....korang kuasai ekonomi dan teknologi dunia...baru korang hebatttt...memang aku rase korang tak nak dengar...dan korang sakit hati melihat kenyataan ini...nak buat cam mana..yahudi/israel 7juta orang mampu kuasai ekonomi islam yg jumlahnya 2bilion di dunia....tapi muslim 2bilion tak mampu buat apapun....yahudi 7 juta penuh quality...tapi muslim 2 bilion hanyalah penuhkan kuantiti...masih tak terime???...
ReplyDeleteumat islam yang 2 bilion tak mampu nak kuasai 7 juta yahudi mungkin sebab pemikiran majoritinya masih macam awak ni kot..
Deleteteringat pulak:
DeleteMaka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim Alaihissalam, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."
Sebelum McD ada kat Malaysia,byk ke org kita mampus x mkn?Rakyat langsung x dpt bantuan kerajaan ke?Bila McD wujud barulah ekonomi kita stabil?Sebelum ni M'sia miskin sgt ke?X ada McD anak2 kita x ada keje?Oo baru saya fhm rezeki di tangan McD bkn di tangan Allah.
Deleteanon 16:40 brfikiran yahudi pentingkn diri sndiri.. mungkin dia adalah makhluk yg ada kpentingan dlm mcd... pegi mampus ko dngan mcd ko tu.. xde sensitiviti langsung.. dpt la sikit saham bunuh rakyat palestine tu...
DeleteAda orang macam kau ni lah Zionist jadi kuat. Bila ada orang cuba menentang, kau bukan sahaja tak nak tolong tapi jadi pengejek pulak.
DeleteYang memboikot mungkin cetek atau mungkin hebat akan fikirannya...wallahualam
ReplyDeleteMakanan nya halal..tpi dana keuntungan MCD yg disalurkn rangkaian mknan trsbut ckup mmbuatkn serata umat Islam dlm kebencian..kami mmperjuangkn demi nama ALLAh..demi darah Islam..
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudara yang mengingatkan kisah burung kecil dan api besar Namrud.
ReplyDeleteSaya akan terus boikot produk Zionist walaupun sekiranya hanya saya seorang yang melakukannya. Bukan hanya pada hari Jumaat ini tetapi berterusan sehinggalah syarikat-syarikat ini meminta maaf dan berhenti menyumbang kepada Zionist.
Saya buat ini bukan kerana ingin bangkrapkan syarikat-syarikat ini tetapi kerana sebagai manusia, saya tidak mahu turut serta menyumbang walaupun 1 sen kepada pembunuhan manusia tidak berdosa tidak kira apa ugama atau bangsa.
Saya tidak mampu menghadang peluru dan bom daripada menyakiti kanak-kanak dan keluarga yang dizalimi di Palestine tetapi saya boleh tidak menyumbang kepada pembelian peluru yang membunuh mereka.
Saya sanggup tidak makan McD atau minum Milo atau makan mee Maggi walaupun itu semua kegemaran saya. Saya sanggup kerana jati diri saya sebagai manusia lebih penting.
Insyallah satu hari nanti sekiranya saya atau keluarga saya dizalimi, mudah-mudahan ada orang lain akan berfikiran seperti saya.
Kepada mereka yang bekerja di McD. Nestle dan syarikat-syarikat yang diboikot, saya bersimpati juga dengan anda semua. Pastinya anda kepayahan dengan kempen boikot ini tetapi kepayahan anda tidak setara dengan kepayahan mereka di Gaza. Justeru saya mengutamakan mereka yang di Gaza.
Rasanya boikot ni hanya sementara je.. ini kerana duit habis untuk beraya,hujung bulan nanti pasti keluar kenyataan lain pula.Faham sangat orang malaysia ni.
ReplyDeletekita nak bantu saudara di palestine. tp adil ke kita dgn owner mcd muslim yg bayar zakat? kita boleh bantu 22 kenapa nak pilih salah satu? why dont kita bantu saudara kita di palestine dgn doa dan derma. kita juga boleh bantu muslim di malaysia yg bayar zakat. wallahualam
ReplyDeleteMasaalah rezeki terjejas kerana boikot tidak boleh dibandingkan dengan masaalah kehilangan jiwa dan kehilangan keperluan asas hidup. Ini soal saudara kita mati kena sembelih.
ReplyDeleteKalau adik beradik kita kena bunuh di kampung dan pembunuh masih lagi mencari saudara mara kita yang lain untuk dibunuhnya, adakah kita sekadar berdoa sahaja agar Allah lindungi mereka. Tidakkan kita akan berusaha untuk menghalangnya? Atau adakah kita hanya akan menghulur derma di hari pengebumiannya?
Rasulullah sebagai nabi pun tidak mengajar kita untuk hanya berdoa semata-mata.
Kalau ikhlas nak membantu peniaga muslim, ada ramai peniaga muslim yang baru membangun dan perlukan sokongan kita. Pergi sahaja lihat ketika pameran MAHA atau pameran produk halal. Mereka juga membayar zakat.
Dan saya percaya kempen boikot ini sememangnya membuka peluang besar untuk peniaga muslim kita memajukan perniagaan.
McD juga sebenarnya bukan milik muslim seperti yang dihebohkan. Hanya beberapa outlet tertentu sahaja diusahakan oleh franchisee melayu.
astagfirullah. bukanke doa tu senjata utama org mukmin. ibnu majah dan abu hurairah pun ade bersabda. takde sesuatu yg mulia di sisi Allah selain berdoa. kita bukannya sekadar berdoa. tp yakin akan pertolongan yg maha esa.
DeleteDoa memang senjata umat mukmin tetapi ada banyak lagi senjata lain. Rasulullah swt ketika peperangan Badar, Uhud dan Khandak, tidak hanya berdoa tetapi beliau juga turut berperang sehingga patah giginya di Uhud. Apabila berdepan dengan kezaliman, kita tak di ajar untuk pasrah dan berdoa semata-mata. Kita diajar untuk bangkit menentang kezaliman samaada kezaliman itu ke atas diri kita mahupun orang lain tanpa mengira bangsa dan ugama. Itulah sifat khalifah. Itulah yang di pertanggungjawabkan ke atas kita di dunia ni. Allah akan membantu orang yang berusaha dengan ikhlas.
DeleteBetul. Saya rasa pun boikot ni sementara je. Orang Melayu kita zaman sekarang memang macam tu. Tgk komen orang kat sini pun macam mencari alasan je untuk tak boikot.
ReplyDeleteZaman sekarang ni pun kalau mak bapak sakit tenat kat kampung, anak hantar duit je suruh pegi hospital. Kononnya doktor boleh rawat jadi buat apa nak susah payah pegi jengok, bukan boleh buat apa pun. Kan? Kan? Kan?
Anak tak pas exam pun, buat tak peduli. Kan cikgu yang kerjanya mendidik, bukannya lagi mak bapak. Kan? Kan? Kan?
Nilah orang kita zaman sekarang.
Org islam yg xnk boikot ni jnis pntingkn tekak sndri..sggup biar saudare seislam kne bnuh..yg pnting die blh hdup senang..mane iman anda?..
ReplyDelete